Special Bab : N+R ! , F+A ?

918 35 28
                                    

"Apa ni ayah? Ayah janji Lala akan jumpa dulu dengan tunang Lala, baru kahwin. Tapi ni? Tiba-tiba dah ada pelamin bagai! Apa ni ayah?" Najla menghentak-hentak kaki dia ke lantai, geram.

Geram sebab ayah dia mungkir janji.

Geram sebab balik rumah dah ada pelamin.

Paling dia tak boleh bla,
Tunang dia tak ajak dia pergi pilih tema!

Tapi nasib baik cantik. Kena dengan cita rasa diri dia. Tapi still, dia tak puas hati. Siapa bakal suami dia ni? Asal susah sangat nak jumpa? Dia bakal kawin dengan perdana menteri ke apa sampai kena rahsia bagai nak rak ni?

"Tadi kan Lala dah jumpa dia dekat luar. Apa lagi yang nak dibisingkan?" soal ayahnya. Sakit dah telinga dia asyik kena dengar bebelan anak dara dia tu.

Najla diamkan diri. Dia cuba untuk mengingati siapa yang dia jumpa tadi.

Tak silap dia tadi ada Aydin dan Aydan serta pelajar dari Madrasah Al-Furqan milik bapa mereka tu. Tak mungkin salah seorang dari mereka tu tunang dia.

Aydin dan Aydan dah kawin. Pelajar dari Madrasah Al-Furqan tu semuanya bawah umur lagi. Uish... Tak logik!

Omo! Tak akan lah dia! Katanya dalam hati.



Flashback


"hi Najla!"  Aiman menegur Najla. Dia tersipu-sipu malu tanpa sebab yang jelas. Membuatkan Najla rasa nak tumbuk muka Aiman itu.

"Engkau dah kenapa macam kucing kurap aku tengok ni? Tak reti nak berdiri elok elok ke?" Najla menyoal dengan nada menyampah. Sempat Najla menggulingkan biji mata dia ke atas.

Aiman pula tersengih malu disitu. Telinga dia memerah hebat. Afiq dan Haikal memandang rakan sekerja mereka dari jauh.

Belum sempat Aiman mahu bersuara, Najla sudah pergi terlebih dahulu. Tak betah dia nak tunggu Aiman tu bercakap. Dah lah mulut lelaki tu bau bawang.

Makan gula-gula getah bawang ke apa?

End Flashback


Aiman?!

Najla dah menjerit nyaring dalam hati dia. Pantas dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan Laila, Yana dan Anayra sedang tolong menghias barang hantaran si Najla.

Ouh, Laila tak. Dia terbongkang atas katil. Morning sickness katanya.

"Eh... Mana Maya dengan Huda?" soal Najla. Tak silap dia, si Laila tu ada bawa kawan dia tu semalam. 24 jam bergaduh je kerja dua orang tu.

"Dorang tadi urus bahagian gula-gula tak silap aku. Lepas tu isi makanan dengan hadiah sikit dalam beg untuk tetamu," kata Anayra. Mata dia fokus pada dulang hantaran Najla tu.

Najla mengangguk beberapa kali. Kemudian dia merehatkan kepala dia di atas riba Yana.

Esakkan dari Najla mengejutkan Anayra dan Yana. Dah kenapa pula bakal pengantin tu menangis?

"Kau kenapa Najla?" soal Yana. Dia menunduk kepala memandang Najla yang menangis di riba cantik itu.

"Aku tak nak kawin! Siapa bakal suami aku pun, aku tak tahu. Aku tak nak lah sampai bercerai-berai,"

"Lah... Tak jumpa lagi ke? Ingatkan dah jumpa. Erm... Kau tak akan tak ada syak siapa-siapa?" Anayra memandang ke arah Najla.

Najla mengelap mukanya dan duduk bersandar pada kaki katil yang diatasnya ada Laila sedang lena. Macam mayat hidup pun ada kawan dia sorang tu.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now