MARAH Mimi bukan kepalang. Aqi dah dapat hadiah percuma, tetapi itu hanya sekali. Dia pula kena hadap muka masam isterinya setiap hari. Orang balik kerja nak peluk, tapi dia dapat perangai perengus itu. Umar tahu dia ialah pesalah kerana mimpikan jandanya, tapi sampai langit terbelah pun dia takkan tahu macammana nak baiki kesalahan luar biasa itu.
Itu ialah sarcasm in case ada yang tak dapat tangkap.
Tiba hari Sabtu, dia berharap boleh bertemu dengan Aqi bagi membincangkan masalah itu dengan lebih teliti tetapi yang datang cumalah Ami dan Emir bersama mesej berantai;
"Ma cakap dia taknak jumpa ayah masa tempoh rumah tangga ayah
"Ma cakap dia taknak jumpa ayah masa tempoh rumah tangga ayah huru hara macam ni. Dia minta kami pandai-pandai plan dengan ayah kalau nak bonding berbanding ayah datang ke rumah," lapor Ami.
"Ma cakap ayah handsome. Tapi jambang tu kena bagi maintenance," sambung Emir.
"Ma suruh ayah pergi gim."
"Bila pula ma suruh ayah pergi gim?"
"Ma panggil ayah badak air!"
"Ma cakap dia tak kisah rupa ayah macammana sebab ayah buat dia happy!"
"Ma panggil ayah idiot!"
"Itu yang buat dia happy...!! Eh kejap, macam pelik... kenapa pula dia happy kalau ayah idiot?"
"Itulah pasal...!! Mula-mula ma marah sebab kena tampar lepas tu dia tak tahu kenapa dia tak benci ayah lepas tu dia cakap dia happy walaupun dia gelar ayah badak air dan idiot. Tunggang langgang! Kau tak pelik ke? Bila kita tanya dia sayang ayah atau benci ayah, dia cakap sayang. Macammana dia boleh sayang orang yang dia kutuk??"
Emir berpeluk tubuh, berfikir panjang. Kemudian dia melangut pada lelaki dewasa di hadapannya yang tengah mengurut kerut di dahi. "Ayah kenapa? Pening ke?"
"Tengah tahan diri nak terbang ke rumah kau dan cekik ma engkau..."
"Kenapa nak cekik ma?" soal kembar itu lagi. Umar terkaku. Takut pula kata-katanya dihantar ke Aqi hingga menjadi salah faham, lalu dibetulkan.
"Sebab ayah sayang..."
Emir bertukar kelam. "Ayah sayang jadi ayah nak cekik ma?? Bila membesar, wiring dalam kepala short circuit sampai buat orang jadi sewel ke??" soalnya pada diri sendiri sambil beralih pada Junior yang bermain PS5, meninggalkan si ayah menepuk dahinya. Kemudian, seorang lagi tukang buat masalah dipandang.
"Ye, Ami?"
"Ma cakap dia suka sebab ayah idiot walaupun kami tak faham kenapa. Rasanya bukan masalah besar kalau ayah sewel juga."
"I see... thanks..." Sebal.
"Mana aunty Mimi? Ami ada benda nak report dekat dia hehehhe."
Dilepaskan Ami mencari isterinya bersama ketawa jahat, Umar menonong ke langit, memikirkan bekas isterinya. Menjauhkan diri semasa tempoh rumah tangganya tunggang langgang berbanding datang menggoda semestinya idea yang jauh lebih baik, tetapi Umar lebih teringin nak merasa idea kedua. Sedih.
"ABANG!!"
Umar menoleh terperanjat. Di belakang, Mimi merapatinya dengan muka semerah saga.
"Ada apa?"
"Abang ada perempuan lain kat luar rumah?!!" pekik sang isteri.
"Haa?? Bila pulak abang ada perempuan lain kat luar rumah?" Dan kepala terus dipusing ke arah anak perempuannya dengan mata mencerlang. "Kenapa kau cakap dekat mak tiri kau yang ayah ada perempuan lain kat luar rumah?!" marahnya pula, namun Ami hanya menayang gigi. Menerima salahnya.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Любовные романыWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...