SEGMEN 33

13 6 6
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul
9:45 a.m.

Tao menolak troli yang sarat dengan bagasinya. Tiket yang ditempah lima hari lebih awal itu menunjukkan pesawat Malaysia Airlines yang akan dinaikinya nanti akan berlepas dalam masa sejam lagi.

Dalam masa ini, dia hanya mampu menunggu sahaja sambil menikmati burger McDonald's dan minuman yang dibeli berhampiran.

Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Matanya dipejam rapat. Belum sampai beberapa saat dia terlena, satu suara datang menyapa.

"Excuse me."

Tao terus mencelikkan matanya lalu memandang ke arah seorang gadis yang berusia awal 20-an. Gadis itu tersenyum ke arah Tao sambil menuding ke arah sesuatu.

"Err...ya? Kenapa?"soal Tao dengan hairan.

"Abang, boleh bagi saya majalah di rak kat belakang abang tu? Susah lah nak capai, tinggi sangat,"gadis muda itu tersengih sambil menampakkan giginya.

"Boleh boleh! Sekejap ya?"Tao terus mengambil majalah yang ditunjuk oleh gadis itu tadi. "Ini ke?"

"Ya,"balas gadis itu.

Majalah tersebut diberikan kepadanya.

"Terima kasih abang!"kata gadis itu.

"Sama-sama,"Tao tersenyum.

Seketika, dia cuba mengamati wajah gadis yang telah menegurnya tadi. Kenapa aku macam ada rasa familiar ni? Eh takkanlah-

"Tao?"

Kali ini suara siapa pula?

Tao mendengus geram lalu menoleh. Terkejut bukan kepalang dibuatnya apabila dia melihat Chanyeol sedang berdiri di hadapannya bersama seorang anak kecil yang didukungnya ketika ini.

"Yeol?"soal Tao. "Kau...buat apa kat sini?"

"Bercuti dengan family. Kau?"tanya Chanyeol pula.

"Bercuti. Tapi tak ada family, maklumlah single,"Tao tertawa hambar.

Chanyeol tersenyum lalu mengambil tempat duduk di sebelah Tao. Hani diletakkan di atas pahanya.

"Ni anak kau ke?"tanya Tao.

"Hm. Perkenalkan, Park Hani."

Tao terus menyapa puteri sulung Chanyeol itu dengan senyuman mesranya. Pada masa yang sama, Dallia datang bersama makanan yang dibeli dari kedai berhampiran.

"Ni isteri aku, Kang Dallia,"kata-kata daripada Chanyeol itu mengundang reaksi terkejut daripada Dallia.

"Huh? Siapa ni?"soal Dallia kepada suaminya.

"Inilah kawan I, sayang. Kawan yang I pernah bagitau dekat you dulu,"kata Chanyeol.

Dallia melopong faham lalu mengangguk. Senyuman mesra diberikan kepada Tao sebagai tanda perkenalan.

"Kau pergi ke mana nanti?"tanya Chanyeol semula apabila Tao tampak diam ketika itu.

"Sabah,"balas Tao.

Wajah Chanyeol mula berubah riak. Namun, dia berjaya mengawalnya agar tidak menimbulkan syak wasangka dalam hati Tao.

"Mesti cantik tempat tu kan?"kata Chanyeol.

"Apa yang aku tau...Sabah ada banyak pulau yang cantik. Ada gunung dan tempat pelancongan yang menarik. Bangunan sana pun boleh tahan juga,"kata Tao.

Itu semua yang dia ingat semasa dia sempat mencari maklumat mengenai negeri itu di Internet.

"Kau pula?"tanya Tao semula. "Ke mana?"

"Sabah juga. Bercuti kat sana sementara cuti rehat ni,"Chanyeol tersengih.

Tao cuma melopong. Sejam yang ada dia habiskan dengan berbual bersama Chanyeol dan isterinya. Sempat lagi dia bergurau senda dengan anak kesayangan Chanyeol dan Dallia itu.

~~~

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
14 jam kemudian

Setelah mengharungi tempoh penerbangan terus yang amat memenatkan jiwa dan raga itu, Tao terus menempah hotel yang berhampiran.

Hotel Hyatt Regency menjadi pilihannya memandangkan itu saja hotel yang dia sempat lihat dalam aplikasi Trivago tadi. Nasib baik banyak bilik kosong, kalau tak terpaksalah dia tidur di lapangan terbang yang penuh dengan manusia dari seantero dunia ini.

Teksi terus ditempah. Nasib baiklah Tao mempunyai kebolehan berbahasa Melayu dengan dialek tempatan, dia sendiri pun hairan macam mana dia boleh ada kebolehan sebegitu.

Kelibat Chanyeol bersama keluarganya tadi sudah menghilang walhal mereka dalam pesawat yang sama tadi. Ah, airport ni luaslah Tao! Kau apa tau?

Tao terus menaiki teksi yang akan menghantarnya menuju ke hotel mewah bertaraf lima bintang di bandaraya ini.

"Anak ni dari mana?"tanya pemandu teksi tersebut.

"Dari Seoul,"pendek sahaja balasan daripada Tao, matanya tertumpu pada langit malam di bandar raya tersebut.

Jam pada dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 1.04 pagi. Tak sangka ada juga perkhidmatan teksi selama 24 jam di sini, itu yang membuatkan Tao kagum sedikit dengan kelebihan bandar ini.

"Datang sini mau bercuti kah?"kata pemandu itu lagi.

"Ya pak cik,"balas Tao.

"Pak cik tak sangka ada orang yang fasih berbahasa Melayu. Berdialek Sabah lagi tu! Sedangkan anak ni bukan orang sini. Anak pernah belajar dialek Sabah sebelum ni?"lembut sahaja tutur bicara yang keluar dari mulut pemandu teksi itu.

"Y-ya. Dari kawan,"Tao tersengih.

Gugup juga dia menjawab pertanyaan yang keluar dari mulut pak cik pemandu itu. Yalah, manalah dia pernah belajar dialek tu dari siapa-siapa.

Kalau diharapkan kepada Jongdae, satu patah perkataan tu pun dia tak faham. Inikan pula kalau nak diajar. Sehun dan Jongin pula ada kemungkinan tapi mereka belum pernah ke Sabah sebelum ini.

Tao melepaskan keluhan perlahan apabila teksi itu sudah sampai di hadapan Hotel Hyatt Regency tersebut. Hotel yang menghadap pemandangan laut itu dipandang kagum.

"Dah sampai nak. RM7 saja tambangnya,"kata pemandu itu sambil memberhentikan keretanya di hadapan hotel.

Tao terus mengeluarkan sekeping wang RM5 dan dua keping wang RM1 kepada pemandu itu. Wang tersebut diganti mata wangnya semasa dia berada di lapangan terbang tadi.

"Terima kasih nak,"kata pemandu itu. "Mau minta tolong pak cik angkat? Banyak sangat barang yang anak bawa tu."

"Sama-sama. Sila!"Tao memberi kebenaran kepada pemandu itu untuk membantunya.

Setelah selesai, Tao terus mendapatkan kunci biliknya lalu membawa semua beg itu naik ke tingkat tiga hotel tersebut. Pintu bilik ditutup, tubuh dihempaskan di atas katil. Segala lelahnya pada hari itu dilepaskan jua.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now