Hari ni aku shift petang lagi. Biasanya team 1 dan team 2 akan bertukar-tukar jadual shift. Aku dalam team 1 bersama Yana, Najla dan Laila.
Oh ya tentang mereka bertiga ni, dorang ni memang tak boleh berpisah langsung tau. Dah macam adik beradik aku tengok. Tak sah kalau tak bertiga.
Macam sekarang, tiga tiga urus bahagian dapur. Aku sajalah sorang perempuan yang uruskan pelanggan, staff lain semua lelaki. Aku tak ngam sangat dengan lelaki dalam team aku ni. Satu satunya lelaki yang aku rapat kat cafe ni Encik Aydan sorang je.
Cakap pasal dia, hari ni dia duduk dalam office dia. Pandai pun nak masuk office, kalau tak asyik duduk kat balik dinding tu je. Office dia tu punyalah cantik, royal blue sana sini tapi nak juga duduk dekat luar.
"Hi cik adik manis," aku yang tengah lap meja terhenti. Mata aku dikerlingkan ke tepi. Malas nak layan, aku sambung kerja aku, lap meja.
Dia duduk dekat kerusi dan menongkat dagu seraya memandang wajah aku yang dingin ni.
Aku tak selesa tau tak?
Kau fikir, kau tu siapa nak renung muka aku macam tu? Encik Aydan?
Tuii
Tak mahu lama lama, aku pun beredar dan dia ikut aku! Eeee Ya Allah. Aku pukul ni sia sia je nanti.
Mulut dia tak habis habis panggil nama aku, mungkin tau nama aku dari uniform yang aku pakai ni. Aku biarkan saja.
Tiba tiba aku rasa badan aku ditarik ke belakang. Sapa lagi kalau bukan mamat yang terlebih berguna ni kan?
"Ish nak apa?" ujarku dengan nada yang keras tapi dalam keadaan berbisik, tak nak mengganggu ketenteraman pelanggan yang sedang menjamu selera.
"I just want to say that.. I love you so much, Anayra Zaara," ujarnya bersungguh sungguh.
"Eee habat!" ujarku dengan muka jijik. Habat ialah pengotor dalam loghat Pahang. Sumpah nak terkeluar balik apa aku makan tadi. Tak kenal, tiba tiba I love you ?
"Saya tau, hebat kan?"
Hebat?! Sah laki ni pekak! Aku cakap habatlah! Habat! Pengotor! Ayat tu kotor okay, I tak suka.
"Eee pekak ke? Saya cakap habat!"
"Habat bukan sama ke dengan hebat?" katanya dengan yakin dengan senyuman nakal. Kalau aku lempang ni, bengkak bibir tu. Dapat pemegang rekod bibir terbesar didunia nanti.
"Habat tu, pengotor.. dah! Bla sana!" aku tolak dada flat dia tu dan beredar. Dia pula terpinga-pinga kat situ. Pergi balik lah eee!
×××××
Finally waktu balik! Aku harap hari ni tak ribut macam malam semalam. Untung saja Encik Aydan ada semalam, kalau tak. Entah entah aku tibai tidur dekat hotel je, itu pun kalau tak ada mamat gangster kacau aku.
Ha! Cakap pasal 'mamat'. Rasanya lelaki habat tadi dah balik lepas aku tolak dia. Lega hati aku. Baguslah kalau dia faham yang aku ni tak berkenan dengan dia. Semoga lepas ni dia tak kacau aku lagi.
Aku melangkah keluar dari cafe dan memulakan perjalanan aku untuk pulang ke rumah. Otak aku sekarang dah bayangkan katil empuk aku tu. Tak sabar nak lompat atas katil tu dan hilangkan lenguh lenguh badan aku ni.
Tengah aku merenggangkan tangan aku, tiba-tiba aku dengar orang panggil aku dari belakang. Aku pun menoleh.
Mamat habat tu lagi!
Ini lagi menyeramkan dari ribut petir semalam. Ya Allah, dia ikut aku dari aku mula keluar cafe tadi ke? scary.
Aku cuba untuk lari tapi dia tarik lengan aku dengan kuat sehingga badan aku terpusing menghadapnya. Kami bertentang mata.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...