PROLOG 1

167 4 0
                                    


ANAK perempuannya tidak berhenti-henti menangis selama hampir tiga hari, malah hingga demam. Menjerit-jerit mahukan ibunya, tetapi Umar tak mampu menunaikan permintaan anaknya itu. Bukan kerana si ibu itu sudah meninggal, tapi dah dua tahun diceraikan.

Ami Dania, anak yang baru diketahui wujud pada empat hari lepas, diserahkan oleh abang iparnya. Walhal wanita itu sendiri tidak memunculkan diri untuk memberi anak itu, apatah lagi menceritakan apa-apa. Dan bila Ami menangis sehingga demam begini, Umar terasa bahang yang melampau-lampau maraknya untuk wanita yang dipanggil dengan nama Aqi itu.

Lalu dipanggil skuad tambahan untuk membantu, iaitu Maya si kakak ipar. Dibiarkan Maya cuba memujuk Ami di bilik tidur, Umar mengheret kaki ke ruang tamu dan terduduk di sofa macam ahli saham hilang duit berjuta.

"Ya Allah, kalaulah dia muncul. Memang aku korek jantung dia dan bagi harimau makan..." dengusnya di sebalik tekupan tangan.

Farid si abang, spontan menoleh. "Rileks la Mar. Mungkin ada sebab Aqi buat benda macam ni," ujarnya sambil mengusap rambut Munirah, anak sulungnya yang berusia lima tahun.

"Sebab apa yang penting sangat sampai mengandung sorang-sorang dan tinggalkan anak dia kat Mar tapi tak datang jenguk?!"

"Kenapa tak tanya Zach?"

Zachary ialah abang tiri Aqi, merangkap bekas abang ipar Umar.

Lelaki bermata hazel itu melepaskan dengus keras. "Katanya dia tak tahu Aqi kat mana. Aqi minta dia serahkan Ami dekat Umar siap dengan pesanan, jangan tanya banyak," luahnya sambil menahan rasa menyampah dalam hati.

Farid mengerutkan dahi. "Curiouser and curiouser..." Dagu yang licin digosok.

Setelah beberapa ketika, barulah Maya muncul semula ke ruang tamu menandakan Ami berjaya dipujuk. Bersama dengan wanita itu ialah anak lelakinya yang berumur 3 tahun, Farid Junior. Erat sekali memeluk leher emaknya hingga menyusahkan pergerakan si ibu.

"Junior tu dah kenapa clingy sangat?"

"Mama dia tiba-tiba dapat anak perempuan, dia cemburu kedudukan dia dirampas la tu."

Maya sekadar tersenyum. "Kau macammana Mar? Okay? Aqi dah ada berita ke?" soalnya. Dan bila adik iparnya membalas dengan gelengan kepala, Maya melepaskan luahan kesal. "Akak tahu kau mungkin masih simpan hati dekat janda kau, tapi dengan keadaan Ami macam tu, dia perlukan emak, Mar. Kau kena buat sesuatu lekas."

"Nak cari Aqi pun Mar tak tahu nak start dekat mana..."

"Perempuan kat dunia ni bukannya Aqi seorang."

Lalu kakak iparnya diberi kerut. Maya pula merenung si lelaki dengan riak serius seperti seorang peguam yang mahukan anak guamnya mengikut cakapnya dan jangan memandai-mandai.

"Akak memang sukakan Aqi, tapi nampak sangat dia selfish. Dah sampai masa kau cuba cari yang lain. Untuk kebaikan kau... dan sekarang, untuk Ami juga."

Umar masih tidak menjawab.

Farid sekeluarga bergerak balik tidak lama kemudian, meninggalkan Umar merenung Ami yang tengah tidur. Si lelaki tidak berani berbaring di sebelah si anak. Takut dia terbangun dan sambung menangis.

Cari perempuan lain? Sedangkan Aqi masih ada di luar sana? Memanglah dia marahkan Aqi, tapi emak Ami tak sepatutnya dipegang oleh perempuan lain selain emak kandungnya bukan?

Bawah sedar, keluh berat terhembus. Otak ligat memikirkan cara macammana nak mencari bekas isterinya itu. Satu-satunya sumbernya ialah Zach, tetapi abang iparnya itu pun gagal memberi kerjasama sepenuhnya. Mungkin kalau penumbuk disumbat ke mulutnya, dia mahu bercakap.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now