Aku melangkah dengan pantas meninggalkan Ayan di belakang. Sibuk panggil panggil nama aku. Kuat pula tu.
Elok sangat lah tu, biar satu Cameron ni tahu nama aku Anayra. Huh.
"Anayra!"
Eee bisinglah dia ni!
Elok saja aku pusing kebelakang, dia panggil aku 'sayang'.
Ayan sengih senget, "panggil sayang baru nak pusing eh kau," Ayan memasukkan tangan dia ke dalam poket baju sejuk berwarna merah yang dia sengaja tidak zip kan tu. Boleh nampak baju T yang dipakainya berwarna hitam.
"Mana ada! Saya pusing dulu baru awak sebut sayang tu,"
"Eleh... Tak mahu kalah lah tu,"
Ayan menghapuskan jarak antara aku dan dia. Aku memandangnya tajam dengan muka garang aku ni. Tangan juga turut digenggam kemas.
Hati aku sakit sangat. Mengapa dia tak berlaku jujur masa dalam kereta tu? Bagitahu sajalah yang aku dah salah. Kenapa mesti diam?
"I'm sorry, Nayra," ujarnya lembut dengan suara garaunya itu. Memang kalau dengar, auto terpujuk hati perempuan aku ni.
Aku pun satu, bodoh. Macam manalah aku boleh tak perasan perbezaan suara mereka berdua ni? Ketara sangat. Telinga aku lah ni, pantang dia tengok lelaki kacak, lunak atau tidak, dia pekakkan saja.
Ayan berhenti menghayunkan kakinya. Jarak yang ada diantara kami hanya 6 kaki. Akibat aku lebih pendek dari dia, aku terpaksa sedikit mendongak untuk memandang wajah bersih Ayan.
Lagi bersih dari Aydan.
"Comelnya dia marah," ujarnya dalam senyuman manis. Anak mata hazel dia memandang tepat ke dalam anak mata aku.
Ah, nampaknya kedudukan Minggu SEVENTY dalam hati aku dah mula terganggu. Tengah gempa bumi istana si Minggu dalam hati aku ni agaknya.
"Jom jalan sama-sama dengan aku,"
"Apa?"
"Jalan sama-sama dengan aku,"
"Kalau saya jawab tak nak?"
"Aku ada bagi kau pilih antara nak atau tak nak ke?" kening kanan dia dinaikkan memandang aku atas dan bawah.
"Jom,"
Ayan meneruskan langkahnya. Tanpa membuang masa aku memusingkan tubuh dan mengejar langkah si Ayan tu. Disebabkan jalan tidak terlalu luas, aku hanya mengikut Ayan dari belakang.
Bila angin bertiup dari depan, hidung aku dapat hidu bau yang lembut. Sedap je bau dia.
Bau Ayan ke eh?
"Aduh! Eee kenapa awak berhenti tiba-tiba ni!" aku sapu hidung aku yang sakit akibat terlanggar belakang badan Ayan ni. Mana taknya? Dia berhenti mengejut tau!
Ayan memusingkan badannya ke belah kanan, "Aku dah cakap yang aku nak berhenti. Telinga letak mana?" mata dia dikerling ke arah aku sebelum kembali melihat daun-daun teh yang menghijau.
"Yeke?"
"Ye,"
"Hehe... Sorry" aku dah tersimpul malu. Aku memusingkan badan ke arah yang dipandang oleh Ayan.
Ada beberapa orang pekerja warga asing sedang memetik daun teh dan dimasukkan ke dalam bakul rotan di belakang mereka. Bila dah penuh, mereka akan kumpulkan di satu tempat kemudian membungkus daun itu di dalam guni sebelum membawa ke kilang untuk diproses.
Bagi perkerja Islam, mesti kerja ini amat mencabar pada bulan Ramadhan. Tapi mujurlah Cameron Highlands ni sejuk. Jadi tak terasa sangat panas terik pada waktu tengah hari.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...