Habis bercerita, Aydan mencapai air yang ada di beg biru tua yang terletak ditempat duduknya di sebelah kiri bas tadi. Air itu diteguk dengan rakus. Dahaga betul dia ni.
Mana taknya? Dah 30 minit straight dia bercerita tak berhenti. Aku nyaris tertidur tadi. Tengok aku dah mengantuk dia pun apa lagi?
Pwincess pwincess , kejut aku.
Botol yang air dah tinggal dalam 500ml habis ditangan Aydan dalam sekali teguk sahaja. Aku menggelengkan kepala melihat cara dia minum. Kalau tersedak, kenduri kesyukuran kami dalam bas ni.
Eh salah! Tahlil arwah!
"Minum elok elok lah sikit Aydan. Tersedak nanti macam mana?" ujar aku dengan rasa risau.
Aydan menutup botol minuman yang dah kosong itu lalu diletakkan semula ke tempat asalnya. Dia memandang aku dan tersenyum, "caring juga awak dekat saya kan?"
Aku berdecit lalu memandangnya atas bawah. Nama pun kawan, mestilah risau. Aku tak naklah dia mati sebab tersedak dekat sini. Nanti yang kena soalnya aku, kena tuduh pun aku.
"Nayra,"
"Ya,"
"If you see me in Red, just call me Ayan. Get it?"
Macam aku pernah dengar ayat ni. Tapi dekat mana eh?
"Kenapa kena panggil Ayan?"
Kami bertentang mata dalam masa yang agak lama. Mungkin dia sedang menyusun kata kata. Muka dia kelihatan serius.
"Buat masa ni, awak ikut je. Kalau Ayan muncul pun awak jangan tanya dia apa apa, tau?"
Aku memandangnya lama. Tapi kenapa? Apa lagi yang saya tak tahu tentang awak, Aydan?
"Pwincess?"
Aku menganggukkan kepala, "okay... saya tak akan tanya,"
"Good girl lah pwincess saya ni," Aydan pat kepala aku.
"Eee suka hati je," aku mengelak. Sejujurnya aku tak suka orang pegang kepala aku. Tak taulah kenapa. Cepat je rasa nak marah.
"Sorry..." ujar Aydan sambil tersengih.
×××××
Sekarang kami sudah selamat tiba di destinasi kedua kami, BOH Tea Center, Sungai Palas, Brinchang.
Untuk sampai ke sini, kami perlu menaiki Hilux oleh kerana jalannya yang berbukit dan jalan yang sempit. Mustahil untuk bas yang lebar dan panjang itu untuk melalui jalan seperti itu.
Tapi kalau kenderaan biasa aku rasa boleh saja lalu jalan ni.
Perjalanan untuk masuk ke sini agak jauh dan mencabar. Apatah lagi kami yang duduk di belakang tanpa atap ni. Aiman tadi nyaris terjatuh dari Hilux. Nasiblah dua ketul air batu kita sempat selamatkan Aiman.
Siapa lagi? Afiq dan Haikal lah.
Kami turun dari Hilux dan berkumpul. Sekarang kami berada di kawasan yang luas atau lebih tepatnya, parking lot.
Cuaca hari ini amat cerah dan mataharinya juga agak terik. Nasib baiklah aku bawa topi Adidas aku yang berwarna putih. Aku pakai topi itu dan memperbetulkan shawl hitam aku.
Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Sampai ke tandas, aku masukkan jersi putih hitam aku ke dalam seluar. Lebihan kiri dan kanan shawl itu aku ikat kebelakang.
Uuu... Cantiklah kau Nayra. Bukan selalu bergaya macam ni.
Aku menundukkan badan untuk check sama ada tali kasut aku terikat dengan baik atau tidak. Of course lah warna putih juga.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...