Chapter 11.5 [Extra]: Hints and Hijinks

48 5 0
                                    

Another scene that I wish to share... This is after effect selepas Umar bermalam di rumah Aqi (his feeling started to grow but he took it as a mere distraction), and before he hits his limit in Chapter 12. I didnt posted this before sebab rasa macam unnecessary but what the heyy... aku lapar. 

-----------------

BIBIRNYA merekah membentuk senyum semasa tengah membaca artikel Financial Times. Entah kenapa muka Aqi melalui kepalanya pagi-pagi ini. Kemudian terfikir pula mereka sarapan apa sekarang. Nak menjenguk tapi Mimi bangun awal pula pagi ni. Jadi dia makan sahaja karipap yang dibeli di gerai makan terdekat.

"Tengok apa tu, bang?" tegur si isteri yang membuat yoga di tengah rumah.

Umar menjeling sekilas. "Financial Times."

"Benda lawak ke?"

"Financial Times, sayang... majalah yang fokus pasal kewangan, ekonomi apa bagai. Benda yang lawak dalam ni pun pasal Elon Musk rugi je..."

"Siapa Elon Musk?"

Allah... kepalanya terjatuh. Lalu wanita itu dipandang dengan gaya sengal. "Ada limit untuk soalan bodoh, sayang."

Si wanita menjuih. "Mimi tak kenal orang yang abang kenal, macam abang tak kenal selebriti yang Mimi kenal."

"Oh ya? Hit me."

"Kenapa pula nak hit abang?"

Susahnya ya Allah. Umar mengetap gigi, antara nak menangis atau nak tergelak. Cuba menyembang dengan si bini ini macam usaha nak menyumbat USB sekali masuk. "Maksud abang... bagi abang contoh selebriti awak yang abang tak kenal."

Mimi menjeling, sedikit geram dengan nada bongkak itu. "Jeffree Star."

"Youtube star. Cosmetic entrepreneur. Frienemy James Charles dan pernah buat untung berjuta dengan Shane Dawson tapi dua-dua level rasis sampai jatuh sebab cancel culture. Try harder, sayang." Senada menjawab sambil menghirup kopi. Pembacaan pada Financial Times disambung.

Geram lagi si bini dibuatnya. Bukan kerana suaminya tahu segala benda, tapi kerana suaminya tahu segala benda dan seakan-akan tidak menyukai yang dia tidak mencapai tahap suaminya. Nafas panas dihembus bagi meredakan berang di dada. 

"Mimi ingat abang baca benda lawak tadi... sebab tu tegur..." jelasnya akhirnya.

"Kenapa awak ingat macam tu?"

"Abang senyum-senyum depan handset."

Spontan menjeling. Aku senyum masa baca artikel kering macam ni? Apakehe?

Mimi membuat pose lain. "Abang kerap senyum baru-baru ni..." komennya. "Terlalu kerap."

"Never peg me that continuous smiling is considered dreadful..."

"Jangan bercakap dengan Mimi pakai english..." dengus si isteri.

Umar membalas dengan keluh. "Abang tak faham awak ada masa nak buat yoga tapi takda masa nak tambah baik kognitif awak."

Punggung diangkat menembak bulan. "Abang sedar tak bahasa yang abang pakai tinggi-tinggi. Sayang level SPM je. Cakap pakai ayat mudah tak boleh ke??"

Umar mendengus, tidak menyenangi sesi perbualan pagi ini. "This is why Aqi is easier," bebelnya di hujung lidah.

Mimi menoleh spontan. "Abang sebut nama Aqi?"

"Itu laju pula awak dengar..." sambung Umar sambil mengunyah karipap.

Tetapi teguran Mimi itu benar. Beberapa menjak ini, dia kerap tersenyum sendiri. Dia hanya tersedar bila tengah shaving dan tiba-tiba tergelak kerana teringatkan Aqi. Percuma kulitnya luka. Kemudian semasa membuang air, tiba-tiba tergelak lagi. Juga kerana Aqi. Kemudian di dalam kereta. Ataupun di pejabat. Bila melihat pengkid di luar rumah. Semasa menonton TV. Bahkan semasa menonton The Nun!

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now