Jarum pada sisi kiri dan kanan tudung aku di tanggal satu per satu. Tangan aku meletakkan jarum itu ke dalam bekas khas yang telah aku sediakan.
Tak mahu bercampur dengan kerongsang. Senang sikit untuk dicari nanti. Tak ada lah sampai tercucuk jari.
Shawl putih itu aku sangkut pada hanger.
Keadaan bilik ini amat senyap sekarang oleh kerana hanya aku yang berada di dalam bilik ni. Yana, Najla dan Laila tak silap aku berada di cafe.
Aku rasa malas untuk duduk lepak di cafe bersama yang lain. Hari ni mood aku ke laut sebab apa pun aku tak pasti.
Katil menjadi sasaran aku untuk merebahkan diri. Lega betul belakang aku ni bila dapat baring.
Telefon bimbit aku dibuka. Nampaknya sekarang sudah menunjukkan pukul 8:00 malam. Lama betul kami bersiar-siar. Macam macam kenangan yang kami cipta bersama hari ni.
Nampaknya photographer kami, Fahmi, telah menghantar beberapa keping gambar yang ditangkap menggunakan telefon bimbitnya. Gambar yang lain kebanyakannya di dalam kamera Conan miliknya.
Aku rasa mengantuk sangat. Mulut aku mula menguap dengan automatik belakang tangan kanan aku menutup mulut yang terbuka luas ni.
Kalau aku lelapkan mata 30 minit pun tak apakan?
Untuk elakkan aku terlanjak lagi, aku pun kunci jam.
Oh ye, pasal jam. Aku rasa aku dah kunci pagi tadi. Tapi macam mana aku boleh tak dengar alarm? Tapi tak kan pula Najla, Yana dan Laila tak dengar bunyi alarm tu kan? Mungkin memang kecuaian aku sendiri. Tak apalah.
Kelopak mata aku kian memberat. Telefon aku disimpan ke tepi. Mata aku pun di tutup dan aku terlena dibuai mimpi.
×××××
"Aydan aku punya,"
Suara siapa ni? Aydan kau punya? Mesti aku masih bermimpi ni. Layankan sajalah.
"Tiada siapa boleh ambil dia dari aku,"
Eh, Aydan tu milik Allah tau! Bila bila masa je Dia boleh ambik Aydan kau tu.
"You ruin everything, Nayra"
Eh, dah kenapa aku rasa something bergerak
"Sweet dream girl, till we meet again in another life,"
What?!
Aku segera membuka mata. Terbeliak mata aku apabila Laila dah pun berada di atas aku dengan pisau berkilat ditangan kirinya.
"You try to kill me?!" aku dah ketar hebat sekarang. Sumpah aku takut.
Laila tersenyum sinis ke arah aku. Anak matanya merenung tajam ke dalam mata aku.
Tak ubah macam orang psycho !
"Laila! Jangan buat kerja gila!" bentak aku. Tangan aku memegang tangannya. Otak aku pula sedang memproses cara untuk aku lari.
Kami mula bergelut. Laila ni boleh tahan kuat juga. Aku cuba untuk melindungi diri aku dari pisau yang berada dalam genggaman si Laila ni. Kalau tertusuk kejantung aku. Memang habis!
Sudahlah hospital jauh dari sini.
Kaki aku menendang perut Laila dan dia terpelanting ke belakang, pisau pada tangannya terlepas dari tangan dan terjatuh kemana pun aku tak pasti. Dengan cepat aku merangkak untuk ke hujung katil dan turun dari katil.
Berjaya!
Tsk, acah pandai. Tapi lembab! Tunggulah aku report dekat Aydan kesayangan kau tu. Memang sebelah mata pun dia tak nak pandang kau dah, Laila.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...