SEGMEN 11

20 7 0
                                    

"Mangsa dikenali sebagai James Walter, seorang lelaki warganegara England dan bermastautin di Korea Selatan selama tujuh tahun. Beliau merupakan rakan kongsi mendiang Tuan Han Dojeong,"lapor Sehun sambil memberikan fail yang tertera perkataan ‘sulit’ kepada Chanyeol.

Chanyeol meneliti laporan yang didapati melalui pemeriksaan awal di tempat kejadian. Kejadian pembunuhan itu dilaporkan oleh orang awam yang menemui tiga mayat berserta kereta Mustang yang dipandu oleh James itu.

"Mangsa lain ialah Dao Chi, seorang wanita warganegara Vietnam. Berusia 21 tahun dan ditemui mati dengan kesan tembakan yang sama seperti James. Mangsa ketiga pula ialah Maung Haymar, wanita warganegara Myanmar yang berusia 19 tahun. Juga ditemui mati sama seperti dua mangsa yang lain,"kata Sehun.

"Melalui rekod imigresen yang baru diperolehi, kedua wanita ini datang ke Korea Selatan tanpa permit yang sah,"kata Sehun sekali lagi.

"Tak ada passport?"soal Chanyeol. Sehun menggeleng.

"Visa tak ada. Visa yang mereka guna ialah visa palsu,"kata Sehun.

Chanyeol mengangguk faham.

"Ada apa-apa bukti mencurigakan yang dijumpai?"soal Chanyeol kepada Sehun.

Sehun menggeleng.

"Kad Joker?"soal Chanyeol lagi.

Sehun membulatkan matanya. Dahi ditepuk kerana dia terlupa untuk melaporkan keberadaan bukti yang amat popular dalam mana-mana kes pembunuhan baru-baru ini.

"Ada kan?"soal Chanyeol apabila Sehun kelihatan tergagap untuk menjawab soalannya.

"Y-ya,"kata Sehun.

"Nampaknya ini pembunuhan terancang,"kata Chanyeol.

Dia tidak mahu mengulas apa-apa lagi kerana dia bukanlah anggota polis. Dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai seorang pakar forensik sahaja.

"Nah. Kami akan buat post-mortem sebentar saja lagi. Apa-apa maklumat nanti aku report,"kata Chanyeol sambil menyerahkan semula fail itu kepada Sehun.

Sehun mengangguk lalu keluar dari ruang bilik mayat itu. Ketika Chanyeol ditinggalkan seorang diri di situ, dia dihurung pelbagai persoalan.

"Khianat? Pembunuhan terancang?"gumam Chanyeol lalu meneruskan tugasnya semula.

Anggota dalam unit forensik terus dipanggil untuk memasuki ruangan itu.

~~~

"Doktor,"Seulgi, salah seorang anggota dalam unit forensik itu menyerahkan bekas penyimpanan kepada Chanyeol.

Tanpa berkata apa-apa, Chanyeol terus menyimpan peluru yang tersangkut pada bahagian dahi James ke dalam bekas penyimpanan itu.

"Gergaji elektrik,"Chanyeol mengarahkan Eunwoo untuk memberikan alat gergaji elektrik itu kepadanya.

Sebaik sahaja alat itu diberikan, butang dihidupkan. Bunyi gergaji yang agak nyaring itu membelah bahagian kulit kepala dan tengkorak James sehingga ke pangkal leher.

Semuanya dilakukan dengan penuh berhati-hati. Bermula dari lapisan kulit, otot dan barulah tengkorak yang melindungi organ otak itu.

Gergaji tersebut dimatikan lalu diberikan semula kepada Eunwoo. Organ otak milik James yang terdedah itu dikeluarkan lalu diperiksa.

"Tolong catat. Mangsa mengalami pendarahan pada bahagian otak akibat tembakan. Tembakan tersebut telah menembusi otak sehingga sebahagian daripadanya hancur,"kata Chanyeol kepada Seulgi.

Seulgi mengangguk lalu sibuk mencatat semua maklumat yang diberitahu oleh ketuanya.

"Darah sudah membeku. Anggaran masa kematian pula antara 12 sehingga 14 jam,"lapor Chanyeol.

Anggota bawahannya mengangguk sambil mencatat semula maklumat itu sehingga habis.

