This arc is not intentional. I did this arc specifically for Mimi... to do her justice since nasib dia tak berapa nak baik in my story. Terus terang, writing her is the most challenging for me. My first version of Peluang Kedua, I did her so dirty sampai macam sekadar prop dalam kisah Umar dan Aqi, walhal she's a character with personality too however one-dimensional she is.
Well, lepas revamp banyak kali. Ulang alik opis-rumah sambil fikir how to give some depth to her... ive come to this.
Mimi arc has 4 chapters in total. Do let me know what you thought about it!
Regards,
Painarena
__________________________
SEBAB kenapa Mimi membenci Aqi ialah kerana satu bentuk realiti yang tak boleh nak disanggah sesiapa: kerana dia bukan Aqi.
Dia mengenali seorang tomboy yang dipanggil dengan nama Aqi seawal 16 tahun, bila kekasihnya merangkap samseng sekolah ketika itu, yakni Umar Darius the Mad Dog, dimasukkan ke dalam bilik cikgu disiplin kerana bergaduh dengan budak baru yang juga dah menempah nama di sekolah itu, Aqi the Wild Cat. Kedua-duanya diletakkan di dalam kelas yang sama, sebuah kelas khas yang menempatkan angkatan pecah perintah sekolah supaya mudah untuk cikgu memantau mereka, dan sebab kenapa mereka tidak dibuang sekolah kerana semua ahli kelas nakal itu merupakan pelajar pintar yang masih memberi keputusan cemerlang dalam akademik yang membantu ranking sekolah.
Pada mulanya dia tidak pedulikan Aqi kerana perempuan itu kasar dan tomboy orangnya. Aqi tidak sama macam pelajar perempuan lain yang terang-terang cuba nak merampas Umar darinya. Tetapi semasa dia tidak melihat, hubungan Mad Dog dan Wild Cat itu bertambah baik kerana berkawan dengan yang orang sama. Mimi mula menyedari bahaya seorang Aqi di dalam hubungannya bersama Umar bila lelaki itu meminta putus dengan alasan nak menjaga Aqi.
Ha?
Kemudian dia dikejutkan pula dengan berita Aqi rupa-rupanya dah menjadi keluarga ipar Umar, malah duduk bersama di Vila Orked kerana status Aqi sebagai anak yatim piatu dan seterusnya diterima sebagai anak angkat keluarga Umar. Kemudian dua orang itu dikahwinkan pula.
Ini, dia tidak jangka. Ini, dia langsung tak sangka!!
Semakin lama Umar mengenali Aqi, semakin mengecil dirinya di mata pemuda itu. Perhatian si lelaki yang pernah ditumpahkan kepadanya beralih arah pada perempuan yang gemar membuat keputusan sendiri itu, malah tak pernah berubah sehingga sekarang. Perasaan Umar pada perempuan itu cukup kukuh hingga sedikit pun Mimi tak mampu nak mencelah masuk. Walaupun Mimi cuba untuk berlagak kesian. Walaupun dia cuba nak mencari lelaki lain. Walaupun dia cuba menarik perhatian Umar dengan melahirkan anak luar nikah dan menamakan anak lelakinya itu sebagai Umar Darius sebagai tanda cintanya pada Umar, tetapi lelaki itu tetap tidak memandangnya dengan renungan cinta, melainkan kasihan semata.
Hingga pada suatu hari, dia dimaklumkan yang pasangan suami isteri itu dah bercerai. Tetapi Umar terlalu marahkan Aqi hingga semua kaum perempuan di seluruh dunia turut dilabel tak boleh dibuat bini. Maka, dia tak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu dan terus menunggu.
Kemudian 10 tahun berlalu. Mimi masih cuba mencuri perhatian Umar walaupun dia sendiri sudah memiliki pasangannya sendiri. Yelah, walaupun hatinya hanya pada Umar, tubuhnya masih hauskan belaian lelaki. Walaupun sekadar perkahwinan cina buta, Mimi tak peduli. Sekali sekala, dia cuba mencuri masuk ke dalam rumah lelaki itu dan menggodanya dengan menggunakan aset tubuh, tetapi tahap setia Umar pada harapan untuk kembali pada Aqi sekukuh konkrit. Hingga Mimi merasa benci yang meruap-ruap pada perempuan yang dah hilang tanpa kesan itu.
Perempuan itu menghilangkan diri, kau pergi menunggu sepuluh tahun dah kenapa?? Tak ke bodoh namanya?
Tetapi itu juga bukti kuatnya perasaan lelaki bermata hazel itu pada bekas isterinya itu. Mimi tidak pasti apa yang berlaku pada dirinya, tetapi sedikit sebanyak, dia menghormati keputusan itu. Dia pasrah. Dalam tempoh ini, Mimi menukar niat dan mendekati Umar sebagai kawan semata, dan itulah pertama kali dia menerima layanan lelaki itu dengan lebih ikhlas. Malah Ami si anak perempuan nakal itu turut menunjukkan rasa suka melayannya.

YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomanceWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...