PROLOG 2

47 2 0
                                    

SEBELAS TAHUN berlalu...

WAIMA seorang rakyat Malaysia pun tidak menyangka TV nasional digodam oleh satu virus internet pada waktu yang sangat rambang. Virus itu memotong drama melayu TV3 yang sedang bersiaran di seluruh negara selepas Maghrib, yakni tempoh puncak tontonan di seluruh negara. Virus itu memperkenalkan diri dengan nama BOADICEA, meminta maaf kerana memotong siaran yang berlangsung, dan berjanji akan memberi siaran yang lebih baik.

Cukup 10 saat diberi hingga seisi rumah dan warga internet menyedari hal tersebut, BOADICEA menyiarkan sebuah rakaman CCTV tanpa suara. Live. Dua orang manusia sedang bertekak di dalamnya, seorang lelaki separuh usia, dan seorang wanita OKU di atas kerusi roda. Lelaki itu ialah Alastair Dickens, individu berprofil tinggi yang cukup dikenali dalam dunia korporat. Manakala wanita itu pula gagal dikenalpasti kerana membelakangi kamera.

Pistol diangkat dan bang! Wanita itu ditembak.

Malaysia kecoh. Teori dan spekulasi mula terbentuk di internet. Realitikah? Palsukah? Siapa Boadicea? Kenapa mereka menyiarkan video ini berbanding cuba menyelamatkan wanita itu? Sebuah publicity stunt untuk Alastair Dickens bagi mendapatkan populariti? Jika ya, ini strategi yang sangat gila!

Rakaman yang tadinya bisu tiba-tiba melepaskan suara yang pecah melangit, sekaligus mengejutkan semua penonton yang masih melihat. Suara seorang budak lelaki, serak dan pecah-pecah, diiringi bunyi pintu diketuk tendang sekuat hati.

"MA!! MA!! BUKAK PINTU NI DICKENS!! PULANGKAN MA AKU!! MAA!!"

Itu bunyi marah berisi tangis.

"Budak celaka!" Suara marah Dickens turut kedengaran. Lelaki berpangkat tinggi itu meluru ke pintu, ke arah punca suara raungan budak lelaki tadi. Dickens membuka pintu sederasnya.

Penonton cemas.

Rakaman CCTV tertutup, diganti dengan skrin gelap. BOADICEA memberi terima kasih, kemudian menyambungkan kembali drama melayu yang dipotong tadi seolah-olah takda apa yang berlalu. Para penonton ditinggalkan bersama rasa pahit di anak tekak.

Tetapi buku ini tidak fokus dengan apa yang dikantoikan oleh virus BOADICEA pada rakyat Malaysia. Cerita di dalam buku ini menceritakan tentang macammana wanita yang ditembak di dalam CCTV tersebut menggunakan kejatuhan Alastair Dickens untuk menuntut cerai dari suaminya demi kembali ke pangkuan cinta lama.

Wanita itu bernama Asyikin Ramzi, dipanggil dengan nama Ekin oleh ahli pasukan yang membantu menjayakan projek BOADICEA. Dia juga dipanggil dengan nama Aqi, nama yang dipanggil khusus oleh keluarga angkat yang ditinggalkan di Melaka.


ENAM bulan kemudian, setelah dia pulih sepenuhnya dan boleh berjalan di atas kaki sendiri, Aqi berjumpa dengan Chan di dalam banglo kediaman suaminya itu.

"Macammana life sebagai pengganti Dickens? Heaven?" Baru saja Chan nak membuka mulut, Aqi memotong. "Aku tak kisah dengan apa-apa jawapan kau. Aku datang untuk tuntut janji kau. Aku bantu kau lepaskan diri dari Dick, kau kena serahkan semua bukti-bukti yang kau pegang, kemudian ceraikan aku talak tiga."

"Amboi. Kau tak bahagia ke dengan aku Ekin? Lepas 10 tahun kita hidup bersama, kau langsung tak cintakan aku? Aku bertahan dengan nama islam yang aku pegang sebab nak terus ikat kau dalam perkahwinan kita—"

"Kau ni macam celaka, lah."

"Ouch." Dada disentuh. "Mulut kau memang takda penapis sekarang."

"Kau dera aku, kau cuba nak jual aku dekat pasaran gelap, kau tangkap aku bila aku lari, kurung aku sampai aku hampir mati, libas kaki aku sampai aku tak boleh berjalan, lepas tu kau cakap kau islam?" Satu persatu disebut sambil mengingati derita yang diberi lelaki ini sepanjang 10 tahun ini. "Kau islam celah kangkang pelacur mana?" tambah Aqi, buat puas hati sendiri.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now