Bab 45 : I Miss You

661 43 42
                                    

Kelihatan tubuh sasa seorang lelaki hanya terbaring di atas katilnya. Dah masuk empat bulan dia begitu. Rasa minat dia pada pekerjaan dia berkurang.

Tapi, dia kena gagahkan diri juga memandangkan dia kena handle syarikat di Malaysia ni sementara bossnya, Muhammad Zafran Althaf itu uruskan syarikat barunya di Dubai.

Ingat saja nama lelaki itu mesti wajah orang lain yang muncul dalam otaknya. Siapa lagi kalau bukan adik perempuan lelaki itu? Anayra Zaara.

Entah kenapa gadis itu asyik menghantui hidupnya sekarang.

Dulu gadis itu merupakan mimpi indahnya. Tapi sekarang, gadis itu dah menjadi mimpi ngerinya.

Macam mana dia nak move on?

Tok

Tok

Aydin menoleh ke arah pintu biliknya yang diketuk. Kelihatan papanya Encik Zahrain menjengukkan kepala dari celahan pintu.

Alhamdulillah, dia dan papanya itu dah berbaik semula. Semuanya sebab Kak Mira menceritakan semula kesemuanya.

Dengar saja nama Amir. Aydin terkedu saat itu. Tak sangka lelaki yang dia anggap sebagai abang itu mengkhianatinya

"Kenapa pa?"

"Kamu tak kerja kan? Tak ada projek kan? Jom ikut papa dan mama pergi Kedah,"

"Kedah?" Aydin bangun dari baringnya. Terangkat keningnya.

Encik Zahrain mengangguk, "papa nak pergi jenguk madrasah keluarga kita dekat sana. Lama dah tak pergi. Sian Pakcik  Farhan penat buat kerja sorang,"

Aydin mengangguk, "boleh jugak! Aydin ikut!" jawab Aydin teruja. Moga moga dia boleh dapat ketenangan di sana.

"Kemas baju cepat. Kalau lambat, tinggal,"

Aydin terus bergegas mengemas pakaiannya. Tak sabar dia nak jejakkan kaki ke Madrasah yang didirikan oleh keluarganya dari zaman nenek moyangnya lagi. Tapi bukanlah berseorangan. Mereka ada rakan kongsi yang turut membantu iaitu Encik Farhan.

Mesti budak-budak dekat sana dah besar panjang kan?

Sedang dia mengemas, matanya menangkap kotak berbentuk segi empat sama bersaiz sederhana berwarna merah yang terletak elok dalam almari bajunya. Tangan dia mencapai kotak tu. Otak dia sedang cuba untuk ingat semula dari mana dia dapat kotak tersebut.

Kertas berbentuk hati menjadi tatapannya sekarang. Tulisan tangan di atas kertas itu menarik perhatiannya. Tulisan tangan bekas tunangnya, Anayra Zaara.

'you're doing great!'

Aydin tersenyum. Otaknya kembali memutarkan kenangan dirinya dengan bekas tunangnya dulu.




Flashback



"Awak!"

Lamunan Aydin terhenti. Dia yang sedang duduk di kerusi malas bersebelahan kolam renang dirumahnya menoleh ke arah Anayra.

Pandangannya kosong. Dia tak tahu nak rasa seronok kerana gadis itu datang atau nak marah kerana gadis itu kacau masa bersendiriannya. Sudahlah otaknya sedang serabut lepas bergaduh dengan Puan Aysha, mamanya itu semalam.

Bayangkan. Mama dia nak perlihara zirafah! Nak letak mana zirafah tu? Aydin kata tak boleh. Tapi didesaknya juga. Akhirnya mereka bergaduh hanya kerana zirafah tak guna tu. Tak pasal-pasal dia kena label 'anak tak guna'. Halah halah, geram dia.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now