SEGMEN 29

18 6 10
                                    

Kenikmatan itu bagaikan raksasa,
menguasai diri kita yang semakin alpa dengan duniawi

~~~

Seoul Mental Care Clinic,
10:45 a.m.

"Semakin hari semakin teruk doktor."

Doktor Rose yang baru sahaja memulakan sesi terapi bersama Tao pada pagi itu terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki berusia 28 tahun itu.

"You ada termimpikan budak Abdullah tu lagi?"soal Doktor Rose dengan risau.

Tao mengangkat bahunya. "I tak pasti tentang tu...but...I ada termimpi pasal dua orang budak yang lari keluar dari sebuah rumah agam."

Tao terus menceritakan mimpinya kepada Doktor Rose sehingga selesai. Sementara doktor muda itu terus mencatatkan semua isi yang ada pada diari peribadinya, Tao galak bercerita sehingga ada masa dia menjerit sama seperti dalam mimpinya itu tadi.

"Jadi...you rasa dua orang budak dalam mimpi tu ialah Abdullah dan Yusuf?"soal Doktor Rose.

"Ya,"kata Tao.

"Baiklah. Kalau you kata begitu, I rasa I patut teruskan juga sesi terapi ni,"kata Doktor Rose.

"Apa yang I patut buat kali ni doktor?"tanya Tao kepada Doktor Rose.

"Communicate dengan mereka,"kata Doktor Rose. "Tanya kenapa mereka selalu menghantui you selama ini."

Tao mengangguk faham lalu memulakan sesi terapinya bersama doktor itu.

~~~

Kundasang, Sabah
3:45 p.m.

Seusai mengerjakan solat Asar, Irene terus berjalan memasuki satu bilik bacaan yang sudah lama ditinggalkan sejak 17 tahun yang lalu.

Kunci yang diberikan oleh Saliman tadi digunakan untuk membuka mangga pada pintu itu. Kata Saliman, beliau sering membersihkan bilik itu pada hujung minggu. Jadi tidak ada lah habuk yang menempel sehingga membuatkannya terbersin berulang-kali.

Pintu itu dibuka lalu menampakkan sebuah ruang bacaan yang agak luas. Buku-buku yang disusun kemas pada rak diperhatikan dengan rasa kagum.

"Tempat ni masih belum berubah,"kata Irene sambil tersenyum.

Wanita itu terus berjalan menghampiri sebuah meja kerja milik arwah ayahnya. Laci pada bawah meja itu pula ditarik keluar setelah dia membuka kunci tersebut.

Irene melihat banyak tindihan fail yang bersusun di dalam laci meja kerja arwah ayahnya itu. Kepalanya terteleng untuk membaca tulisan pada fail tersebut.

"Fail urusan kerja,"bibirnya bergerak membaca tulisan pada kulit hadapan fail berwarna hitam itu.

Dengan rasa ingin tahu, Irene terus mengeluarkan fail itu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat yang berhampiran.

Fail itu dibelek dengan perlahan sehingga matanya tertancap pada satu halaman yang kosong.

"Apa ni?"soalnya sendiri.

(C) Joker | HZTWhere stories live. Discover now