Macaroon berwarna hitam aku bawa masuk ke dalam mulut. Ya Allah, sedapnya!
Punyalah aku tak nak macaroon ni habis. Aku gigit sikit sikit. Serius sayang! Haish, why sedap sangat ni?
Agak agak Aiman pandai buat tak? Aku nak tanya lah esok. Ehek.
"Amboi... Senyum sampai telinga eh dia lepas paw aku... Eee geram, nasib tak halal lagi tau? Kalau dah halal memang aku cubit cubit dah pipi kau tu sampai merah menyala!" Aydin memberikan pandangan tajam pada aku.
Aku hanya tersengih. Marah betul sampai guna kau-aku. Tapi aku tau, dia gurau je tu ehek.
"Awak... nak cotton candy macam budak tu," jari telunjuk aku lurus saja tunjuk ke arah budak lelaki yang berada di atas bahu ayahnya. Dekat tangan dia ada cotton candy warna biru.
"Tak takut kencing manis ke awak ni? Kalau kena potong kaki macam mana?"
"Awak kan ada untuk tolong saya," aku kelip-kelip kan mata beberapa kali.
"Eee... Tak nak saya kawin dengan perempuan kudung. Baik saya cari perempuan lain yang cukup sifat. Uish, rambut panjang ikal mayang. Pakai baju kemeja putih, skirt ketat warna merah. Aumm, aduh! Sakitlah!" Tangan Aydin laju mengusap kepala dia yang kena libas dengan beg pasar aku ni. Berkerut dahi dia pandang aku.
"Dosa, tau tak dosa?"
"Gurau je,"
"Boleh eh awak bergurau dengan dosa?"
"Sorry,"
Aku menghadiahkan Aydin jelingan maut. Eee.. boleh pula dia nak bayang benda pelik pelik.
Aydin berdiri dan ingin melangkah pergi. Aku pulak nak gelabah. Dia merajuk ke?! Laju tangan aku mencapai hujung baju hoodie berwarna hitam yang dia pakai.
Aydin menolehkan kepala dia memandang aku. Keningnya sedikit terangkat.
"Awak nak pergi mana?" muka aku memerah nak nangis. Yelah, dia pandang aku dengan muka takde perasaan. Marah aku ke?
Aydin tertawa kecil selepas melihat aku yang dah mencebik nak nangis ni. Dia membongkokkan sedikit badannya. Wajah dia kini dihiasi dengan senyuman manis.
"Beli cotton candy lah,"
"Bukan tinggal saya kan?"
"Tak.. kejap je,"
"Okay," aku senyum. Tapi Aydin masih terdiri disitu sambil pandang aku.
Sekarang ni, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku angkat kening, dia pun angkat kening. Lama lama aku pun suruh dia pergi.
"Pergilah,"
Aydin menjuih bibir ke bawah macam tunjuk sesuatu. Aku pun pandang ke arah dia tunjuk tu.
Oh! Aku lupa lepas baju dia.
"Hehehehe.... Lupa," aku tersengih malu dan melepaskan bajunya. Aydin hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum dan pergi. Aku menghantar pemergian dengan sepasang mata cantik aku ni. Auch.
"Here! Your cotton candy!"
"Yeay!"
Gula-gula kapas kini bertukar tangan. Besar tau! Lagi besar dari kepala si Aydin ni. Warna putih suci.
"Nak si..,"
"No!" Pantas aku balas sebelum Aydin sempat menghabiskan ayatnya.
Aydin mencebik. Aku pula tersengih dan berpaling. Aku gigit cotton candy itu beberapa kali. Dengar nama aku di panggil, aku pun berpaling semula ke Aydin.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...