Hotel Perkasa,
Kundasang, Sabah
8:58 a.m.Setelah menikmati sarapan di hotel itu, Tao terus keluar dari kawasan hotel tersebut dengan kereta SUV yang dipandunya.
Kereta tersebut dipandu menuruni kawasan jalanan kecil yang berhampiran dengan hotel tersebut. Jalan yang agak sempit dan curam itu diredahnya sahaja, dia pun tidak pasti mengapa dia memilih jalan itu.
Dari jalan yang sempit, dia terus sampai di kawasan simpang yang membawanya ke jalan raya yang lebih luas. Jalan tersebut menghubungkan kawasan jalan pintas menuju ke Hotel Perkasa, Kampung Dumpiring Atas dan Kampung Kinondusan.
Tao terus memilih jalan yang membawanya ke Kampung Kinondusan. Tidak lama selepas itu, dia terlihat satu lagi simpang dua di hadapannya.
"Nak jalan terus ke Kampung Kinondusan ke ikut jalan ke bawah ni?"Tao merenung papan tanda yang dipacakkan pada simpang tersebut.
Permai Residence
"Permai..."gumam Tao. Stereng kereta diketuk dengan jemarinya. "Ah! Masuk Permai je lah! Macam cantik je nama tempat dia."
Tao terus membawa keretanya menuruni kawasan jalan yang curam itu sekali lagi. Nasib baik jalan itu diturap, tidaklah dia mengalami kesulitan dalam membawa keretanya itu.
Irama lagu pop yeah-yeah era 60-an yang dimainkan di radio menjadi penemannya ketika ini. Tao bertambah bingung sekarang apabila dia cuba melihat persekitaran tempat itu.
Pokok menghijau, sungai yang mengalir tenang, bunga yang ditanam di sini...semuanya macam pernah aku lihat. Tapi...di mana?
Tao memberhentikan keretanya berhampiran kawasan jambatan kayu yang agak kukuh itu lalu keluar dari situ. Sengaja dia mengambil angin ketika ini.
Pertemuannya dengan seorang lelaki tempatan kelmarin membuatkan dia tertanya-tanya.
Kalau kamu datang ke sini, pergilah ke villa mewah di Permai Residence. Kamu akan mengetahui segala-galanya.
Mereka sudah lama cari kamu. Uncle dengar...masih ada orang yang tinggal di situ.
"Masalahnya, siapa yang cari aku?"gumam Tao dengan bengang. Kepala digarunya walaupun tidak gatal.
Cepat-cepat dia memasuki keretanya lalu meneruskan perjalanan sehingga dia sampai di perkarangan sebuah villa yang agak luas. Villa yang agak mewah itu membuatkan mulutnya terlopong.
"Woah...ini ke...villa mewah yang pak cik tu cakap?"kata Tao sendiri.
Enjin kereta SUV dimatikan. Pintu dibuka semula, kaki slendernya dilunjur keluar. Tao terus memerhatikan pemandangan di sekitar villa mewah itu.
Cantik, tapi villa ni nampak sunyi. Di mana penghuninya ya?
Tiba-tiba, matanya tertancap pada Saliman yang sibuk membersihkan kaki lima villa itu.
"Err...hello? Pak cik?"Tao menegur Saliman.
Saliman memandang ke arah Tao bersama riak wajah yang kehairanan. Dia tidak dapat mengecam wajah Tao yang memakai kaca mata hitam itu.
"Ya? Anak ni siapa?"soal Saliman.
"Saya Huang Zi Tao. Saya datang nak jumpa dengan penghuni rumah ni,"kata Tao sambil tersenyum mesra. Sempat lagi dia bersalaman dengan lelaki tukang kebun itu.
"Oh...sekejap ya nak. Saya panggil dia di dapur dulu,"kata Saliman sambil menyandarkan penyapunya.
Setelah beberapa ketika, Saliman datang bersama Irene yang sibuk mendukung Adam. Junmyeon juga mengekori isterinya bersama anak perempuan mereka, Azalea.
"Ya, err...encik ni siapa?"soal Irene kepada Tao.
"Saya Huang Zi Tao,"kata Tao sambil bersalaman dengan Irene dan Junmyeon.
"Boleh encik buka sunglasses tu? Maaf lah ya tapi saya cuma nak tau macam mana muka encik,"kata Irene kepada Tao.
Tao mengangkat kedua keningnya dan terus tersengih. "Maaf hehe. Saya buka ya?"
Irene dan Junmyeon mengangguk. Kaca mata yang tersarung kemas itu dibukanya perlahan-lahan kemudian dilipat dan disemat pada poket kemeja.
Tao memandang Irene bersama senyuman yang terukir pada wajahnya apabila wanita itu berubah riak. Junmyeon mula memandangnya dengan risau.
"Awak okay?"soal Junmyeon kepada Irene apabila dia mula mengangkat jari telunjuknya ke arah Tao.
Tao mula resah.
"Abdullah? A-Abdullah? Kau kah tu? Kau...kau masih hidup Abdullah?"tanya Irene bersama mata yang membulat besar.
Tao menggeleng. "Saya bukan Abdullah, puan. Saya Tao."
"Jangan tipu! Kau memang Abdullah! Kau memang Abdullah yang saya sudah lama cari selama ni!"kata Irene.
Saliman segera membawa Adam dan Azalea pergi dari situ. Takut jika ada apa-apa yang terjadi. Junmyeon pula segera menenangkan isterinya.
"Awak, kan nama dia Huang Zi Tao. Mungkin muka dia sama dengan Abdullah kan?"kata Junmyeon.
"Tak! Saya pasti dia ni Abdullah! Saya dah tengok betul-betul dalam gambar tu! Dia memang Abdullah!"Irene terus menjerit sambil meronta-ronta melepaskan diri daripada dakapan suaminya.
Dia ingin memeluk tubuh Tao dengan erat. Dia menganggap Tao itu ialah Abdullah, adiknya yang sudah lama dicari selama ini.
"Abdullah! Ini Kakak Jasmine, Abdullah!"jerit Irene, nyaring.
Wanita itu mula menitiskan air matanya. Pada masa yang sama, Chanyeol dan Taehyung segera keluar dari villa itu lalu menenangkan kakak sulung mereka.
"Jasmine! Apa ni?"kata Chanyeol.
"Yusuf, t-tengok s-siapa di b-belakang kau sekarang..."kata Irene sambil menuding ke arah Tao yang masih berdiri di belakangnya.
Chanyeol segera menoleh ke belakang. Matanya membulat tatkala pandangannya bertembung dengan Tao. Dahinya berkerut.
"Tao?"
"Chanyeol?"
"Dia bukan Tao, Yusuf! Dia Abdullah! Dia Abdullah! Adik kau yang kau benci sebelum ni!"Irene menghamburkan tangisannya apabila Junmyeon memeluk wanita itu dengan lebih erat.
Dek kerana takut memburukkan keadaan, Tao segera berlari memasuki keretanya lalu memandu keluar dari situ. Suara tangisan Irene masih kuat kedengaran apabila Jennie bersama Dallia yang baru sahaja perasan akan bunyi tersebut terus keluar dari villa itu.
Chanyeol tidak mengejar, malah dia terus berdiri di situ sambil memerhatikan kereta Tao yang semakin hilang dari pandangan.
Tao? Abdullah?
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...