Bab 35 : Tunang

645 46 52
                                    

Hari cafe tutup setelah sebulan beroperasi tanpa henti. Jadi, kami dapat berehat selama 3 hari sebelum cafe di buka semula.

Telefon pintar berjenama Samsung milik aku di buka. Dari gelap, terus cerah skrin alat komunikasi itu. Kata kunci dimasukkan dan terus tersembul barisan aplikasi sedia ada dan yang aku muat turun di skrin telefon ni.

Ibu jari aku meluncur-luncur di atas skrin yang bercahaya ni. Mencari emoticon Google.

Haih, aku sendiri pun lupa dekat mana aku letak Google.

Setelah 5 minit selongkar telefon ni. Akhirnya aku jumpa juga. Fuh! Nak cari aplikasi je pun dah lama.

Tanpa berlengah, aku pun terus tekan logo Google tu. Ruangan search di tekan dan serentak itu papan kekunci juga muncul.

Aku bergumam sendiri sambil ibu jari kiri dan kanan aku menari-nari di atas skrin. Mengeja nama seseorang.

Sambil menunggu Google menjalankan tugasnya. Aku dandan rambut aku yang panjangnya melepasi bahu dengan rapi. Mata aku tak lepas pandang dari telefon yang terbaring di atas katil itu.

Glup...

Terbeliak mata aku lepas baca maklumat yang muncul. Mata aku di tenyeh beberapa kali sebelum kembali melihat maklumat yang terpapar itu. Risau juga kalau mata aku ni tipu otak aku. Kut-kut otak aku salah tafsir ke kan?

Link lain jugak turut ditekan dan masih sama!

Aku bingkas bangun dan menuju ke dinding yang aku tertampal sticky note yang diperolehi oleh aku ketika di cafe. Tiba-tiba aku rasa sebak dan terharu. Mata aku mula merembeskan air maya yang hanya tinggal menunggu masa untuk tumpah.

Sticky note yang tertulis ' I found you ' di pandang lama. Lambat-lambat bibir aku mengukir senyuman.

×××××

Usai menjamu selera. Aku melangkah ke sinki untuk membersihkan segala peralatan yang aku guna dari peralatan memasak sehinggalah yang diguna untuk alas makanan.

Telefon yang berdering aku pandang sekilas. Nasiblah tinggal satu gelas je dah yang perlu di basuh. Siap basuh, aku lap tangan kering kering terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan tu.

"Assalamualaikum, buat apa tu..."

Bibir aku tersenyum lebar sebaik saja mendengar suara garau yang keluar dari speaker telefon tu.

"Waalaikumussalam, baru lepas makan tengah hari. Awak?"

"Baru lepas breakfast. Hehehe..."

"Baru lepas lepas breakfast? Are you kidding me? Dah pukul 1 petang!" Aku mencekak pinggang. Kaki aku melangkah menuju ke ruang tamu. Punggung aku dilabuhkan di salah satu sofa yang ada.

"hehehe... Penat sangat semalam nak sempurnakan lagi projek. Lepas tu kemas baju dengan barang barang. Esokkan saya nak bertolak ke Melaka,"

"Eh? Melaka? Buat apa? Berapa lama? Dengan siapa?" tanyaku bertubi tubi. Berkerut-kerut dahi aku. Buat apa pula dia nak pergi Melaka ni?

"haih... Lupa lah tu! Saya nak pergi tempat yang syarikat saya patut handle ni lah. Lepas tu buatlah apa yang sepatutnya, hias hias. Ubah sana sini. Untuk soalan berapa lama tu, maybe dua minggu saja dulu and saya pergi dengan team saya," jawab Aydin satu persatu.

Aku tersenyum malu. Boleh pula aku lupa yang Aydin dah pernah cerita dekat aku pasal ni dulu.

"Sorry,"

"it's okay, Sayang. Sebenarnya saya ada tujuan call awak ni. Boleh tak awak datang rumah mama sekarang? Dia rindu tu,"

"Mama rindu Nayra?" soalku tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now