The one Umar berjumpa dan berkenalan dengan Kuro.
___________________________
WARNA merah oren menyinari kaki langit. Prius dipecut menembusi lebuh raya menuju ke bandar yang menjadi tumpuan ekonomi negara. Sepanjang perjalanannya, dia berkira-kira nak menangkap kantoi wanita itu. Berani pergi berjumpa dengan Kuro tanpa memaklumkan padanya? Bara di hatinya melambung-lambung tingginya terutama selepas mengetahui Mimi tidur dengan lelaki lain! Stereng digenggam sekuat hati. Gigi turut diketap kunyah dari tadi, seakan nak mengunyah udara. Pedal terus ditekan hingga ke lantai hingga Prius itu menyelusuri lebuh raya macam Ferrari beraksi atas litar.
Dia hampir sampai ke Kuala Lumpur. Aplikasi Track Your Friend menunjukkan Aqi berada di Keramat. Umar menjilat gigi, masih berfikir macammana nak menangkap kantoi Aqi. Memandangkan perempuan itu datang ke sini sebab nak berjumpa dengan Kuro, mungkin lebih baik dia bertanya terus dengan lelaki itu.
Nombor telefon Kuro dipinta dari Emir. Setelah dapat, jarinya pula teragak-agak nak menghubungi enigma dalam hidupnya itu. Dia ialah lelaki yang dibenci kewujudannya hanya sebab kerap kali disebut dari mulut Aqi dan dijadikan penggantinya. Umar menarik nafas dalam, cuba mengembalikan waras dalam kepala.
Dengan lafas bismillah, butang hijau ditekan.
"Hello? Siapa ni?" sapa Kuro.
Suara garau itu kedengaran. Sekali lagi Umar menarik nafas dalam, meraih tenang. "Hello... ni Kuro?"
"Speaking."
"Anak aku bagitau Aqi ada dengan kau."
Diam seketika. Mungkin tengah menghubungkait maklumat untuk meneka siapa pemanggil itu.
"Aki transgender ataupun Aqi emak Emir?" soal Kuro kemudian, berjaya meneka.
"The latter."
"Ah, nak bawa dia balik Melaka, ye? Eloklah tu. Dahlah datang tak dijemput, lepas tu perabih Maggi aku. Tapi kenapa tak call dia terus je?"
Aik? Santai benar? "She's refusing my call," tipunya.
"I see. She's being difficult, huh? Baiklah aku faham, hahaha. Aku akan cuba permudahkan urusan kau dengan dia. Kau kat mana sekarang?"
Umar terdiam seketika. Terperanjat dengan kebaikan yang tak dijangka. "Aku baru sampai KL..."
"Masuk Keramat. Office aku kat situ. Aku akan call kau lagi nanti."
Talian diputuskan. Umar merenung iPhonenya dengan renungan membaca, menilai semula kebencian yang membuta pada Kuro.
Mungkin sebenarnya antara mereka takda apa?
KERAMAT belah mana, Umar tak pasti, tetapi dia berhenti di sebuah gerai melayu yang boleh melihat KLCC dari jauh. Dah norma datang Kuala Lumpur, memang wajib melawat kebanggaan negaranya ini. App pun menunjukkan Aqi berada di sekitar sini. Bolehlah.
Selepas membaca menu yang ditinggalkan di atas meja, dia memanggil pemuda berkulit gelap yang kebetulan berdiri dekat dengannya.
"Encik"
Lelaki itu menoleh.
"Saya nak order dah."
"Oh. Nak order kat saya? Cool." Pen dikeluarkan. "Abang nak makan apa?"
"Nasi goreng USA dengan mihun tomyam."
"Untuk seorang?"
"Saya lapar."
"Lapar sangat ni. Foreigner ke?" soalnya sambil merenung mata hazel kehijauan itu.
"Melayu tulen."
"Clearly you tak tahu Melayu tulen tu orangnya macam saya." Sengihnya.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Storie d'amoreWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...