POINT OF NO RETURN ARC: CHAPTER 13

38 2 0
                                    

WAIMA seorang pun dari mereka tidak menyedari lelaki yang dicari itu dah pun berada di lokasi yang sama, di luar rumah Aqi, di dalam kereta yang dipinjam, ditemani lagu-lagu Rock Kapak terbaik sepanjang zaman. Lagu-lagu lama sememangnya memberi jiwa tersendiri pada pendengar.

Kedua belah lengan dilipat ke stereng dan kepala direhatkan ke lengan. Anak matanya merenung isterinya keluar dari rumah Aqi sebelum memasuki Honda pemberiannya. Dia tak mahu mengulang silapnya semasa menjadi suami Aqi dekat Mimi pula. Tetapi sukarnya menjaga seorang Mimi membuatkan Umar terasa dia mengulang kisah yang sama dengan Aqi. Atau diakah yang tak pandai memimpin sebagai seorang suami?

Setelah kereta itu pergi, perhatiannya jatuh pula pada tingkap rumah itu, pada seorang lagi wanita yang dah mengusik hatinya tetapi masih ragu-ragu nak dibajai benihnya.

Pesanan Buat Kekasih pula kedengaran.

Umar menarik nafas dalam, meneliti lirik serta perasaan yang berkembang luas di hati. Peluang kedua dengan Aqi kini mula bermain di fikiran, malah dipertimbangkan. Jika dia serius nak memujuk Aqi memasuki gerbang perkahwinan bersamanya... apa yang boleh berlaku? Sekurang-kurangnya Mimi akan berhenti menuduh dia curang kerana Aqi sudah menjadi hak milik sah.

"Heaven juga kalau boleh peristerikan dia semula..." bisiknya rendah.

iPhonenya bercahaya, tanda ada panggilan masuk. Dia menukar silent kerana enggan diganggu panggilan Mimi, tetapi bila melihat unknown number di skrin, Umar berbaik hati untuk mengangkat.

"Aqi?"

"Where you at?"

Tersenyum lalu. Amboi, garangnya suara. "Bagilah salam dulu..." keluhnya sambil bersandar.

Aqi terdiam di talian. "Apa yang berat sangat tu Mar?"

"Em?"

"Bunyi keluh kau... macam berat benar. Teruk sangat ke pergaduhan korang kali ni?"

Tak boleh lari dari wanita ini. Kenapalah Mimi tidak sensitif begini? "I hit my limit. Aku cakap dia fail sebagai wife..."

"That's... harsh."

"Maybe sebab aku demam, I don't know... but my frustration grew so much sampai aku tak boleh nak kawal lidah..." Keluh terhembus lagi sambil menggaru dahi. "I don't know what to do with that wife of mine, Aqi...."

Mendengar keluhan si lelaki membuat Aqi menjadi lunak. Tak jadi pula nak marah. Sebetulnya kalau dia di tempat Umar pun dia tak tahu nak buat apa dengan Mimi.

"Am I bad as a husband?"

"You're fine... Cuma aku rasa Mimi memang agak challenging untuk diuruskan. Kalau aku lelaki pun aku tak tahu kalau boleh manage dia. It took me 20 minutes nak jelaskan poin aku yang kalau dia nak jadi isteri yang baik dekat kau, follow step Kak Maya."

Umar terkaku. "Well, that's easy."

"I know right! Tapi aku nak explain sampai berus gigi aku kering!"

"Gurau, gurau jugak. Tapi tu wife aku yang kau tengah sindir."

"Hahaha! Kau yang start!"

Lalu sama-sama tertawa ringan. Umar menggaru pipi.

"W-why don't you be mine as well? Senang sikit life aku. Makan minum aku terjaga. Bila aku sakit pun, ada orang masakkan bubur berbanding McD yang hantarkan bubur."

"Ek ena. Bumi terbelah pun aku taknak jadi madu Mimi."

Kasual sekali lamaran itu keluar, kasual juga penolakan diberi. Tetapi tetap menghadir pedih di hati si lelaki. Dada digaru.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now