MIMI ARC: CHAPTER 29

43 2 0
                                    

DENGAN susah payah, Aqi akhirnya berjaya memujuk kembarnya bekerjasama untuk menukar fikiran Umar. Itu pun selepas keluarga empat ahli itu berbincang sepanjang malam hingga Ami tertidur di sofa berbantalkan paha ibunya. Umar akhirnya akur untuk membawa Mimi balik ke Melaka, tetapi bersama syarat.

"Absolute zero violence. Kalau aku dapat tahu dia berbuat apa-apa tindakan kasar walau sekecil-kecil kekasaran macam penampar di muka atau kau balas dendam dengan penumbuk kat rusuk dia—"

"Itu kekasaran kecil?" sampuk Emir sambil menguap. 

"Itu kecil bagi ma kau," jelas Umar pendek sebelum merenung Aqi kembali. "Atau saling menyakitkan hati masing-masing atau sampai merosakkan properti masing-masing...  atau dia mengasari Ami atau Emir tak kira secara fizikal, mental, emosional, psikologikal, spiritual, financial, atau tak kira apa-apa jenis abuse mahupun negligence, abandonment atau discriminatory..."

"Itu semua pre-existing!" Aqi menyeringai. Pandainya dia nak sumbat semua masalah perangai Mimi sebab nak menangkan poin dia semata!

"—and even death..." sambung si lelaki akhirnya, membuat Aqi menelan nafas. Berbanding mereka semua, Umarlah yang dah menerima impak yang paling teruk buat masa ini. Lelaki bermata hazel itu masih dengan renung serius. "Aku intend nak bawa dia jumpa terapi. Kalau kau nak tolong, I appreciate that... tapi elakkan semua benda yang aku baru sebut tadi. Please?"

Emir merenung muka serius ayahnya, sebelum menoleh pula pada si ibu yang mengangguk akur. Hanya kerana nak hidup bersama, mereka perlu berkompromi dan bertoleransi sejauh ini walhal insan yang dibincangkan itu entah apa khabarnya di hospital sana. Kalau tak silap, emaknya nak berbaik seawal dia cuba datang ke sini mula mula dulu, tetapi usaha hanya tinggal usaha kalau pihak yang satu lagi enggan bekerjasama. 

Kau tak boleh tolong orang yang taknak ditolong. Malah, dia turut menjadi mangsa bahana keengganan emak tirinya menerima mereka sebagai keluarga. 

Bahunya jatuh bersama helaan nafas panjang. Duduknya direndahkan hingga hampir berbaring di sofa itu. 

"Tapi macammana nak lembutkan hati aunty Mimi sebenarnya? Kenapa dia keras hati sampai macam tu sekali?" soalnya, membuatkan Umar dan Aqi serentak menoleh padanya. "Macammana aunty Maya boleh sangat lembut... ma pula... well, tolerable..."

"Eh eh engkau..."

"Tapi dia... lain macam kerasnya..." sambung Emir kembali. Dagu siap ditemukan ke dada sambil mengingati semua tingkah laku emak tirinya. 

Lelaki bermata hazel itu tertunduk ke lantai, turut membayangkan wajah isterinya. Juga pada tempoh perkahwinan mereka selama lebih setahun. 

"Emir, ayah jarang sebut benda macam ni, tapi bila kau ada pasangan kau sendiri nanti... kau kena ingat yang perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. Diciptakan Hawa sebab atas permintaan Nabi Adam yang meminta ditemani... walaupun baginda memiliki semua nikmat yang ada di syurga. Suatu hari nanti kau akan faham nikmatnya memiliki seorang perempuan itu sampai syurga pun tak terlawan..." luahnya sambil merenung seluruh wajah Aqi, sekaligus bersyukur yang wanita ini dikembalikan ke hidupnya. Wajah Mimi dibayangkan di belakang kepala dan Umar tertunduk lagi dengan liur yang terasa berpasir. "Tapi tulang rusuk bengkok sifatnya..."

Duduk Emir kembali menegak, tertarik dengan sesi istiqamah si ayah. Aqi pula terus merenung lelaki di sebelahnya sambil mengusap rambut anak perempuannya. 

Umar menarik nafas dalam, masih tenggelam dalam lautan perasaan. Sesal, penat dan terkilan bercampur aduk, menjadikan bahunya penat. Lalu diurut sendiri.

"Apa yang berlaku dengan aunty Mimi kau ialah salah ayah sendiri. Pernikahan ayah dengan dia, walaupun ayah tahu ayah tak simpan perasaan dekat dia, tapi ayah masih terima dia sebagai tanggungjawab ayah. Dan tanggungjawab seorang suami bukan sekadar fizikal dan batin, Emir.... Tugas lelaki itu memimpin." Bibir dibasahkan dengan lidah, masih pada lantai. Langsung tidak menyedari Aqi kini merenungnya dengan pandangan bermakna. "Tugas lelaki itu mendidik.  Tukang buat lawak. Bersabar dengan perangainya. Berkawan dengannya. Memanjakannya. Ayah cuba buat semua benda ni dekat dia... material possession, emotional support... I tried my very best..."

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now