"Argh! Lepas! Lepas! Lepas!"jerit Tao sambil memukul kepalanya dengan kuat.
Sehun mula kehairanan apabila melihat perubahan aneh yang berlaku pada diri rakannya itu. Jongin pula terus terdiam sambil mengawal pernafasannya yang sedikit tidak teratur itu.
"Randy! Datanglah kau! Aku dah tak sanggup kena kacau dengan budak Joker ni lagi!"kata Tao kepada dirinya sendiri.
Lelaki itu masih lagi memukul kepalanya sehingga dia duduk mencangkung di atas tanah.
Tidak lama kemudian, Tao membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang ke arah Sehun dan Jongin dengan tatapan yang tajam.
"Tao?"soal Sehun dengan kehairanan.
"Mana permohonan maaf kau?"soal Tao dengan tajam.
"P-permohonan maaf apa? Aku tak faham,"balas Sehun dengan hairan.
Mei Shern sudah mula melangkah perlahan menghampiri Tao lalu memegang bahunya.
"Tao? You okay ke-"
"LEPAS! AKU TAK KENAL KAU!"tengking Tao sambil menolak tubuh Mei Shern dengan kuat.
Gadis itu terundur beberapa langkah ke belakang. Wajahnya tampak terkejut apabila dia baru saja menerima layanan yang kasar daripada lelaki yang dianggapnya peramah selama ini.
Tao memandang ke arah Sehun semula. Namun, tatapannya lebih tajam daripada tadi. Pandangan matanya bertukar menjadi seperti seekor helang yang bersedia untuk menyambar mangsanya.
"Kau dah lupa aku? Randy...orang yang kau buli dulu. Orang yang kau bantai sampai aku hampir mati dulu. Orang yang kau benci sangat sampai kau cuba blacklistkan aku daripada mana-mana kelab yang kau join di sekolah dulu.
Kau dah lupa dengan aku ke Sehun? Kau dah tak dapat cam muka yang kau meluat sangat ni?"soal Tao sambil menuding ke arah wajahnya sendiri.
Kemudian, pandangannya beralih ke arah Jongin pula.
"Jongin...kau dah lupa ke dengan orang ni? Orang yang kau kata kau nak selamatkan dia daripada Sehun...tapi kau tak buat semua tu. Kau cakap macam tu pun sebab kau nak jaga hati aku saja kan?"soal Tao kepada Jongin.
Pertanyaan yang keluar daripada mulut Tao itu membuatkan Jongin terpempan. Lidahnya kelu, tidak mampu berkata apa-apa lagi. Seolah-olah Tao telah memalukan dia di hadapan orang lain sekarang ini.
Hipokrit. Jongin seperti dapat meramal apa perkataan yang akan keluar dari mulut Tao selepas ini.
"Kau...ialah manusia paling munafik yang aku pernah jumpa seumur hidup aku, Kim Jongin,"kata Tao dengan wajah yang beku sahaja.
"Tao..."panggil Jongin dengan kepala yang ditundukkan ke bawah. "Maksud aku...Randy."
Jeda. Sepi sahaja yang menguasai mereka. Jongin masih lagi mencerna setiap bait perkataan yang ingin diungkapkan kepada 'sahabat'nya itu.
"Aku...minta maaf...aku tak bermaksud untuk buat kau begitu,"gumam Jongin.
Sehun memandang Jongin dengan mata yang membulat. Mulutnya sedikit ternganga apabila mendengar kata-kata daripada Jongin itu.
"Aku takkan terima permohonan maaf daripada seorang munafik,"kata Tao dengan wajah bekunya lagi.
"Tapi aku ikhlas, Randy."
"Seorang munafik hanya akan menginsafi perbuatannya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dialah manusia yang paling mulia. Tetapi di kemudian hari, munafik itu mengulangi dosanya sekali lagi dengan ketawa sinis yang terukir pada wajahnya,"kata Tao.
