SEGMEN 9

20 6 1
                                    

Ketika James sedang membawa kedua wanita GRO itu memasuki keretanya, Joker sedang mengekori ketiga manusia itu. Pistol yang dipasang dengan silencer disemat ke dalam poket jaket kulitnya.

Seperti biasa, Joker akan terus bersembunyi di sebalik lorong gelap di belakang kelab malam tersebut. Diperhatikan sahaja bayangan James yang sudah memandu keretanya lalu beredar keluar dari situ.

Tanpa berlengah, Joker segera mendapatkan motornya lalu mengejar kereta Mustang yang dipandu oleh James itu.

Sesampainya di sebuah jalan raya yang agak sepi, Joker segera mengeluarkan pistol silencer yang disembunyikan di sebalik poket jaketnya. Picu ditarik pantas.

PRASHHHH!!!

Bunyi jeritan jelas kedengaran dari perut kereta itu apabila cerminnya berjaya dipecahkan. Joker melepaskan tembakan ke arah kedua tayar kenderaan itu sehingga menyebabkan James tidak dapat mengawal pemanduannya.

"What the hell is going on?"gertak James sambil membulatkan matanya.

Keretanya yang dipandunya segera diberhentikan di bahu jalan. Pada masa yang sama, Joker terus memberhentikan motornya di hadapan kereta Mustang itu.

"Hey, James. Long time no see,"kata Joker sambil tersenyum sinis.

James segera menghempaskan pintu keretanya dengan kuat lalu berjalan meluru ke arah Joker. Satu tumbukan dilepaskan namun tersasar apabila Joker terlebih dahulu mencantas serangannya.

Perut James disiku dengan kuat sehingga menyebabkan lelaki British itu tersungkur di atas jalan yang bertar itu.

James meludahkan darah yang membuak keluar dari mulutnya.

"Fuck!"carut James. Joker tertawa besar.

"What do you want? Who are you?"soal James bertubi-tubi.

Joker menapak menghampiri James lalu duduk mencangkung di hadapan lelaki British itu.

"Kau masih ingat dekat aku?"soal Joker.

"T-tak...aku tak ingat siapa kau! Kau ingat aku gila? Aku tak pernah berkawan dengan orang psiko yang bertopeng macam kau!"bentak James sehingga membawa kepada tamparan yang kuat daripada Joker.

Wanita GRO yang masih terperap di dalam kereta James itu hanya mampu menjerit ketakutan. Joker pula mendengus geram.

Kerana tidak tahan akan bunyi jeritan itu, Joker segera melepaskan tembakan ke arah dua orang wanita itu tepat mengenai dahi mereka. Cebisan otak dan darah yang merembes keluar itu membasahi tingkap bahagian penumpang belakang kereta tersebut.

James berasa ngeri. Tidak sanggup membayangkan nasibnya selepas ini.

"Siapa kau?"soal James sekali lagi. Kali ini, nadanya membentak.

"Aku? Tch,"Joker mendecit. "Kau masih ingat keluarga Datuk Harris?"

Riak wajah James berubah.

"D-Datuk Harris?"soal James dengan kehairanan.

"Takkan kau dah lupa? Keluarga yang kau bunuh 17 tahun yang lalu-"

"DATUK HARRIS YANG KORUP ITU? BUKAN KAMI YANG BUNUH DIA! DIA YANG CUBA MEMBUNUH KAMI! DIA CUBA MERANAPKAN BISNES KAMI SEMUA! DIA-"

Belum sempat James menghabiskan kata-katanya, muncung pistol sudah diacukan pada bahagian bawah dagunya.

"Aku dah meluat dengar kata-kata tu...kau sama macam mangsa bunuh aku yang lain,"kata Joker.

"Jadi, kaulah yang bunuh Dojeong?"soal James dalam keadaan yang mendesak.

Joker cuma mendiamkan dirinya sahaja.

"Kaulah yang bunuh Dojeong?!"jerit James.

Joker mengukirkan senyuman yang sinis lalu bersedia untuk menarik picu pada pistolnya.

"Tell me, who are you? I want to know the real you!"bentak James sambil menggenggam kuat jaket kulit yang dipakai oleh Joker.

"Me?"Joker tergelak sinis. "Penegak keadilan. Penentang kejahatan."

James membengis. Kemarahannya membuak apabila Joker terus mentertawakannya.

"Any last word, James Walter?"soal Joker sambil tersenyum sinis.

"Don't kill me, please..."rayu James yang mula melampiaskan tangisannya di hadapan Joker.

Joker tertawa hambar. Seketika kemudian, wajahnya bertukar serius semula.

"Sorry...but no!"tingkah Joker sebelum menarik picu dengan pantas.

Satu tembakan dilepaskan.

James rebah di atas jalan raya itu bersama darah yang mengalir membasahi belakang kepalanya. Cebisan otak yang terburai itu dikuis oleh Joker begitu sahaja.

Awal-awal lagi, Joker sudah bersedia dengan sarung tangan yang dipakainya sebelum melakukan pembunuhan. Ini untuk mengelakkan dia tidak mudah dikesan oleh pihak polis.

Kad Joker yang dibawanya terus diletakkan pada bahagian dahi James yang berlubang itu. Salah satu tanda yang jelas menunjukkan bahawa James merupakan sasaran utamanya.

Dua orang wanita GRO itu tadi hanyalah mangsa yang tidak disengajakan sahaja. Joker berbuat begitu untuk menghapuskan bukti memandangkan mereka berdua merupakan saksi kejadian tersebut.

"Have a nice day,"ucap Joker dengan sarkastik lalu segera menghidupkan motornya.

Enjin motor itu meluru laju meninggalkan mayat James bersama dua wanita GRO itu. Rasa bersalah tidak wujud dalam kamus seorang Joker malah dia berasa puas hati apabila melakukan jenayah sebegitu.

Demi membalas dendam terhadap apa yang terjadi terhadap Datuk Harris dahulu, dia sanggup hadapi segala risiko yang mendatang.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now