Taehyung yang sedang membaringkan tubuhnya di atas sofa ruang tamu terus mencapai telefon yang diletakkan di atas meja berhampiran.
Dia terpaksa membuat panggilan apabila adiknya, Jennie masih belum pulang dari kuliah lagi.
"Yeoboseyo, Jennie?"kata Taehyung apabila panggilan di sebelah sana disambut. "Kau masih kuliah lagi ke?"
"Baru habis. Nanti Jennie naik bas, abang tak payah ambil,"kata Jennie dalam talian.
"Alah...baru aku nak belanjakan kau aiskrim,"rungut Taehyung sambil mencebik.
"Malam-malam makan aiskrim tak baik untuk kesihatan lah bang oi!"Jennie memarahi abangnya dengan suara yang nyaring.
Telefon yang dipegang Taehyung terpaksa dijauhkan, takut pula kalau gegendang telinganya pecah akibat suara adiknya itu.
"Hati-hati,"pesan Taehyung kepada Jennie sebelum menamatkan panggilan.
Telefon diletakkan semula di atas meja. Sekeping gambar yang disimpan di dalam bingkai yang kecil diambil dari meja yang sama.
Gambar tersebut merupakan gambar keluarganya. Gambar itu dibeleknya dengan teliti.
Kata-kata daripada bapanya yang telah meninggal dunia itu masih terngiang-ngiang dalam benak fikirannya.
"Kalau kamu semua berpisah sekali pun, berusahalah untuk cari mereka semua. Eratkan semula hubungan kamu adik-beradik, jangan sampai berpecah-belah."
Taehyung mengatup matanya. Ingatannya mengenai kata-kata bapanya itu membuatkan hatinya terasa sesak.
"Ayah...saya akan berusaha untuk mencari mereka,"gumam Taehyung dengan suara yang serak.
Gambar itu diletakkan semula di atas meja.
~~~
Agensi Polis Metropolitan Seoul
11:45 a.m."Masalah besar! Masalah besar!"kata Sehun sambil menghentakkan penumbuknya di atas meja.
Tao dan Jongin yang masih memeriksa setiap bukti daripada kes James Walter itu menghinjutkan bahu mereka. Terkejut dengan jeritan daripada Sehun itu, Jongin segera memanggil sahabatnya untuk mendapatkan penjelasan.
"Asal?"soal Jongin kepada Sehun.
"Keluarga mendiang James dengan pihak kedutaan akan bawa kes ini ke mahkamah!"kata Sehun, nada suaranya bertukar cemas.
"Aku dengar diorang nak saman ketua polis dan Inspektor Siwon sendiri!"sambungnya lagi.
Pada masa yang sama, pintu ruangan tersebut dibuka oleh seorang pegawai wanita berpangkat Lans Korporal. Pegawai tersebut memanggil mereka.
"Tuan detektif, Inspektor Siwon akan adakan mesyuarat tergempar. Beliau mahu tuan semua datang sekarang juga,"kata pegawai itu.
"Baik, terima kasih,"kata Jongin apabila pegawai wanita itu mengangguk lalu pergi dari situ.
Jongin memandang ke arah Sehun semula.
"Macam mana benda tu boleh berlaku?"soal Jongin dengan tajam.
Tao hanya mendiamkan diri. Semua bukti yang dijumpai disimpan semula ke dalam bekas plastik yang dilabel dengan nama James sendiri.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...