Masjid Putra,
PutrajayaMatanya ralit memandang ke arah reka bentuk dalaman masjid tersebut. Sungguh indah, itu yang dia ucapkan.
Baru kali ini Chanyeol atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Harris dapat meluangkan masa untuk beribadah di Rumah Ilahi ini. Tempat inilah yang menjadi tempat persinggahannya untuk mencari ketenangan yang abadi.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah tahu apa itu erti keinsafan sehinggalah dia datang ke sini buat kali pertama. Air mata jantannya gugur membasahi pipi ketika itu.
Pada masa yang sama, Chanyeol mengenangkan nasib adiknya Tao yang masih lagi terkurung di dalam wad psikiatri di Hospital Universiti Malaya tersebut. Dia juga sempat menitipkan doa buat adiknya agar sembuh seperti sediakala.
Sejujurnya, Chanyeol amat sayangkan semua adiknya. Lebih-lebih lagi Tao, adiknya yang menderita penyakit mental itu.
Setelah selesai menunaikan solat fardu zohor, Chanyeol terus melawat Tao di hospital. Seperti biasa, dia akan mendapatkan kebenaran daripada pihak doktor untuk menemaninya ke sana.
Ketika mereka masuk ke dalam bilik, kelibat Tao tidak ada di situ. Chanyeol menjadi panik.
"D-doktor? Di mana adik saya? Kenapa dia tak ada di sini?"soal Chanyeol dengan mata yang membulat.
"Saya tak tau, encik. Saya pun baru perasan yang dia tak ada sekarang ni,"kata doktor yang menemaninya itu.
Kemudian, doktor itu bersuara semula.
"Selalunya, pesakit dalam wad ini akan diberi masa untuk beriadah seketika. Mungkin adik encik ada di kawasan taman di tingkat atas sekarang ini."
"Kita ke sana,"kata Chanyeol. Doktor itu cuma mengangguk faham.
~~~
Sesampainya mereka berdua di kawasan tingkat paling atas bangunan tersebut, Chanyeol melihat figura Tao sedang melukis sesuatu di atas buku lukisannya. Di sebelahnya pula terdapat patung panda yang diberikan oleh staf hospital kepada lelaki itu.
"Hati-hati dengan dia,"pesan doktor itu kepada Chanyeol.
"Saya taulah, doktor. Pandailah saya jaga diri nanti,"balas Chanyeol sambil berjalan menghampiri Tao.
Bahu Tao disentuhnya perlahan menyebabkan adiknya itu terperanjat. Hampir lagi buku lukisannya terbuang ke bawah.
"A-assalamualaikum Abdul,"kata Chanyeol dengan takut.
"Waalaikumsalam...Yusuf?"soal Tao dengan mata yang membulat.
Chanyeol mengangguk perlahan lalu melambai ke arah Tao dengan penuh rasa janggal. Terkejut dibuatnya, bagaimana Tao boleh berkelakuan lain hari ini? Selalunya dia akan menjerit memanggil nama Joker ketika Chanyeol datang menghampirinya dan mengatakan bahawa dia sudah mati dibunuh dahulu.
"Kau ingat saya lagi Abdul?"soal Chanyeol semula.
"Yusuf...kau...kau masih hidup lagi?"soal Tao dengan rasa tidak percaya.
"Y-ya. Saya masih hidup lagi,"kata Chanyeol sambil mengangguk.
Lama Tao mendiamkan diri sebelum dia menarik Chanyeol ke dalam pelukannya.
"Yusuf! Saya rindu kau!"Tao terus menangis teresak-esak sambil membenamkan kepalanya pada bahu Chanyeol.
Chanyeol tergamam. Tidak tahu apa reaksi yang patut dia berikan ketika ini. Dia tidak menyangka Tao akan mengingati dirinya semula.
YOU ARE READING
(C) Joker | HZT
FanfictionDia, seorang pembunuh bersiri yang masih diburu oleh polis kerana tipu muslihat yang dilakukannya. Sekeping kad Joker yang diletakkan bersebelahan dengan mayat mangsanya dijadikan sebagai petunjuk untuk mengelirukan polis. Misteri tentang identiti s...