"kenapa dengan Najla?" Tanyaku. Nada suara aku agak tinggi kerana terkejut.
Lihat Yana yang mendiamkan diri tu membuatkan rasa geram aku membuak-buak. Aku goncang badan dia dengan kuat sampai lembik minah tu.
"Ya Allah, Anayra Zaara! Stop !" Marah Yana.
Aku pun berhenti dengan segera. Ditepisnya tangan aku yang berada di bahu dia. Yana memandang aku dengan renungan tajam.
Siapa suruh lambat sangat.
"Apa yang jadi pada Najla? Dia kemalangan ke?"
"Ini lagi teruk dari kemalangan tau! Ada orang meminang Najla! Aduh! Sakitlah!" Yana menyapu kawasan bahu yang baru saja dicubit aku tadi.
"Kau buat aku gelabah je! Aku fikir Najla mati ke apa tadi! Tapi baguslah ada orang merisik dia. Tak adalah dia sendu tengok kau dengan si Afiq tu,"
"Ya... Aku tau ni sepatutnya membahagiakan. Tapi, kau dah lupa dengan Encik Minghao, bekas bos kau dekat kedai bunga tu? Kau tahu kan yang Najla tu suka sangat dengan si sepet tu!"
"Ya, aku tahu tu. Tapi dorangkan lain agama. Nak buat macam mana?" jawab ku pasrah.
Ya, aku pun boleh nampak dari mata Najla yang dia menaruh harapan yang amat tinggi terhadap Encik Minghao. Dan aku yakin, Encik Minghao turut menaruh harapan yang sama pada Najla.
"Sebab tulah aku sedih. Agama menjadi pemisah antara mereka. Aku harap Encik Minghao dapat hidayah. Tapi, kalau dia dapat pun. Mungkin Najla dah jatuh ditangan orang lain," Yana memeluk lututnya rapat ke dada. Menahan sebak.
Aku tersenyum kelat. Mengingatkan memori Najla dan Minghao yang manis tu. Aku pun berharap benda yang sama. Tapi, tak kan nak paksa Encik Minghao masuk Islam hanya kerana untuk kawin dengan Najla? Tak elok tu.
"So, Najla macam mana? Dia terima atau tolak?"
"Dia dipaksa terima oleh ayah dia,"
"Eh main paksa-paksa pulak?!"
"Kau pun tahukan seorang ayah ada hak untuk kawin kan anak dia dengan siapa siapa dia nak?"
Aku mengeluh, "tapi tak adillah,"
"Itulah haih. Pulak tu, Najla pun tak sempat nak tengok muka lelaki tu. Keluarga lelaki tu datang waktu pagi, Najla pulak sampai masa Maghrib, memang tak sempatlah."
Mata aku terbeliak. Siot! Tak tahu wajah bakal suami ni nightmare tau! Buatnya encik suami tu takde hidung macam mana? Siapa nak bertanggungjawab kalau tujuh keturunan takde hidung?!
"Lelaki tu mintak setahun. Dia nak urus semua benda dulu sebelum bersemuka dengan Najla. Jadi, Najla kena tunggu setahunlah, baru boleh tahu wajah lelaki tu. Aku tak boleh bayang rasa kecewa Encik Minghao bila dapat tahu Najla dah di lamar orang,"
Aku hanya mendiamkan diri.
"Sekarang, Najla mesti tengah kesedihan, hiks. Aku dapat rasa perasaan sedih dia tu sekarang tau! Kuat sangat," Yana memukul dadanya berkali-kali.
Perlis
"LAJU LAGI! LAJU LAGI!! HAHAHAHA PULAS MINYAK TU HABIS HABIS!" Teriak Najla. terlompat-lompat dia dekat belakang. Tubuh bahagian belakang sepupu perempuannya dipukul berkali-kali.
"HAHAHAHA!!"
"Caja... Matilah kita,"
"Ha? Asal?" Syaza, sepupu Najla itu masih menumpukan perhatiannya ke hadapan. Pedal minyak motor pink nya itu dipulas kuat.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...