THE LAST ONE

54 3 0
                                    

Luahan perasaan: Aku seriously tak boleh multi task. Its either this or that, and sebab aku revisit writing, my kerja hakiki haywire to the point aku risau dengan kerja aku sampai termimpi-mimpi, weh.... T_T

Well, aku habiskan my withdrawal with this last chapter. I will continue to republish Hanani tapi banyaknya la hai drafted version. Aku bebetul ada so much free time back then.

Here it is, the last one:-

--------------------

SEDUTAN ADA UNTUK AKU: EPILOG

CUACA pada petang itu nyaman sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai tubuh kedua-dua hawa yang berbeza usia melebihi 20 tahun. Masing-masing sedang merehatkan diri di atas buaian, di depan rumah berlaman rumput tanam sendiri itu.

Aqi yang dah berusia lebih tiga puluh tahun, leka menceritakan serba sedikit kisah hidup pada gadis berambut panjang itu. "Lepas penceraian, makcik tak pernah jumpa suami makcik lagi. Kalau boleh taknak jumpa lagi dah. Insaf dah, insaf."

"Kesian..." Ami merenung wajah cerah itu. "Habis tu selama ni makcik tak pernah nikah lagi?"

Aqi menggeleng. "Takda mood. Makcik tak cantik pun, tak macam auntie Mimi kau... mana ada yang nak..." Pandangan dibuang pada pasu-pasu bonsai yang bersusun di atas rak kayu. Lelaki yang menjaga bonsai-bonsai itu... memang dah takda kerja lain yang nak dibuat agaknya. Laman rumah ini juga sangat kemas. Gelak terlepas nipis.

Ami tersengih lebar. "Tapi makcik baik. Saya suka makcik. Makcik jumpa ayah saya, nak? Saya masih cuba carik bini untuk ayah la ni."

"Auntie Mimi kau kan ada."

"Kan Ami dah cakap, auntie Mimi kahwin lain. Mana boleh."

"Masih takmo." Aqi menjeling. "Ayah kau pondan. Makcik hilang selera."

"Eeii! Suka panggil ayah pondan! Makcik tak jumpa dia pun lagi! Ayah handsome, Kak Bian rumah depan tu pun cuba nak pikat dia! Ayah lelaki sejati! Semua perempuan nak kat dia!" ujar Ami bersungguh-sungguh.

Aqi menjeling sekilas. "Memang. Semua perempuan nak, termasuk yang celaru identiti," ujarnya bersama gelak kecil.

Ami mendesis sebelum tertawa sama. "Jahat la makcik ni. Saya bagitau ayah karang, merasa kena luku sekali."

Aqi mencemik sebelum memandang anak mata hazel milik gadis itu kembali. Mata yang benar-benar mewarisi mata bekas suaminya. "Sampai bila sebenarnya ayah kau kat KL tu?"

"Sampai esok... nak-nak, saya kena bermalam kat vila jugak la nampaknya ni."

"Kau nak makcik hantar kau ke vila terus atau kau nak duduk sini dulu?"

Ami menjulingkan mata ke langit. "Kat vila ada Junior. Memang tak aman hidup saya nanti. Duduk sini je la dulu, boleh bual-bual ngan makcik..." Dengan sengih lebar, bahunya ditemukan dengan bahu makcik kantinnya itu.

Aqi menahan senyum, menikmati bahagia yang hanya mampu dimiliki dengan mencuri peluang dan menipu identiti. Dah dua belas tahun usia anak ini, namun tidak sekalipun Umar ditemui depan-depan. Kenapa? Kerana dia pandai melarikan diri dan mengelak sebarang pertemuan.

Siapa cakap dia nak bertemu semula dengan lelaki itu? Tidak mungkin, dan tidak akan. Insan yang menjadi penyebab dia turun naik Melaka ialah Ami Dania, dan cuma itu.

Kereta merah yang dipandu laju di tengah jalan sana, tiba-tiba berhenti mendadak di depan rumah. Mendecit bunyi tayar menolak geseran pada jalan. Mungkin meninggalkan tanda hitam pada jalan.

Aqi dan Ami menoleh terkejut. Yang keluar dari pintu bahagian penumpang ialah Zaki, membuatkan Ami meloncat turun dari buaian. "Bang Zaki? Kenapa datang sini?" soalnya sambil mendekati pagar rumah.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now