Bab 29 : Daddy

677 64 44
                                    

Aydin yang sedang memakan sepotong cheesecake kini menjadi tatapan aku. Entah kenapa, hati aku sakit lepas mendengar bait bait kata yang dilontarkan oleh Kak Mira tadi.

Sakit yang amat sangat.

"Sayang, are you okay?"

Aku tersedar dari lamunan aku setelah mendengar suara serak basah lelaki dihadapan aku ini. Aku tersenyum tipis seraya mengangguk. Sesudah itu aku menundukkan kepala sedikit.

"Are you sure? Ada apa apa nak kongsi? Saya sedia mendengar,"

Garfu yang digunakan tadi dia letak di tepi piring yang masih ada tersisa kek keju. Kedua dua siku di letakkan di atas meja. Mata hazelnya memandang aku dengan perasaan ingin tahu dan caring mungkin?

"Tak ada apalah. Jangan risau okay?"

"Macam mana saya tak risau? My lady yang mulut tak reti nak senyap ni membisu je dari tadi,"

Aku hanya senyum memandangnya. Belum sempat dia mahu memujuk aku untuk membuka cerita lagi, Aiman berlari ke arah kami dengan muka cuak.

"Nayra! Tolong aku Nayra," gelabah Aiman. Kepala dia asyik toleh ke belakang.

"Kau kena kejar dengan hantu ke apa, Man?" soal Aydin. Dahi dia berkerut, pelik dengan tingkah laku Aiman.

"Ni lagi teruk hari hantu, Din! Tak ada apa lagi menakutkan dari perempuan!"

Huh? Tempah kubur betul dia ni. Sedar tak yang aku ni perempuan?

Aiman menyorok dibelakang badan tegap Aydin. Lelaki bermata hazel itu mula rimas. Banyak kali dia berdecit.

Aku pandang ke arah pintu masuk. Terbutang mata aku. Dengan pantas aku berpaling ke arah lain.

Aydin mula pelik tengok aku dan Aiman yang muka dah pucat lesi ni. Kalau toreh, mahunya tak keluar darah.

"Korang ni kenapa?"

"Polis cantik tapi bodoh tu datang cafe!"

"Ha?" Spontan Aydin.

"Aiman ni. Dia permainankan polis perempuan tu. Ada ke patut dia bawak keluar perangai mangkuk hayun dia. Dia cakap dekat polis tu yang dia ni cacat, so boleh parking dekat tempat OKU,"

"Kau cacat, Man?"

Aiman senyum paksa sampai menampakkan lesung pipitnya. "Ni"

Serta-merta dahi Aiman dilastik kuat oleh Aydin.

"Ini makan dia!" Ujar Aydin geram.

Kerut kerut muka Aiman menahan sakit. Pipi dia di sapu-sapu.

"Aku lastik dahi, kau sapu pipi asal?"

"Eh salah sapu," dia mula sapu dahinya semula.

Wah, sungguh aku tak sangka. Aiman tak tipu yang dia cacat. Cacat otak!

"Yang tu ke?" Aydin menunding jari. Namun dengan pantas Aiman menarik tangan Aydin dari terus menunding jari.

"Jangan ketara sangat tunjuk tu halah kau ni!" Aydin buat muka selamba. Tiba tiba dia seakan sedar sesuatu.

"Wait, korang keluar berdua?" Wajah aku dan Aiman dipandang bersilih ganti.

Ha... mula dah Overthinking dia tu!

Aku dan Aiman masing masing kelu melihat wajah garang Aydin. Tak lama kemudian, dia tersenyum sinis. Aydin berdiri meninggalkan kami yang terpinga-pinga di meja. Tak dapat nak baca apa yang ada di dalam akal lelaki itu. Kami saling berpandangan antara satu sama lain.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now