Bab 9 : Trip

819 79 14
                                    

"Nayra," aku yang baru sahaja ingin turun dari kereta dia terus terhenti apabila tuan punya kereta memanggil nama aku. Aku pun memandangnya.

"Ya," jawabku lembut.

Dia memandangku lama. Dari riak wajahnya jelas yang dia sedang mencari jawapan untuk satu persoalan yang bermain di benak fikirannya. Aku hanya menunggu soalan itu untuk keluar dari bibirnya yang kemerahan milik Encik Aydan.

Mesti bukan kaki rokok ni.

"Kenapa kau tak pernah nak tanya aku siapa atau kenapa aku cakap yang aku bukan Encik Aydan?"

Wow, aku tak sangka dia akan tanya soalan ni pada aku.

Aku berdiam diri, cuba mencari jawapan yang sesuai untuk menjawab soalannya itu.

"Ermm... Sebab saya tau awak siapa, maybe?" jawabku dengan tidak yakin.

Encik Aydan memamirkan muka terkejutnya, "kau tau aku siapa?"

Aku hanya mengangguk.

"Then, who's me?" Dia mula mengurangkan jarak antara kami. Nadanya kedengaran sedikit berbisik.

Gulp...

Anak mata hazelnya bertembung dengan anak mata coklat milik aku. Aku hanya kaku seakan terpukau dengannya.

Awak penyihir ke Aydan?

"Anayra?" tegurnya. Terus aku mengalihkan pandangan dari terus bertentang mata dengan dia. Mata aku tertumpu pada hidung dia kali ni, licin!

"Aydan's alter?"

"Aydan's alter? What do you mean? Mana kau tau pasal alter alter ni?" dahinya dah kerut seribu. Macam nak bersambung dah kening dia tu.

"Laila," jawabku ringkas. Ya, memang Laila pun yang bagitahu aku tentang DID ni.

Deria pendengaran aku dapat dengar Encik Aydan bergumam. Matanya dikerling ke luar kereta. Mukanya seakan bengang.

Dia marah Laila ke?

"Am.. Encik Aydan jangan marah Laila tau," matanya kini memandang tepat ke mata aku.

"Apa lagi yang dia cerita?" soalnya. Walaupun mukanya dingin, tapi dia masih mengawal nada suaranya agar tidak kedengaran kasar.

"Just pasal DID,"

"Bila?"

"Masa tu, saya tunjuk baju dekat Encik Aydan,"

Encik Aydan memejamkan mata dan gelengkan kepala. Rambutnya dikuak ke belakang bersama keluhan.

Hotnya...

"Tak habis habis nak buat aku sakit hati budak ni,"

"Apa?"

Encik Aydan memandang aku dan tersenyum tipis, "tak ada apa,"

Aku memandangnya lama.

"Dah pergilah balik, aku nak call kawan aku tadi semula. Habis terbantut kerja aku sebab kau, tau?" ujarnya sambil mencapai telefon bimbit milik dia.

Aku hanya tersengih.
"Sorry, Encik Aydan," sengih aku semakin melebar. Sampai sepet mata aku ni.

"Sorry sorry, naik lori lah!" mata dia menjeling aku. Aku pula masih tersengih.

Dia pandang aku pelik, "dah kenapa sengih sengih lagi ni? Keluar lah pergi balik, mandi, solat, makan dan tidur." arahnya.

"Garanglah imam saya ni," kata aku dengan nada perlahan sambil membuka pintu. Tah mana datang keberanian untuk guna perkataan 'imam' tu pun aku tak taulah.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now