Dublin, Ireland
Di sebuah perumahan yang terletak di pinggir bukit, sepasang suami isteri sedang sibuk menikmati waktu petang mereka bersama juadah ringan yang dihidangkan.
Ketika itu, sang suami memandang ke arah isterinya yang sibuk termenung ke arah langit yang membiru ketika itu. Wanita yang dicintainya itu tampak galau, seolah-olah resah dengan sesuatu perkara.
"Awak,"panggil Junmyeon kepada isterinya, Irene.
Irene menghinjutkan bahunya seraya meraup wajahnya. Rambut panjangnya yang mengurai dirapikan.
"Apa yang awak sibuk termenungkan ni?"soal Junmyeon kepada Irene.
"Ouh...err...siblings,"balas Irene.
"Really?"soal Junmyeon sambil mengangkat sebelah keningnya.
Irene mengangguk. Langit yang membiru itu diamatinya sekali lagi.
"Saya rindukan mereka, Junmyeon. Sudah 17 tahun kami tak jumpa sejak tragedi tu. Saya jadi trauma...saya selalu bersendiri sampai selera makan saya hilang,"kata Irene.
Junmyeon memandang isterinya dengan penuh simpati. Rambut isterinya dibelai lalu dikucup perlahan.
"Awak jangan sedih. Saya ada di sini untuk temankan awak. Awak kena kuat untuk anak-anak kita. Awak ada kami, Irene,"pujuk Junmyeon.
Irene tersenyum hambar lalu melentokkan kepalanya pada bahu Junmyeon. Suasana bertukar hening.
"Kalau ada masa, kita cuba jejak mereka berempat. Mungkin mereka masih hidup lagi...cuma...mereka sama macam awak-"
"Guna nama lain?"soal Irene kepada Junmyeon.
"Ya, mereka mungkin guna nama lain. Mengelak supaya tak dijejak oleh musuh keluarga awak sekali lagi,"kata Junmyeon.
Irene mengangguk faham lalu melentokkan kepalanya pada bahu Junmyeon semula. Pernah sekali terdetik dalam hatinya, dia ingin membalas dendam perbuatan mereka yang sudah meragut kebahagiaan dia dan keluarganya selama ini.
Namun semua itu sia-sia sahaja. Apa yang penting, hidup perlu diteruskan.
~~~
"Kakak Jasmine!"laung Abdullah sambil membawa sebakul pakaian yang diambil dari tempat jemuran kepada Jasmine.
Jasmine meletakkan bakul pakaian tersebut di atas lantai ruang tamu lalu mengeluarkan kesemua pakaian untuk dilipat. Sambil-sambil itu Abdullah ralit memerhatikan perbuatan kakaknya lalu mendengus perlahan.
"Kenapa ni?"soal Jasmine kepada adiknya.
"Kalau kakak panggil maid tadi kan bagus. Tidak payahlah kakak susah-susah begini,"kata Abdullah sambil mencebik.
"Alah...buat apa mau panggil maid kalau satu hari nanti kau tinggal sendiri?"kata Jasmine. Senyuman dileretkan pada bibirnya.
"Kita kan orang kaya,"kata Abdullah.
"Kekayaan harta tu hanya sementara saja, Abdullah,"kata Jasmine lalu memberikan pakaian yang sudah dilipat itu kepada Abdullah.
Abdullah terdiam lalu membawa pakaian tersebut untuk disimpan di dalam almari di bilik ahli keluarganya masing-masing.
~~~
Irene tersentak daripada lamunan apabila tangannya masih memegang sekeping gambar. Kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang berdiri bersebelahan di hadapan pintu masuk Kundasang War Memorial Park pada gambar tersebut.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...