Bab 51 : error

636 45 17
                                    

"Nayra call abang Nayra sekarang. Suruh dia balik Malaysia dalam masa terdekat ni jugak!" arah Encik Zahrain. Mata dia memandang tajam anak terunanya yang sedang menyarung t-shirt hitam ke tubuh sasa dia tu.

Tercengang juga Anayra. Baru 11 bulan tak jumpa lelaki tu, badan dia dah makin sasa. Kata Farah, Aydin banyak exercise dekat sini. Dulu asyik hadap laptop. Sekarang selalu main dengan adik-adik dan anak-anak dia tu.

"Tapi... Dia nak balik bulan depan,"

"Bulan depan? Risau ada yang dah termengan--"

"Ish awak ni," potong Puan Aysha. Dia memberi jelingan maut pada suaminya itu.

Agak agaklah, anak teruna dia tu waras lagi lah!

"Sudah... Pergi telefon abang Anayra sekarang suruh dia balik," arah Encik Zahrain. Anayra pun meminta diri untuk keluar dari rumah. Sepasang mata hazel Aydin memandang tajam gadis itu.

Ustaz Farhan dari tadi menggelengkan kepalanya. Isterinya pula hanya duduk diam. Tidak mahu mencelah.

Farah pula sudah tersenyum kambing. Hatinya asyik bersorak agar Aydin dan Anayra disatukan menjadi pasangan suami isteri.

×××××

Contact '♡︎Abang' dipandang Anayra lama. Ibu jari dia digigit-gigit. Sekarang dia rasa gementar dan takut serta rasa bersalah. Sudahlah dekat Dubai tu dia layan abang dia kasar.

Agak-agak apa riaksi lelaki tu bila Anayra bagitahu bahawa adiknya ini kena tangkap basah? Mesti dia malu kan? Haih! Macam mana ni?

Setelah lama dia merenung telefon pintarnya. Akhirnya, dia pun membuat keputusan untuk menelefon lelaki tu.

"Assalamualaikum abang," ujar Anayra apabila talian sudah disambungkan. Bukan sekali dua dia hubungi abang dia. Ini dah masuk kali kelima, baru lelaki tu angkat.

"Waalaikumussalam... ha baru reti telpon keh ke? Keh ingat aok nok buang keh terus doh... Keh telpon dok pernohnye nok ngangkat," bebel Zafran. Memang dia sengaja tak angkat tadi. Saja nak bagi adik dia tu pengajaran sebab tak pernah nak angkat panggilan telefonnya. Mesej apatah lagi?

( Walaikumusalam... Ha baru reti nak telefon aku ke? Aku ingat kau nak buang aku terus dah... Aku telefon tak pernah kau nak angkat )

Bibir bawahnya digigit lembut. Biasa kalau marah je abang dia gunakan loghat Pahang. Dengan lajunya dia bercakap. Kalau tak dengar betul-betul memang tak dapat tangkap. Mesti abang dia marah sangat ni sebab dia tak angkat panggilan dia.

Hadaplah kau Anayra.

"ni tekde bende lain le ter. Meeesti duit belanje oak habih kan? Kalau dok memang oak dok caranye doh ke keh ni," ujar Zafran dengan pekat dan laju. Personal assistant nya, Ariffin terkebil-kebil memandang si boss.

( Ni tak ada bende lain lah tu. Mesti duit belanja kau habis kan? Kalau tak, memang kau tak kisah dah pasal aku ni )

"Tak... Bukan macam tu," ranting kecil yang ada disebelahnya di ambil dan dipatahkan. Apabila sudah dipatah, dia membalingnya ke tanah. Hal ini menarik perhatian si beruk Zayad. Berlari dia ke arah Anayra dan bermain-main disitu. Dah macam main salji yang turun dari langit dia.

"Doh tu? Eee... Oak ni suke sangat cerita sekerat jalan. Ce cite penoh. Keh maleh beter nak tunggu-tunggu ni. Kerja keh belambok ni tau dok?"

( Dah tu? Eee... Kau ni suka sangat cerita sekerat jalan. Cuba cerita penuh. Aku malas betul nak tunggu-tunggu ni. Kerja aku banyak ni tau tak? )

"Eee... Peninglah dengar abang cakap macam ni! Cakap biasa jelah," rengek Anayra. Pening kepala dia nak tafsir apa abang dia cakap. Sudah berapa tahun dia tak dengar dan bertutur dalam loghat Pahang. Memang lupa dahlah.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now