Bab 38 : Abang

638 49 49
                                    

Aku terjaga dari mimpi yang panjang. Siling bilik aku pandang. Rasanya ni bukan bilik aku. Rumah aku bukannya ada aircond. Macam mana aku boleh ada dekat sini?

Oh, Ada lima lelaki kacau aku! Jadi, aku dekat rumah tuan yang dia cakap tu ke?

Aku menggaru kepala aku yang terasa gatal.

Ya Allah! Tudung aku mana? Jangan kata penculik tu dah buat benda bukan bukan pada aku!

Pantas aku bangun dari pembaringan. Terus mata aku jatuh pada badan aku. Nasib baik hoodie merah Aydin ni masih tersarung pada badan aku. Maknanya aku tak di sentuh lebih lebihlah kan? Errk.

Mata aku kini meneroka setiap ruangan dalam bilik yang dihiasi warna coklat gelap dan hitam ni. Mata aku terhenti pada frame gambar yang sederhana besar tergantung elok pada dinding bilik berwarna putih tu. Aku terpempan, kaku, terkedu, semualah ada!

Penculik ni ada gambar aku?!

Gambar aku masa jaga kaunter. Ada senyuman manis yang terukir pada bibir mungil aku. Bukan tu je, banyak lagi!

Comforter aku gunakan untuk menutup kepala aku. Aku turun dari katil dan comfortable tu pun terheret mengikut jejak aku.

ANAYRA ZAARA

Besar-besar tulisan itu tertampal bawah frame gambar aku.

Ya Allah. Penculik aku ni psycho ke? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Selamatkan lah aku!

Mata aku melilau ke sekeliling mencari handbag aku. Nasib baik ada. Laju aku melangkah ke meja yang menempatkan beg tangan aku. Telefon Samsung aku di bawa keluar. Aku cuba buka tapi habis bateri pula!

"Oi... Kau dah kenapa selubung dengan selimut? Ada cita cita nak jadi hantu bungkus ke?"

Aku berpaling ke arah lelaki tu. Muka beku dia tu buat aku takut. Tapi rasa takut aku hilang lepas tengok pakaian dia. Apron Hello Kitty dia tibai?

"Apa kau pandang apron aku huh? Tak pernah tengok lelaki suka Hello Kitty ke?"

Dulang yang berisi makanan dan minuman diletakkan dia atas meja di tepi katil. Seterusnya dia melangkah ke aku dengan laju. Tak sempat aku nak lari lengan aku terlebih dahulu disambar tangan dia yang besar tu.

"Eee... Lepas lah! Orang jahat tak guna! Kenapa kau culik aku!" aku meronta-ronta. Tapi langsung tak memberi kesan pada lelaki yang tinggi nak mampus ni. Badan sasa dia kalah Aydin!

Sasa Aydin tu macam hidup segan mati tak mahu. Haa...

Dahlah sasa, pastu pakai apron Hello Kitty warna pink putih yang bersaiz kecil. Kau rasa?

"Eh elok sikit mulut tu. Aku yang tolong kau tau! Inilah manusia. Tak reti nak bersyukur!" marahnya. Dia menjegil mata.

Aku pandang dia lama. Hidung dia cantik. Nak kata mancung macam tak tapi macam mancung. Bibir dia nipis. Lepas tu ada misai nipis. Mata dia warna coklat gelap persis anak mata aku.

"Kau dah kenapa, tak ingat abang sendiri??"

Tersentak aku.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Dah macam nak terkeluar dah biji mata tu!"

"A.. abang siapa?"

"Kau lah. Siapa lagi? Urgh... Kau tak cam aku lagi ke? Aku abang kau lah, Nayra! Sampai hati kau lupa aku," kedua-dua bahu aku yang berlapik comforter dipegang erat. Dia merenung tajam ke dalam anak mata aku.

Aku terdiam sejenak. Kenangan aku sewaktu kecil dulu muncul satu per satu ke dalam otak aku. Dah macam filem yang ditayangkan semula.

"Kalau betul awak abang saya. Mana buktinya?" soalku berani. Walaupun aku dah nampak tanda-tanda dia abang aku. Tapi aku masih ragu.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now