Bab 55 : The End

1.3K 48 25
                                    

Hari ni, Anayra dan Aydin nak pulang ke rumah. Katanya Aydin ada surprise untuk gadis itu.

Zafran pun berkemas. Dia pun nak pulang juga esok. Malu juga dia nak duduk di rumah Aydin ni tanpa Aydin atau Anayra.

Setelah lega membuang hajat, Zafran pun keluar dari tandas menuju ke bilik. Sedang dia mengemas, mata dia menangkap sekeping sticky note bersaiz agak besar berwarna pink terlekat pada almarinya.

Muhd Zafran Alternatif,
Saya tulis pesanan ni ketika awak sedang bertarung nyawa dalam tandas untuk membuang tinja. Mungkin bila awak baca ni, saya dah pulang ke rumah sebab lama sangat nak tunggu awak membuang! Tak mampu saya nak tahan bau yang terlalu HARUM dari masterpiece awak tu. Baik saya pulang ke rumah sebelum saya pulang ke Illahi sebab bau tu.

Saya just nak cakap. Take care! Jangan lupa baca doa tau! Maybe kita tak jumpa dah lepas ni. Haih.

You gonna miss me, Zafran.

From your Future Wife
Farah <3

"Tch... Althaf lah! Eee... kepala hotak dia alternatif! Dahlah tak malu. Try hard betul Minah Pervert ni," rungutnya sendiri. Geram pula rasanya.

×××××

"Kita nak pergi rumah siapa ni Aydin?" mata Anayra rumah rumah di sebelah kiri. Rumah mewah wey!

Lagi dia terkejut. Dekat pintu masuk tadi siap ada polis yang jaga. Bila tanya Aydin. Sini rumah rumah untuk orang kaya. Up level dari taman Encik Zahrain. Sistem kawalan dia lebih ketat.

Rumah dekat sini silap silap boleh cecah ratusan ribu.

"Rumah kitalah,"

"Rumah kita? Awak tipu saya ke?"

"Mana ada saya tipu! Eee ingat saya tak mampu? Saya boss kedua syarikat abang awak tu. Awak ingat gaji Interior designer ni seribu dua?"

Ouh haahkan... Dia Interior designer. Mestilah duit berkepuk-kepuk. Bisik Anayra dalam hati.

"Haa... Diam pulak. Dia ingat titew ni tak berduit ke?"

"Eee... Diamlah itik!" bentak Anayra

"Eh itik itikkan suami pulak eh!"

Mereka saling berjelingan mata.

Aydin pun membelok memasuki perkarangan rumah. Rumah banglo yang tersergam indah didepan mata Anayra di amatinya.

"Besarnya! Kalau awak busy sampai kena stay dekat office macam kita couple dulu macam mana? Saya ni dah lah penakut nak kena tinggal sini," bebel Anayra. Geram dia sebab rumah Aydin ni besar sangat. Beli jelah rumah yang ada 3 bilik.

Dia dengan Aydin bukan ada anak lagi pun sampai nak beli rumah besar paus ni.

"Alah senang nanti ada anak ramai. Tak payah nak berpindah randah bagai. Menyusahkan je nanti," kata Aydin selamba.

"Amboii... Berapa anak awak nak tu?"

"Kalau boleh... 1 team bola sepak,"

"Eee... hotak dia!" bentak Anayra.

Aydin hanya gelak saja. Dia turun dari kereta lalu membukakan pintu untuk isteri tercintanya itu.

Anayra turun dari kereta. Huluran tangan Aydin disambutnya. Mereka pun jalan beriringan.

Tapi mereka tak terus masuk, mereka pergi ke bahagian belakang rumah terlebih dahulu.

Makin meliar mata Anayra melihat keadaan rumah Aydin itu. Mulut dia terkumat-kamit ingin memarahi lelaki itu.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now