SEGMEN 42

20 5 8
                                    

"Cik Mei Shern kenal ke dengan budak tu?"tanya Jongin kepada Mei Shern.

Mei Shern mengangguk perlahan lalu memandang ke arah Chanyeol semula.

"M-macam mana...Doktor Chanyeol boleh kenal dengan Abdullah?"tanya Mei Shern kepada Chanyeol dengan suara yang terketar-ketar.

Chanyeol diam lalu memandang Mei Shern dengan wajah datarnya.

"Dia adik saya,"kata Chanyeol.

Mei Shern membulatkan matanya. "Tunggu...macam mana doktor boleh ada hubungan dengan keluarga Datuk Harris?"

"Takkan kau dah lupa siapa aku Mei Shern? Senior yang selalu kau ejek dengan nama toyol belaan tu?"kata Chanyeol. "Kau dah lupa siapa aku?"

"S-siapa?"Mei Shern memandang Chanyeol dengan takut sekali.

"Yusuf Harris...dah lama aku tak jumpa kau,"satu suara yang asing datang daripada seorang lelaki berpakaian serba hitam itu membuatkan Chanyeol segera mengeluarkan pistolnya.

Pistol tersebut diacukan ke arah lelaki yang memakai topeng Anonymous itu. Sementara itu, Sehun dan Jongin terus memandang di antara satu sama lain sambil mengisyaratkan sesuatu. Dua orang lelaki itu terus beredar ke kawasan belakang rumah usang tersebut untuk mencari kayu pemukul.

"Hei! Kau Joker kan?"pekik Chanyeol sambil mengacukan pistolnya ke arah lelaki Anonymous tersebut.

Sempat lagi Chanyeol menyuruh Taehyung dan adik-beradiknya yang lain untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu. Jemarinya pula terus menyentuh picu pada pistol tersebut, menunggu masa untuk ditarik bagi menewaskan lelaki jahat di hadapannya sekarang ini.

"Tepat sekali tekaan kau, Yusuf. Akulah Joker,"kata Joker sambil tergelak sinis. Pandangan matanya dialihkan ke arah Mei Shern.

"Aku dah banyak kali perhatikan kau dengan anak bini kau sekali. Setiap kali anak kau balik dari tadika, aku selalu ekori dia. Begitu juga dengan bini kau,"kata Joker.

"Kau boleh buat apa saja dengan aku, tapi kau tak boleh apa-apakan keluarga aku! Mereka tak bersalah!"tingkah Chanyeol.

Joker tertawa dengan galak sekali sambil memandang Chanyeol dengan pandangan penuh kasihan.

"Aku rasa perkara tu seronok,"kata Joker. "Ekori mereka, tengok apa mereka buat setiap hari. Aku rasa benda tu macam satu permainan yang menyeronokkan untuk seksa jiwa kau, Yusuf."

Satu tembakan dilepaskan tepat mengenai bahagian lutut kiri Joker sehingga lelaki bertopeng itu jatuh terduduk ke bawah.

"ARGH!! KURANG AJAR KAU YUSUF! KENAPA KAU TEMBAK SAYA? KAU LUPA KAH SAYA NI SIAPA?"soal lelaki bertopeng itu dengan pekikan yang penuh kesakitan.

"Apa yang kau merepek ni? Kau tu Jokerlah! Siapa lagi?"kata Chanyeol dengan bengang.

Chanyeol berjalan perlahan menghampiri lelaki berpakaian serba hitam itu. Pistol yang dipegangnya diacukan ke arah dahi Joker sambil jemarinya menyentuh picu tersebut sekali lagi.

"Yusuf!"larang Irene sambil berlari ke arah Chanyeol.

"Jangan Jasmine! Biar Yusuf habiskan orang jahat ni! Orang ni lah yang selalu buat kacau di Seoul!"kata Chanyeol.

"Yusuf...turunkan pistol kau,"gumam lelaki bertopeng itu kepada Chanyeol sambil memegang lutut kirinya.

Chanyeol diam. "A-apa maksud kau? Kau nak buat apa lepasni? Kau nak bunuh aku?"

"Turunkan..."pinta Joker.

"Tch! Kau nak aku turunkan pistol ni? Jangan harap, Joker. Kau tak pernah tak jahat, aku kenal kau,"kata Chanyeol.

"Kau yakin, Yusuf? Kau yakin yang adik kau ni bukan orang yang baik?"soal Joker sambil memegang topeng yang menutupi mukanya.

"A-apa?"Chanyeol kehairanan. Tangan Joker ditepis dengan kuat.

