"Hey~
beautiful beautiful beautiful
beautiful An-"Alarm yang berbunyi segera aku tutup. Tak tahulah kenapa, dengar 'hey' tu je aku dah boleh terkejut. Belum lagi bahagian Butiful butiful. Annoyinglah aku! Haish.
By the way guys, aku suka lagu ni. Don't get me wrong. Just annoying, pagi pagi dah puji aku cantik si Bazzi ni.
Apa? Biarlah aku nak puji diri sendiri. Self love is everything !
Haish, dah pagi. Aku rasa baru je aku lelapkan mata tadi. Nak tak nak, aku kena bangun jugak dari katil ni.
Tapi sebelum tu, aku check telefon pintarku. Manalah tahu, ada pesanan penting ke kan?
Kut kut Queen Elizabeth berkenan kat aku untuk cucu dia. Ha sapa tau?
Dari aku bebel sorang, baik aku mandi! Nanti flower boy marah aku lambat.
×××××
Sebaik sahaja lepas aku punch card, aku pun mula kemas kemas kedai bunga tempat aku bekerja ni.
Kalau diikutkan, hari ni dah cukup lima bulan aku bekerja. Ini satu kejayaan untuk aku sebab sebelum ni aku kalau kerja kat satu tempat tu tak pernah lebih dari dua bulan.
Ting
Aku menoleh ke arah pintu masuk dengan segera. Eh ada pelanggan! Tak tahulah. Tapi aku happy sangat sebab mood aku hari ni agak baik.
Mana taknya? Hari ni gaji aku untuk bulan ni akan diberikan. Haish macam macam aku nak beli nanti.
Aku segera menuju ke kaunter. Pandangan aku mula beralih kepada lelaki yang sedang terkial kial memilih bunga.
Sesekali kepala dia menoleh ke arah aku. Paling tak pun, anak matanya yang memandang aku. Fikir aku tak perasan anak mata hazel kau tu?
Aku melihat jam aku, dah 15 minit dan dia masih mencari bunga.
Aku mula mencekak pinggang, penat dah aku tunggu ni. Aku bagi isyarat kat rakan sekerja aku, Najla untuk pergi ke lelaki pelik tu. Tapi dia palau je aku.
Eeee, dah lama tak kene gigit dengan aku dia ni. Tak apa, sabarr Nayra~
Aku melangkah ke arah lelaki itu dengan senyuman yang dibuat buat.
"Encik, cari bunga apa?" Tegurku dengan nada yang ramah.
Lelaki itu mengetuk-ngetuk dagu dengan jari terlunjuknya. Dan ya, langsung tak pandang aku. Mata hazel dia melilau tengok atas.
Aku mengikut anak matanya ke arah yang dia pandang. Tak ada apa-apa pun.
OH WAIT ! Jangan kata dia nampak hantu dalam kedai ni! Patut tak aku panggil ustaz?
"Bunga tayar ade tak?"
"Kejap ye.. Bunga ta-"
Jap, aku salah dengar ke? Dia sebut bunga tayarkan?
Hotak dia!
"Kalau encik cari bunga tayar, bukan dekat kedai ni"
Aku cuba kawal suara aku dari meninggi. But kau faham tak? Dia nak bunga tayar.
Sah lelaki ni mereng.
"Tapi kawan saya kata bunga tayar ada jual dekat sini"
"Aik? Yeke?"
"Haah.. awaklah bunga tayar tu" ujarnya lalu tersengih sengih malu.
Dia try nak ngorat aku atau dia try nak rasa tapak kasut aku? Bunga tayar dia kata aku?
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...