Special Bab : Papa Mama Ibu

891 34 32
                                    

"Kenapa awak tiba tiba nak pergi Melaka ni?" soal Encik Zahrain. Pelik betul dia dengan isteri dia ni.

Setahu dia, isteri dia ni tak suka jalan jauh jauh sebab nanti pening. Habis muntah-muntah nanti. Busuk kereta. Tapi, nasib baiklah sayang.

"Saya nak jumpa kawan saya yang datang majlis Aydin dengan Anayra tu. Saya cari awak nak kenalkan, tapi awak entah ke mana,"

"Ouh... Kawan Facebook awak tu? Lah... Tak tau pulak dia ada datang masa majlis tu. Saya sibuk borak dengan kawan-kawan," jujur Encik Zahrain. Ya, dia sibuk betul membawang dengan kawan-kawan lelaki dia tu.

"Ouh... Tak apa lah macam tu. Jom jom kita gerak pergi Melaka. Aydin dengan Mak buyung dia pun ikut. Cucu sulung kita pun ikut. Kita naik dengan dorang," terang Puan Aysha panjang lebar.

Bukan main teruja Encik Zahran mendengar cucu sulung dia akan turut serta. Dia dengan cucu sulung dia kamceng sangat.

Apa saja yang cucu sulungnya itu mahu. Mesti dia tunaikan.

"Jom! Aydan dengan keluarga kecil dia dah sampai tu!"

"Jom!"

×××××

Setibanya di Melaka, mereka terus pergi ke salah satu perkampungan di sana. Encik Zahrain tiba tiba tidak senang duduk. Pandangan dia melihat ke arah luar.

Hari ni, dia duduk dibelakang kerana Aydan yang drive memandangkan kereta yang mereka naiki itu kereta milik anak lelakinya.

Encik Zahrain kenal sangat jalan tu. Tapi dia cuba kekal positif.

Tak apa, tak apa. Tak mungkinlah rumah kawan Aysha ni dekat dengan rumah dia. Tak tak. pujuk hatinya.

"Ha sini sini..." jari Puan Aysha menghala ke rumah yang berwarna kuning cair.

Encik Zahrain dah mengucap panjang dalam hati dia.

Ni rumah isteri kedua aku! Jeritnya dalam hati.

Aira yang sedang tidur dalam dakapannya dipeluk kemas. Macam macam persoalan yang ada dalam fikiran.

"Awak kenapa pucat je muka? Jom jom turun," Puan Aysha pun turun dari kereta di ikuti Aydan dan Lily.

Encik Zahrain pula lambat lambat turun dari kereta. Bila ditanya kenapa lambat. Aira yang dibuai mimpi dalam pangkuannya dijadikan alasan.

Kesian budak kecil yang tak bersalah tu.

Pintu diketuk beberapa kali oleh Puan Aysha. Dengan dua kali ucapan Assalamualaikum. Akhirnya rakan Facebooknya itu membuka pintu.

"Aaa!! Aysha!"

"Faridah!"

Mereka salin berpelukan. Seronok berjumpa kawan baik. Encik Zahrain dah kaku. Nak nangis pun ada apabila isteri keduanya, Faridah memandang dirinya.

"Mama!"

Hampir tersedak Encik Zahrain apabila mendengar anak perempuannya yang berusia 17 tahun memanggil Puan Aysha dengan panggilan 'Mama'. Lily dan Aydan pula hanya senyum mengejek di belakang Encik Zahrain.

"Habislah papa," bisik pasangan suami isteri itu.

Anak perempuan Encik Zahrain dan Puan Faridah itu menghulurkan tangan untuk bersalaman pada bapanya yang dirindui itu. Encik Zahrain memandang anaknya lama. Muka dia kalau ditoreh sekarang ni setitis darah pun mungkin tak keluar.

"Sambutlah salam anak tu. Kesian dia rindu bapak dia,"

Terbeliak mata Encik Zahrain mendengar kata-kata Puan Aysha yang kedengaran selamba itu.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now