Gwangju, Seoul
2:30 p.m."Baba, Mei dapat surat!"kata Mei Shern dengan teruja sambil menunjukkan sampul merah yang bertuliskan nama Tan Sri Asmawi pada bahagian hadapannya.
Tuan Wu berjalan menghampiri anak gadisnya lalu memandang ke arah sampul surat tersebut. Sekeping lagi sampul yang sama diberikan oleh Mei Shern kepadanya.
"Ni baba punya,"kata Mei Shern.
Tuan Wu terus membuka sampul surat tersebut lalu mengeluarkan sekeping kad yang diisi di dalamnya. Kad jemputan daripada individu yang bernama Tan Sri Asmawi itu membuatkan dia memandang anak gadisnya sendiri dengan hairan.
"Siapa Tan Sri Asmawi ni? Kenapa dia nak buat reunion dengan kita?"tanya Tuan Wu, hairan.
Mei Shern memandang ke arah kad jemputan yang diberikan kepadanya lalu membaca setiap bait perkataan yang ada pada surat tersebut dengan teliti.
"Kawan bisnes baba kot. Atau...ahli PIBG di sekolah lama Mei dulu,"kata Mei Shern.
"Nampaknyalah,"kata Tuan Wu. "Dia kata reunion tu akan dibuat esok."
Mei Shern membulatkan matanya. Kad undangan yang dipegang tadi diturunkan.
"Jadi apa kita nak buat, baba?"tanya Mei Shern.
"Nanti baba book tiket sekarang. Kamu kemaskan pakaian kamu saja. Esok kita naik flight terus ke KK,"kata Tuan Wu.
Mei Shern cuma angguk.
~~~
"Sehun, kau ada dapat sampul warna merah tu ke?"tanya Jongin kepada sahabatnya.
Sehun menunjukkan sampul yang baru diambil dari peti surat di tingkat bawah apartmen tersebut. Jongin mengangkat sebelah keningnya lalu mengeluarkan sampul surat yang sama dari poket seluar jeansnya.
"Kau kenal Tan Sri Asmawi?"tanya Sehun kepada Jongin.
Jongin menggeleng lalu mengeluarkan kad itu semula.
"Katanya dia nak buat reunion dengan kita esok di Sabah,"kata Sehun. "Apa pendapat kau?"
"Pada pendapat akulah...aku rasa orang ni mungkin...salah satu orang kenamaan yang sentiasa terlibat dalam setiap majlis di sekolah lama kita dulu,"kata Jongin.
"Orang kenamaan? Maksud kau YB yang selalu rasmikan majlis tu?"tanya Sehun.
Jongin mengangguk.
"Macam mana dia boleh kenal kita? Setahu aku...aku tak pernah dengar nama Tan Sri Asmawi sebelum ni,"kata Sehun.
"Mungkin dia kenal kita sebab kita kan murid paling aktif di sekolah dulu,"kata Jongin.
Sampul merah itu diletakkan di atas meja. Jongin terus masuk ke dalam biliknya untuk melipat pakaian yang sudah berlonggok di atas katilnya.
"Sehun, kau rasa...kenapa Tan Sri Asmawi pilih Sabah?"tanya Jongin yang sibuk melipat bajunya.
"Aku tak pasti. Mungkin dia nak bawa kita pergi melancong dekat pulau kot,"kata Sehun sambil meneguk segelas air kosong yang diisi dengan ais.
"Aku rasa kita kena beli sedia pistol di sana,"kata Jongin.
Sehun memandang Jongin dengan hairan. "Asal pula?"
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...