~~~

Sementara itu, Tao sedang sibuk memeriksa lima keping kad Joker yang ditemui daripada lima siri pembunuhan sebelum ini.

Kes Tuan Han belum selesai lagi, ditambah pula dengan kes James Walter. Lagi pening kepala dibuatnya.

"Ada kaitan dengan empat siri pembunuhan sebelum ini...kemungkinan pembunuhan ini dilakukan kerana pembunuh mahu membalas dendam,"gumam Tao sendiri.

Itulah firasat yang berlegar dalam kepalanya semasa mengendalikan kes ini. Dia cuba mengaitkan peristiwa yang berlaku semasa subuh tadi, iaitu semasa dia bertemu bayangan Abdullah yang mahukan pembelaan daripadanya.

"Tapi...apa kaitan Abdullah dengan Joker?"gumam Tao. "Dan kenapa dia nak minta aku tolong dia?"

Tao meletakkan semula kad itu lalu memandang ke arah Inspektor Siwon yang berjalan memasuki ruang mesyuarat itu.

"Bagaimana?"soal Inspektor Siwon.

"Pembunuhan kali ini ada kaitan dengan pembunuhan Tuan Han sebelum ni,"kata Tao.

"Balas dendam?"soal Inspektor Siwon.

"Agaknya,"balas Tao. "Mungkin pembunuh tu mahu mendapat pembelaan. Ada kemungkinan mereka berlima ini pernah melakukan kejahatan kepada Joker suatu ketika dahulu."

Inspektor Siwon memandang Tao tanpa sebarang reaksi. Hairan dengan hipotesis yang dibuat oleh detektif baru itu, Inspektor Siwon menapak perlahan lalu menatap kad itu semula.

"Macam mana kamu tahu?"persoalan yang keluar dari mulut Inspektor Siwon membuatkan Tao tersentak.

"Instinct,"balas Tao sepatah.

Inspektor Siwon menoleh lalu mengangguk. Kad Joker yang disimpan di dalam beg plastik berzip itu ditatap sekali lagi.

"Kalau kamu ada jumpa apa-apa bukti sekali lagi, kita akan menghampiri kemenangan,"kata Inspektor Siwon.

Tao membundarkan matanya. Inspektor Siwon memandangnya lalu tersenyum.

"Jangan takut. Kita akan dapat tangkap Joker kalau kita dah jumpa semua petunjuk,"kata Inspektor Siwon. "Tengok perkataan di kad tu."

Tao menoleh lalu memandang perkataan yang ada pada lima keping kad itu.

Kad pertama, ‘Zalim’.

Kad kedua, ‘Tamak’.

Kad ketiga, ‘Amarah’.

Kad keempat, ‘Rakus’.

Kad kelima, ‘Muslihat’.

Tao menggaru kepalanya. Masih lagi bingung dengan petunjuk tersebut. Dia terus memandang ke arah Inspektor Siwon untuk mendapatkan pencerahan.

"Tuan? Tuan rasa...apa maksud perkataan ni? Saya dah keliru sekarang,"kata Tao.

"Kalau mengikut firasat saya...perkataan ini mungkin menerangkan tentang sikap mangsa dari sudut pandangan Joker sendiri,"kata Inspektor Siwon.

Tao melopong faham.

"Kalau kita dapat jumpa siapa Joker, kita akan terus bawa dia ke mahkamah,"kata Inspektor Siwon.

Tao memandang Inspektor Siwon yang berlalu pergi dari situ dengan wajah yang kosong. Kad Joker yang dikeluarkan itu disusun semula secara bertindihan lalu dimasukkan ke dalam beg plastik tersebut.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now