Had to slow down. Need to rewrite plotline regarding Mimi. For some reason, i cant decide what to do with her. I already have two versions of her... the stupid crazy one and unexpectedly pasrah one... i created her as a one dimensional character originally, but suddenly i feel the need to give her some depth in her character, just to be fair la kan. i mean, how do you live when the guy you love is liking other woman, neway? there's no way you tak jadi bitter, and tapi since you're not that successful in life, nak jadi independent pun payah, so where would you go?
Susahlah Mimi ni! But here is this week's chapter. I hope you enjoy it!
_________________________________
MALL.
Ini pertama kali mereka berempat keluar membeli belah bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Aqi nak beli makanan mentah, Umar ikut kerana tiada plan lain, dan ditarik kedua-dua anak mereka sebagai penutup fitnah.
"Tak pasal-pasal kitorang pun jadi mangsa..." rungut Emir yang mengekori di belakang. "Ma ayah dating je la berdua. Buat apa bawa kitorang sekali. Tak romantik langsung."
"Kami tak dating. Ma nak balas jasa ayah kau pasangkan semua benda tu dekat rumah. Kau bukannya buat benda lain pun... tidur je kan..."
"Tidur pun benda penting juga..." sambut Ami pula, menggerutu kerana hujung minggu diganggu.
Umar menoleh. "Kau dah tak buat video masuk instagram ke? Kalau tak setiap Sabtu kau mesti sibuk."
"Ami dah dapat ma, instagram tu dah hilang tujuan hidup dah. Emir pun malas nak tolong buat content..." Kepala dipalingkan pada abangnya yang mengekori di belakang. Tetapi tiada. Aik? Ami berhenti melangkah. "Mana Emir?"
Umar dan Aqi turut berhenti berjalan, menoleh ke sekeliling. Anak lelakinya itu lesap macam asap. Rasanya baru sekejap tadi dengar suara dia.
"Telur busuk! Dia lari tak ajak aku!" getus Ami, terlebih dahulu mengesan taktik Emir sebelum ibu bapanya.
"Budak tu memanglah... kau jangan lari pula, Ami!" arah Aqi pula.
Gadis berambut panjang paras punggung itu merenung ibunya. Tubuh dipusing dan terus dia memecut lari. Umar dan Aqi menghantar si lasak itu menghilang bersama keluh ringan.
"You know... the best way kita nak balas dendam dekat mereka ialah kita bergaduh..." getus Aqi, menahan geram.
"Cool. Kau nak gaduh pasal apa?"
"Aku tak fikir lagi. Tapi kita akan bergaduh naturally, so it's in due time." Dia berkalih, kembali menyambung langkah ke Econ Save.
Umar tersenyum, mengekori di sebelah. Kali ini benar-benar terasa macam dating. Wujud pula rasa bersalah pada Mimi. Ekor mata terpandang barang-barang bayi. Spontan tangannya dibentang ke hadapan Aqi, menghalang wanita itu menyambung langkah. Aqi pula mengaduh bila dadanya menghentak lengan besi itu.
"Sakitlah Mar!"
"Sorry." Tetapi tumpuan bukan pada Aqi, melainkan pada beberapa stroller yang ditunjukkan. "Bila aku boleh beli stroller?" Kepala didekatkan pada Aqi walaunpun matanya masih pada barisan stroller di depannya.
"Bila baby kau lahir..."
Angguk. "Yang mana satu sesuai untuk baby yang baru lahir? Mereka membesar jadi aku kena tukar stroller setiap setahun ke? Lebih baik beli yang besar terus kan?" Tangan kiri dilipat melintang ke dada manakala tangan kanan menggaru dagu.
Nak tergelak melihat ulah lelaki itu. "Mar, kau beli bila baby kau nak due la. Sekarang, perut pun tak keluar. Nak beli buat apa?"
"Salah ke beli sekarang?"

YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomanceWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...