Topeng Anonymous yang menutupi wajah lelaki itu terus direntap dengan kasar sehingga menampakkan wajah sebenarnya.

Mata Chanyeol membulat.

"Tao? M-macam mana...kau boleh ada di sini?"soal Chanyeol sambil menyimpan pistolnya ke dalam poket seluar.

"Aku dah lama cari kau, Yeol. Kau masih ingat tentang adik kau yang kau suruh aku cari tu?"soal Tao.

Chanyeol mengangguk.

"Akulah adik kau yang dah lama hilang tu,"kata Tao.

Chanyeol tergamam. Taehyung pula terus berlari bersama Jennie untuk mendapatkan abang mereka yang jatuh terduduk di atas tanah itu.

"Aku tak faham semua ni..."gumam Chanyeol sambil memegang kepalanya. "Macam mana...aku boleh lupa?"

"Aku tak tau yang aku akan jumpa kau sekali lagi. Abdullah, kau...kau dah balik. Selamat kembali!"kata Taehyung sambil mengeluarkan sapu tangannya untuk menghentikan pendarahan pada lutut kiri Tao.

"Aku tak tau macam mana aku boleh datang ke sini. Macam mana aku boleh jadi adik kau, Yeol? Macam mana aku dan kau pernah bermusuh dulu? Aku dah lupa semua tu,"kata Tao.

"Kau dah kena amnesia, Tao. Kau dah lupa segala-galanya!"kata Jennie dengan panik.

"Boleh kah kau jangan buat kesimpulan sendiri?"Taehyung menyiku lengan adiknya lalu memandang ke arah Chanyeol yang sudah menundukkan kepalanya.

"Tergamak kau tembak adik kau yang tak bersalah ni, Yusuf?"kata Tao dengan sinis.

"Kenapa...kenapa kau yang jadi Joker, Abdul? Kenapa kau yang sepatutnya jadi Joker? Selama ni saya simpan dendam terhadap darah daging sendiri, kau tau kah? Saya hampir jadi pembunuh adik sendiri!"kata Chanyeol sambil memegang kedua bahu Tao.

Matanya mula berkaca.

"Maafkan Abdul, abang,"kata Tao. "Abdul tidak sanggup bagitau keberadaan Abdul selama ni. Bahkan Abdul tidak sanggup dedahkan identiti Abdul sendiri dengan kamu semua."

"Kenapa kau jadi macam ni, Abdul?"tanya Irene yang berada di sebelah Chanyeol ketika ini.

"Saya ada penyakit kecelaruan identiti. Sekejap saya boleh jadi Tao, sekejap saya boleh jadi Randy, sekejap lagi saya boleh jadi Joker...saya jadi Joker selama ni pun sebab saya mau balas dendam terhadap musuh arwah ayah,"kata Tao. "Saya menyamar jadi polis pun semata-mata untuk melambatkan operasi pemburuan tu saja."

"Tak guna kau!"

Sehun yang datang entah dari mana terus mengayunkan kayu beroti ke arah Tao. Dengan pantas, Chanyeol terus berpaling lalu merangkul kuat tubuh Sehun sehingga mereka berdua terjatuh ke tanah.

Kayu yang dipegang oleh Sehun dirampas lalu dibuang ke tanah. Chanyeol segera mengeluarkan pistolnya lalu mengacukan senjata tersebut ke arah wajah Sehun.

"Oh...jadi kau pun pengkhianat pasukan juga? Sama macam adik tak guna kau tu? Kau pun menyamar jadi doktor juga kan?"soal Sehun dengan sinis.

"Tak. Aku ada degree, aku tak menyamar. Aku cuma pegang benda ni untuk strategi mempertahankan diri saja,"kata Chanyeol.

"Chanyeol, jangan tembak dia,"kata Tao. "Aku ada perkara yang patut aku settlekan dahulu."

Chanyeol memandang Tao lalu menyimpan semula pistolnya ke dalam poket. Dengan langkah yang terhinjut-hinjut, Tao menghampiri Chanyeol sambil mengeluarkan pistol buatan Jerman dari poket jaket kulit hitamnya.

"K-kau nak buat apa dengan aku?"soal Sehun dengan penuh ketakutan.

"Jangan takut. Aku takkan sakitkan kau. Aku cuma nakkan penjelasan daripada kau saja,"kata Tao sambil tersenyum sinis.

"Kau akan berjumpa dengan Randy selepas ini,"kata Tao sambil menyeringai lebar.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now