"Nayra, ni Aima adik aku. Aima, ni Nayra kawan aku," Aiman memandang kami bersilih ganti. Aku dan Aima saling bersalaman. Manis sungguh senyuman yang Aima berikan kepada aku.
Aima, Aiman. Beza ada huruf N dengan tiada huruf N saja. Muka mereka pun ada nampak irasnya. Mata Aima sedikit bulat tetapi Aiman sepet, kalau senyum lebar ni mesti hilang terus mata dia.
"Masuklah," pelawa Aiman sambil memberi ruang kepada aku untuk masuk. Aku memandangnya, "tak apa ke? Tak timbul fitnah?" wajah adik beradik di depan aku ni dipandang.
"Aima kan ada," ujarnya dalam sengihan. Boleh nampak lesung pipit persis Aiman tetapi ada dipipi sebelah kanan sahaja. Eloklah tu, abang belah kiri, adik belah kanan.
"Aku nak keluar, korang kenal kenal lah, aku nak beli peti ais," Aiman melangkah menjauhi kami. Aima pula dah mula cemberut, "abang ni," gumamnya sendiri tetapi aku masih dapat dengar dengan jelas.
Setelah dipelawa Aima untuk kali kedua, aku pun melangkah masuk ke dalam rumah Aiman. Tak jauh beza dengan rumah aku pun sebab dia pun tinggal di kondo yang sama dengan aku. Sebab ini jugalah dia ajak aku keluar, senang katanya. Dia tingkat 8, aku pula tingkat 7.
Banyak sungguh barangan yang berwarna dark purple dan diselangi putih. Aku dah kata putih ni masuk dengan semua warna.
By the way, Suka betul dia dengan warna purple. Kereta dia pun warna purple gelap. Patut Afiq gelarkan Aiman ni 'si Bawang'. Lihat saja pada warna bawang itu sendiri.
"Kenapa Aiman nak beli peti ais?"
"Pintu peti ais dia tercabut semalam," jawab Aima dengan sengihan.
"Uish... macam mana boleh tercabut?" ganas betul dua beradik ni sampai boleh tercabut pintu peti tu.
"Abang Aiman tak belikan chocolate kegemaran Aima. Padahal Aima dah pesan awal-awal dah. Pukul dia nanti, tak baik. Jadi lepas kat peti je," Aima tersengih. Aku menggelengkan kepala.
Aima... Aima...
Aku dan Aima pun menghabiskan masa bersama. Macam-macam yang kami bualkan. Sedar tak sedar, aku dah mula selesa dengan Aima ni. Dia pun suka melawak macam abang dia Aiman tu.
Tangan runcing aku mencapai pemegang cawan teh marble yang terhidang di atas meja berhadapan dengan aku. Teh itu dihirup dengan perlahan.
"ANAYRA ZAARA, AYAN CALL! AYAN CALL! ANGKAT CEPAT!"
Hampir tersembur teh yang ada dalam mulut aku bila dengar ringtone telefon sendiri. Suara Ayan pula tu! Ya Allah, bila masa ringtone aku bertukar ni?
Sempat mata aku dikerling ke Aima seketika. Bibir dia dihiasi senyuman mengejek. Mesti dia salah faham ni!
Cawan teh tadi aku kembalikan ke tempat asalnya di atas meja. Zip Handbag kecil berwarna hitam aku dibuka. Taklah berjanama pun, beli kat pasar je. Jimat duit.
"ANAYRA ZAARA, AYAN..."
Logo berwarna hijau segera aku tekan sebelum ringtone aku bersuara Ayan ni menghabiskan dialognya. Aku berdiri dan menjauhi Aima seketika.
"Apa awak nak, huh?" kalau boleh nak je aku maki dia ni. Tapi memikirkan ada Aima, aku padamkan saja niat itu.
"Urgent! Boleh tak kita jumpa sekejap?" dari nada suara Ayan, aku dapat agak yang dia dalam kesusahan. Cemas betul bunyinya.
"Boleh juga, saya pun..."
"Bagus, aku jemput. Dalam 5 minit lagi aku sampai," Ayan terus memutuskan talian. Aku pula terpinga-pinga. Boleh dia potong ayat aku? Tengoklah, aku nak merajuk seminggu.
YOU ARE READING
[C] Putera Kayangan
Fanfiction"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra Zaara. Ada saja ayatnya untuk menyumpah orang. Sudahlah menyumpah orang, mulut masin pulak. Tak ke k...