Semua memandang Tao dengan pandangan yang tidak percaya termasuklah adik-beradiknya sendiri.
"Bila masa kau pandai cakap perkataan macam ni?"tanya Sehun dengan hairan. "Dan apa maksud munafik?"
Sesungguhnya, perkataan sebegitu sangat asing di telinganya.
"Hipokrit,"balas Tao sambil memandang ke arah Jongin. Tajam, penuh maksud tersirat.
Suasana dibiarkan sepi semula sehinggalah Tao menundukkan semula kepalanya. Tangannya terus mengeluarkan semula sepucuk pistol yang disimpan kemas dari poket belakang seluarnya lalu disembunyikan di belakang pinggang.
Diam tidak berkutik. Matanya masih menatap lantai yang agak berdebu ketika itu. Jemarinya ligat memusing-musingkan pistol yang masih disembunyikan dari pandangan yang lain ketika itu.
"Tao?"panggil Mei Shern dengan risau.
"I'm Joker,"balas Tao lalu mendongakkan kepalanya.
Satu seringaian yang sinis terukir lebar pada bibirnya.
Chanyeol pula membulatkan matanya lalu menggetap bibir dengan geram. Sempat lagi dia mencarut perlahan tanpa didengari oleh orang lain di situ
"You see what I see Mei Shern?"soal Tao sambil berjalan menghampiri Mei Shern dengan perlahan.
Bunyi tapak kaki yang dihentak perlahan menambahkan lagi kesuraman di situ. Pistol yang dipegang Tao terus diacukan ke arah dahi Mei Shern.
Baru sahaja Tao hendak menarik picu pada pistol tersebut, Tuan Wu segera mengangkat tangan Tao ke atas.
"JANGAN!"jerit Tuan Wu.
BANG!
Tembakan daripada pistol tersebut dilepaskan ke arah siling rumah.
"KE TEPILAH KAU, BANGKA!"pekik Tao sambil menendang kuat perut Tuan Wu.
Lelaki tua itu terus jatuh tersembam ke lantai sambil menahan kesakitan pada bahagian perutnya. Tao pula sudah mengacukan pistolnya ke arah kaki Tuan Wu lalu menembaknya dengan pantas.
BANG!
"BABA!"jerit Mei Shern apabila kaki Tuan Wu mula berlumuran dengan darah.
Mei Shern memandang Tao dengan wajah bengisnya lalu melilaukan matanya untuk mencari sesuatu. Tiba-tiba sahaja matanya tertancap pada serpihan kaca yang berada di atas lantai berhampiran dengan tangga.
Lantas dia mencapai serpihan kaca tersebut lalu bertindak menyerang Tao dengan melulu. Tangannya mula berayun sambil dia mencuba untuk melukakan Tao dengan kaca tersebut.
Namun, dia tidak menyangka bahawa lelaki di hadapannya ini mempunyai kekuatan yang luarbiasa hebatnya.
BANG!
Tao tidak sengaja melepaskan tembakannya ke arah lengan Mei Shern. Menyebabkan gadis itu menghentikan langkahnya lalu jatuh terduduk di atas lantai.
"BERHENTI ABDULLAH!"jerit Irene sambil berlari ke arah Tao.
Namun, Chanyeol segera menghalang kakaknya dengan mendakap kuat tubuh wanita itu.
"Lepas!"pinta Irene kepada Chanyeol.
"Kak bahaya! Kalau Abdul cuba kasi cedera kakak macam mana?"tanya Chanyeol kepada Irene.
Irene cuma mendiamkan dirinya sambil memandang Tao dengan risau. Kepalanya ditoleh ke arah Sehun dan Jongin yang masih diam di tempat mereka masing-masing.
Semua melihat dengan rasa tidak percaya. Malam ini, mereka telah melihat diri Joker yang sebenar.
Penjenayah nombor satu Korea Selatan itu sudah mula membalas dendam.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...