Langit yang tadinya cerah kini telah berubah gelap. Matahari tidak lagi kelihatan namun cahaya jingganya masih menyinari bumi yang dipenuhi kehidupan ini.
Tanpa aku sedar. Dah tiga jam aku termenung sendiri di Tasik Titiwangsa ni. Tempat yang banyak kenangan aku. Dengan dua lelaki kembar yang memiliki sepasang mata hazel tu.
Kenapa tiba-tiba?
Langsung tak logik dan tak boleh diterima dek akal. Dia bergurau ke? Kalau bergurau. Sumpah tak lawak! Aku tarik tarik jambul panjang dia sampai tercabut nanti.
Lagi satu, aku spam dia pun singletick je. Profile WhatsApp dia yang memang tidak diletak gambar apa-apa itu menyusahkan aku untuk tentukan dia block aku atau off data.
Hanya kerana aku tak buka phone dua hari. Aku dihukum sebegini rupa? Why Aydin? Awak fikir lawak ke semua ni?
Urgh!!
"Eh! you Anayra kan?"
Aku yang tadi menunduk terus mengangkat wajah sebaik sahaja suara lunak seorang perempuan menyapa deria pendengaran aku.
Bibir aku perlahan-lahan mengukir senyuman.
"Maya, Huda,"
Maya dan Huda yang berbaju muslimah itu duduk di sebelah kiri dan kanan aku. Maya di kiri dan Huda pula di kanan.
Tak sangka boleh jumpa di tasik ini. Pertama dan terakhir jumpa mereka ni ketika di majlis yang diadakan di Dynasty Court Hotel.
"You kenapa muram je ni? You ada masalah?" jelas dan nyata wajah Maya kelihatan risau.
"Ada ke orang happy tapi muram?" celah Huda sambil jeling Maya yang dah mula cemberut.
"I dengan Ecah kalau sedih boleh je buat kerja gila macam main ketuk-ketuk periuk mak I sampai kemek. Pakai spender dekat kepala," balas Maya.
"Tch, kau kan memang gila? Kau dengan Ecah dua kali lima, lima kali bodoh je,"
Maya dan Huda bertikam lidah. Aku di tengah diam menikus. Kadang aku tergelak kecil dengar ayat ayat yang dikeluarkan sepanjang pergaduhan mereka ni.
"Eee... Lantak kau lah Maya. Ha kau asal sedih sedih? Putus cinta ke?"
Aku tersentak.
Ya, aku putus cinta. Putus cinta secara mengejut.
"Entahlah. Lebih kurang kut,"
"Siapa boyfriend you tu? Bagitau I cepat. Huda ni dia pandai silat tau!" Maya menggenggam kedua-dua penumbuk. Seakan bersedia untuk melepaskan tumbukan.
"Ayan lah... Siapa lagi," jawabku malas
"Eh, bukan you dengan dia dah putus ke? Baru tiga hari lepas I tengok ig story Ayan. Video dia dengan sorang perempuan cantik ni. Rapat gila you! Perempuan tu pergh mantap kalah you," terang Maya dengan lenggoknya.
"Woi mangkuk! Kau nak pujuk ke nak batu api kan si Nayra ni?! Kau tengok leleh dah hingus dia," Huda mencebik pandang aku dan usap-usap bahu aku.
Aku?
Aku confuse nak nangis sebab Aydin ada perempuan atau nak nangis sebab ada mereka berdua ni sebagai peneman.
"Serius lah? Nayra tak pernah tau pun dia ada account Instagram, dia pun tak pernah cerita," ujar ku. Aku pandang Huda dan Maya bersilih ganti.
"Eh bodoh ape orang zaman sekarang ni takde ig. Menipulah," bahu aku yang tadi diusap lembut kini di tolak kasar.
Saya redha!
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...