Kereta SUV yang dipandu Tao semakin memecut menaiki jalan yang membawanya ke kawasan perkarangan Hotel Perkasa. Selepas dia memberhentikan keretanya, Tao terus menenangkan dirinya.
Dadanya semakin berombak laju. Peluh dingin membasahi wajahnya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa wanita yang dia baru sahaja kenal itu tadi terus memanggilnya dengan nama yang asing di telinganya.
"Aku bukan Abdullah! Aku Tao!"Tao memukul stereng keretanya dengan kuat.
Lelaki itu mula menggila, seperti haiwan liar yang diancam. Jeritan dan kata-kata nista keluar secara spontan dari mulutnya.
"YAHHHHHH!!!!! AKU BUKAN DIA!!!"jerit Tao dengan kuat.
Harap saja tiada orang di luar yang mendengar jeritannya sekarang ini. Kalau ada pun, cuma sayup-sayup kedengaran saja.
"Aku bukan dia...aku bukan dia-"
"Dahlah pendek! Kurus! Ada hati nak lawan dengan kitorang ke?"seorang remaja lelaki memotong percakapannya.
Suara asing itu membuatkan Tao terkejut. Pantas, dia memusingkan kepalanya ke belakang lalu memandang ke arah dua orang remaja lelaki yang sedang memandangnya dengan sinis.
"Sehun? J-Jongin?"mata Tao membulat apabila melihat kelibat Sehun dan Jongin yang lengkap memakai pakaian sekolah mereka.
Lencana yang menampakkan lambang sebuah sekolah antarabangsa di Selangor itu diperhatikannya dengan teliti. Dahinya berkerut seolah-olah dia pernah nampak lencana sebegitu dulu.
"Oi, Randy! Kau tak pernah makan sarapan ke sebelum ni?"soal Sehun dengan sinis.
"Siapa Randy? Apa kaitan dia dengan aku?!"tengking Tao.
Dua orang remaja lelaki itu mentertawakan Tao lalu menarik rambutnya dengan kuat.
"Argh! Lepas!"jerit Tao apabila dia merasakan satu tumbukan yang kuat pada pipinya.
Kepalanya terteleng ke kanan. Apabila dia mengangkat wajahnya dia memandang ke arah Yusuf, budak lelaki lain yang selalu menerjah masuk ke dalam mimpinya.
"Abdul! Kau memang suka cari pasal kan? Dari mana kau dapat pisau rambo tu?"bentak Yusuf sambil menarik kolar baju kemeja yang dipakai Tao.
"Aku bukan Abdullahlah sial!"jerit Tao lalu melepaskan tumbukan ke arah Yusuf.
Namun, percubaannya gagal apabila penumbuknya menembusi tubuh Yusuf. Mata Tao semakin membuntang dengan luas sekali lagi.
"Tak...tak...tak..."gumam Tao sambil meraup wajahnya dengan kasar.
Tiba-tiba, bayangan tiga orang lelaki yang sedang mengganggunya tadi hilang begitu saja. Tao bertambah terkejut lalu bingkas mematikan enjin keretanya.
Langkahnya dilajukan sehinggalah dia masuk ke dalam hotel tersebut. Setelah menaiki lif, Tao segera masuk ke dalam bilik hotelnya.
Tubuhnya dibaringkan ke atas katil sambil nafasnya cuba dikawal. Matanya masih membulat, bagaikan diserang hantu saja rupanya.
"Aku bukan Randy dan aku juga bukannya Abdullah...aku yakin aku bukan mereka..."gumam Tao.
"Tidak, Tao. Kau memang mereka berdua."
Tao berpaling lalu memandang ke arah Pak Cik Sahar dengan wajah yang bengis. Penumbuknya digenggam erat sambil dahinya semakin berkerut apabila dia melihat kelibat Hashim bersama Randy.
"Pergi, Randy...jumpa mereka,"kata Pak Cik Sahar. Hashim di sebelahnya cuma terdiam seribu bahasa.
Perlahan-lahan bayangan Pak Cik Sahar dan Hashim menghilang, bagaikan hologram. Randy yang kelihatan bingung itu tadi mula berubah riak wajahnya. Lelaki itu seakan-akan memarahi Tao sambil menyinsing lengan bajunya dengan kasar.
Satu garisan parut yang ada pada lengan kirinya membuatkan Tao membeliakkan matanya. Sama dengan parut yang ada pada lengannya. Tao terus mendongak lalu memandang Randy dengan bibir yang digetapkan.
"Kerana kau, bapa dan abang Shim mati!"gertak Randy sambil menampar pipi Tao dengan kuat.
"Apa salah aku? Siapa kau hah? Aku tak kenal kau!"balas Tao dengan bentakan yang lebih keras.
"Kau tak kenal siapa aku? Aku...ialah kau! Dan kau ialah aku!"bentak Randy sambil menarik kolar kemeja Tao dengan kasar.
Tao terus menghalang serangan Randy dengan memulas kedua lengannya. Nasib baik orang itu kali ini wujud, kalau tidak sia-sia saja dia mengumpul tenaganya untuk membalas serangan Randy.
Tumbukan demi tumbukan yang dilepaskan oleh Randy berjaya ditepis oleh Tao sehinggalah dia berjaya menahan kaki budak lemah itu daripada cuba menendang kakinya.
"Kau tetap akan lemah, Randy,"bisik Tao. "Kau tak ada kena-mengenanya dengan aku."
Randy tertawa sinis. "Kau tak perasan ke muka kita sama?"
Tao diam lalu mengamati wajah Randy dengan lama. "Dalam dunia ni, semua orang ada tujuh orang kembar yang serupa. Mana mungkin aku ini kau."
"Doppelganger? Mana mungkin kembar tu ada parut yang sama dengan orang tu?"soal Randy dengan sinis.
Tao tergamam.
"Dan kau nak tau macam mana kau boleh ada parut tu?"soal Randy lagi.
Tao mengangkat keningnya bersama kerutan di dahi. Dengan perlahan-lahan, Randy mengangkat jarinya ke arah seorang budak lelaki yang bertubuh kecil sedang menunduk ke bawah.
"Tanya budak tu. Nama dia Muhammad Abdullah bin Harris,"sinis saja nada suara Randy.
Wajah Tao semakin menampakkan reaksi terkejutnya. Budak yang bernama Abdullah itu sudah muncul di hadapannya sekarang ini.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...