Final Arc: Chapter 36 - END

101 4 2
                                    

The one with the happy ending. I love happy ending. Takde nak twist2 dah. Alhamdulillah Peluang Kedua selesai. I stop caring about patah perkataan and just go with my raw ideas. Hence a few mistakes that im sure you notice it too.

Thank you for reading sampai sekarang!

________________________

UMAR terus menyelesaikan pendaftaran perkahwinannya dengan Aqi setelah selesai proses perpindahan Ami dan Emir dari Hospital Kuala Lumpur ke hospital panel syarikat Umar. Setelah disahkan anak-anaknya akan keluar wad dalam tempoh dua minggu, Umar tidak menunggu. Pak imam terus di-book untuk menghalalkan mereka. Peluang duduk berdua dengan Aqi di dalam rumah kosong tanpa gangguan anak-anaknya ialah suatu peluang keemasan!!

Pada hari kejadian, Umar dah bersiap dengan baju melayu putih, siap dengan samping dan songkok. Jambang dah dicukur kemas, cukup mengikut citarasa Aqi. Cermin mata bingkai hitam juga dipakai sebagai imej pertama seawal mengenali seorang Aqi. Umar meneliti dirinya pada cermin, mengingati kali keberapa dia dah bersiap begini. Kali yang terakhir baru setahun lebih yang lepas.

Kelas semasa kursus kahwin diingati, dan dibandingkan pula dengan kehidupannya dengan Mimi. Dada mula bergetar. Cuak. Ragu-ragu. Dia jenis baran. Macammana dia nak memastikan perkara yang sama takkan berulang. Buku lima yang berparut pula dipandang.

Mula-mula Hadi.

Kemudian Chan.

Siapa yang boleh buktikan tiada lagi lelaki gila yang akan jatuh cinta dengan Aqi dan merosakkan perkahwinan mereka.

"Mar, kau dah ready?" tegur Farid di muka pintu.

Si adik menarik nafas, gagal menemui suaranya untuk membalas.

Dia diserang panic attack!

Setiba di masjid, Umar masih gagal bertenang. Hantaran dah cantik tersusun, dan beberapa ahli masjid sudah berkumpul, tetapi si pengantin tak berhenti berjalan dari hulu ke hilir mencari tenang. Peluh dingin habis pecah sampai basah ketiaknya.

Farid dan pak imam hanya mampu memandang bersama keluh. Dia yang paling excited nak kahwin, dia juga yang kecut perut bila sampai hari besarnya.

"Aku terima nikahnya, Asyikin Ramzi dengan mas kahwin sebanyak RM100, tunai. Aku terima nikahnya, Asyikin Ramzi dengan mas kahwin sebanyak RM100, tunai. Aku terima nikahnya—"

"Berapa kali kau nak praktis?"

"Banyak kali sampai fasih. Aku terima nikahnya, Asyikin Ramzi..." Terhenti seketika, lalu Umar memanjangkan kepala ke arah Farid. "Abang pasti nama Aqi takda Nor atau Siti atau Dayang atau Panglima atau—" Berlanjutan.

"Mar, kau okay tak ni?" tegur Farid. "Rileks la. Tarik nafas dalam dalam... hembus.... aku rasa ni pengalaman kau yang ketiga. Apa benda yang buat kau takut sangat macam ni?"

Si mata hazel mencerlangkan matanya. "Sebab ini ialah kali yang ketiga! Setakat ni, semua marriage Mar dah alami kegagalan! That's why I'm here!! That's why I'm scared!! And I frickin confuse nama nama bapak Aqi ialah Raziq atau Rashid!!"

Bulat mata si abang dibuatnya. "Dua-dua bukan!" Teruk sangat dah ni! Farid membuang nafas sehabisnya, dah tak tahu nak tenangkan adiknya macammana.

Pak imam menoleh pada Farid yang tengah sibuk menenangkan pengantin lelaki. "Mana pengantin perempuan?"

"Lima minit lagi."

Umar terasa urat darahnya terputus. Lalu tangannya memanjang mencapai lengan si abang. Dicengkam sekuatnya, langsung tidak menyedari kekuatannya sendiri ketika ini. Lekas Farid menepis.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now