MALAM baru sahaja melabuhkan tirai. Umar sampai ke rumah bersama rasa penat yang memberat di bahu. Melihat kereta si isteri tiada di garaj, spontan dia menghela keluh. Pergi jalan-jalan, ke? Pintu rumah dibuka, melihat keadaan rumah yang tak jauh beza dengan gaya semasa zaman bujang. Meja makan juga kosong.
Mimi pada awal pernikahan tidak begini. Wanita itu pernah cuba memasak, tetapi hasil masakannya tidak menepati selesa Umar. Tidak cukup. Tidak sedap. Taknak. Demi bertoleransi, mereka lebih kerap makan di luar berbanding di dalam rumah. Sekarang, padan muka dekat diri sendiri.
Phone dikeluarkan dan anak perempuannya dihubungi.
"Ami."
"Ye, ayah."
"Korang dah dinner?"
"Dah."
"Ma kau masak?"
"Ya."
"Dia masak apa?"
"Ikan goreng dengan sambal. Ayam kunyit."
Terliur terus. "Okay, tunggu kejap."
Kemudian isterinya dihubungi.
"Ada mana?"
"Mall. Kenapa?"
"Abang balik dah ni. Kenapa tak masak?"
"Masaklah sendiri. Tak pun order Food Panda. Macamlah tak biasa."
Tercabar sedikit naluri lelakinya. Aqi boleh je masak, kenapa bukan kau? Tapi jika nak membandingkan isterinya dengan wanita di luar rumah, boleh bergaduh tujuh keturunan.
"Bila awak nak balik?"
"Lama lagi kut. Pergilah order GrabFood ke..."
Makin banyak cadangan itu diberi, makin terbakar hatinya. Nafas dalam ditarik. "Okaylah. Baik-baik keluar tu. Abang pergi makan kat luar je."
"Pandai pun..." Manja bunyinya. Suka kerana kebenaran untuk terus berhibur di luar diberikan oleh sang suami.
Umar mendengus kasar. Briefcase dilontar ke sofa yang tergantung bra si isteri dan dia terus keluar dari rumah. Sasaran, rumah Aqi yang jaraknya hanya tiga buah rumah dari rumahnya.
AQI baru selesai mandi di dalam bilik tidurnya. Dari dalam bilik, kedengaran bunyi gelak tawa anak-anaknya yang memecah dinding. Seketika, dia terkedu. Jarang budak berdua tu nak lepak di ruang tamu bersama-sama, apatah lagi nak ketawa bersama-sama. Ami dan Emir ialah dua individu yang sangat berbeza. Ami agak kasar manakala Emir tidak malu nak menerokai sifat feminin walaupun masih bersikap gentleman. Tapi memandangkan mereka dah sama sekolah, mungkin ada inside joke yang dikongsikan. Ini progress yang elok, kan?
Ah, elok pula moodnya nak melipat baju malam ni. Mungkin dia boleh join kekecohan di luar.
Rambut yang basah dibalut dengan tuala. Sambil berkemban, dia keluar dari bilik tidur.
"Korang gelakkan apa—ya Allah, Umar?!"
Di ruang tamu, kembarnya tengah bermain Jenga bersama si bapak di depan TV. Ketiga-tiganya menoleh padanya sambil membulatkan mata masing-masing. Melihat tiga pasang mata hazel itu menentangnya, hati si emak mencair terus hingga lupa nak marah. Aqi bersumpah dia boleh membiasakan diri melihat pemandangan ini sehingga habis hayatnya.
Umar menjungkitkan kening melihat penampilan wanita itu. "Feewit!"
Lamunan Aqi pecah. Dia marah semula. "Kau buat apa kat rumah aku malam-malam macam ni?" Tuala di kepala ditanggalkan dan digunakan untuk menutup bahu. Langsung tak peduli jika harum rambutnya mengusik naluri si lelaki.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Roman d'amourWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...