Bab 24 : Dynasty Court Hotel

633 61 28
                                    

Aku tergamam, tersekima, terkedu. Betul ke apa aku tengok ni?

Presiden baru Dynasty Court Hotel ini berjalan melintasi aku mengikut laluan red carpet untuk ke pentas bersaiz sederhana dalam dewan ini. Presiden tu sempat tersentuh melihat aku.

Mungkin sebab aku seolah-olah macam kene kejutan elektrik sekarang ni.

Tiba sahaja presiden di atas pentas, dia memberikan isyarat tangan untuk duduk. Aku masih kaku. Aku rasa macam seluruh badan aku tak boleh nak gerak. Huda tarik aku untuk duduk.

"terima kasih atas ucapan semua. Terima kasih kerana hadir ke ulang tahun ke 27 tahun saya. seperti yang sedia maklum, saya Amirruddin Hanim bin Yusof selaku presiden baru Dynasty Court Hotel. Panggil saja saya Amir." Amir tersenyum manis di atas pentas.

Dipandang semua tetamu yang datang dan akhirnya sepasang mata kokonya memandang aku. Amir tersenyum penuh makna.

Aku dah macam cacing kepanasan sekarang ni. Kenapa dia senyum macam tu? Dia ada niat nak saman aku ke? Rasanya selama ni aku tak ada kutuk dia setiap kali jumpa kat cafe. Kan?

Amir pandang Aydin, Aydin pandang Amir. Eeee... dorang ni semacam je. Ke dorang ada rancangan nak kena kan aku?

Selesai ucapan dari Amir, kami semua menyambung semula kerja yang tertangguh tadi. Makanan malam.

"Wey Maya... Dengar cerita abang kau beli 10 buah Range Rover. Betul ke?"

Aku hampir tercekik chicken chop bila dengar pertanyaan Huda. Nasib baik tak teruk. Mahunya arwah aku hari ni.

But, Amir beli 10 buah Range Rover? Dia tercabar dengan ayat aku dulu tu ke?

"Haah," jawab Maya ringkas

"Siot! Aku taulah dia kaya! Tapi perlu ke sampai borong 10?" tanya Huda sambil mengunyah steak daging.

"Entahlah dia tu. Hari tu dia cerita, dia try lah mengorat sorang perempuan ni. Tapi perempuan tu tolak. Kau nak tau perempuan tu cakap apa?" Maya memandang ke Huda disebelahnya.

Air liur aku terasa kesat sangat nak telan sekarang ni. Sedaya upaya aku cuba untuk lindung rasa malu dan bersalah aku.

"Apa? apa?" tanya Huda dengan nada teruja.

"Dia cakap..."

"I don't want be in a relationship, I want to be in a Range Rover," pintas Aydin.

Kami bertiga menoleh ke arah Aydin. Muka mereka berdua jelas menunjukkan yang mereka sedang terkejut. Aku pula pandang Aydin dengan perasan yang bercampur baur. Aku rasa nak nangis, nak marah dan nak gigit Aydin dekat sebelah aku ni. Tapi aku cover, acah macam aku terkejut juga.

"Macam mana kau tau, Ayan?"

Aydin hanya tersenyum. Dia memandang aku sekilas. Dia menggeleng kecil lalu tersenyum menahan tawanya dari terhambur.

"Aku ada dekat situ. Perempuan tu serbu masuk kereta aku. Aku pula time tu kebetulan juga berhenti tepi jalan sebab nak angkat panggilan telefon. Terkejut beruk aku tiba-tiba ada 'perempuan gila' naik kereta aku," jelas Aydin

Ouh... Perempuan gila kau kata aku? Eee... Ada yang balik rumah dalam keadaan kepala terpisah dari badan. Jus oren dicapai dan ditenguk. Bagi sejuk sikit hati aku ni.

"Uish, siotlah! Cantik tak perempuan tu?"

Aydin tersenyum sinis, "tak langsung"

Aku yang tengah minum ni hampir tersembur plus hampir tersedak.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now