SEGMEN 22

14 5 5
                                    

Subang Jaya, Selangor
2008

Di sebuah tempat, begitu gelap persekitarannya. Sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam dipandu memasuki kawasan lorong tersebut.

Dari kereta itu, seorang lelaki berperwatakan bengis dan berpakaian serba hitam sedang keluar dari keretanya. Rokok yang dicucuh ke dalam mulutnya dikeluarkan, dihisap semula bahan tembakau tersebut.

"Hashim,"panggil seorang lelaki bertubuh gempal yang sedang berjalan menghampiri lelaki bengis bernama Hashim itu.

Hashim tersenyum sinis lalu membuang rokoknya yang tinggal sedikit itu. Dipijaknya sehingga hancur lalu pandangan matanya dialihkan ke arah seorang remaja lelaki yang sedang tertidur di bahagian belakang keretanya.

"Bila lu sampai?"soal lelaki gempal yang bernama Lim itu.

"Baru juga. Aku ada bawa budak tu sekali. Nak kasi training keras punya supaya dia jadi budak kuat,"kata Hashim.

"Ya ya. Gua tau, lu selalu kasi cerita sama gua yang lu meluat bila lu tengok lu punya bapa sibuk manjakan dia kan?"kata Lim.

"Bukan tu je. Budak tu siap merengek lagi bila nampak anjing milik tauke Cina kat depan rumah tu. Dah besar panjang pun masih lagi nak hidup di celah ketiak orang tua,"kata Hashim.

Lim melopong. "Yalah. Yalah. Lu kasi bangun itu budak. Gua mau kasi standby dulu semua barang."

Hashim mengangguk lalu berjalan ke arah kereta Proton Saganya. Budak lelaki yang masih tertidur di bahagian belakang kereta itu terus dibangunkan.

"Oi, budak! Bangun!"kata Hashim kepada budak lelaki itu. Bahunya ditepuk dengan kuat sehingga dia terbangun.

Budak itu membuka matanya dengan luas lalu memandang ke arah Hashim yang memandangnya dengan pandangan serba kelat.

"Abang Hashim? Saya kat mana ni?"soal budak itu kepada Hashim.

"Tak payah nak banyak tanya sangat. Kau keluar je lah!"bentak Hashim sambil menarik kain baju remaja lelaki itu dengan kasar.

Remaja lelaki itu kelihatan bingung, dia hanya mengekori Hashim sahaja yang terus datang masuk ke dalam sebuah bilik yang agak tersembunyi di lorong itu.

"Lim, ini adik angkat aku. Nama dia Randy."

Hashim terus menolak Randy sedikit ke hadapan apabila matanya menangkap beberapa bilah pisau yang tajam dan pistol-pistol yang disusun secara kemas di atas sebuah meja.

"Randy. Gua akan latih lu jadi orang yang paling kuat di Malaysia,"kata Lim sambil tersenyum.

Randy memandang ke arah Lim dan Hashim berulang-kali tanpa sebarang ekspresi.

~~~

Tao membuka matanya semula lalu memandang ke arah bayangan Pak cik Sahar yang belum hilang dari situ. Tiba-tiba sahaja dia dibawa ke sebuah memori milik seseorang tadi.

Memori di mana seorang remaja lelaki yang bernama Randy membuatkan kepalanya bertambah pening.

"Kenapa...kenapa aku boleh rasa benda tu pernah terjadi dekat aku dulu? Kenapa?"Tao memegang kepalanya.

Rambut dikusutkan.

Kemudian, dia mendongak ke atas lalu membulatkan matanya.

Kelibat pak cik itu sudah hilang dari situ. Mulutnya ternganga.

"Kau pergi mana?"soal Tao dalam hatinya.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now