RE-IGNITE ARC: CHAPTER 9

32 2 0
                                    

"KENAPA dengan kaki kau?" soal Farid selepas Umar keluar dari home officenya. Aqi yang kini duduk di kerusi di hadapan meja kerja Farid, lalu menjungkit bahu.

"Malas nak berjalan, so Aqi minta Umar angkut macam princess."

"Sure. You guys and your lingering sexual tension. Just get a room already."

Dahlah baru je segar kena cium Umar. Sekali menerima usik begitu. Lalu mukanya bertukar merah padam. "Mana ada!!"

Farid tersengih. "Kau yang start, kau yang tak berani nak habiskan. Tapi abang nak tanya benda lain selain drama kau dengan Umar..."

Wanita itu hanya menjuih. Nafas ditarik dalam, meraih tenang, dan kembali menentang si abang angkat merangkap bekas abang iparnya. Lelaki ini dalam main-main, ada seriusnya. Dan Aqi kena berada dalam status mental yang betul.

"Tentang apa?"

Giliran Farid pula terdiam. Akalnya ligat memikirkan cara macammana nak bertanya mengenai Alice tanpa kantoikan hal lain yang dia tak sudi Aqi tahu sekiranya Aqi sememangnya tak tahu. Ah, nak senang, tanya direct je.

"Macammana kau kenal Alice?"

"Kenapa abang concern sangat kalau Aqi kenal dia?"

Terkedu bila diberi soalan balik. Lalu Farid beralih dari duduk, mencari lokasi baru untuk bersoal jawab dengan individu misteri ini. Dia nak tahu kalau Aqi kenal Alice kerana hal yang satu tu... tapi kalau sekadar kawan, adakah Aqi tahu apa yang Alice tahu? Punggung disandarkan di sisi meja. Tangan dilipat berpeluk tubuh dan kepala turut dilangut, berfikir lagi.

"Abang memang concern sangat kalau kau kenal dia. Abang dari tadi cuba fikir soalan yang macammana yang abang patut tanya dekat kau supaya tak kantoikan apa yang abang harap kau tak tau."

"Jadi abang cuma nak cek kalau Aqi tahu benda yang abang harap Aqi tak tahu melalui Alice ataupun tak?"

Mata Farid bersinar terang. "Yes!" Serahlah pada Aqi untuk memudahkan kerja. Haha.

"Tapi abang taknak share dengan Aqi apa yang abang harap Aqi tak tahu tu?"

"Erk... yes."

"Ada implikasi ke kalau Aqi tahu?"

"I think it affect you greatly. Yes."

"I see..." Lantai direnung. "Atau abang takut my opinion dekat Umar dan abang berubah and then somehow... takut dekat dia?"

"Well, tidaklah macam tu sebenarnya, cuma abang—" Akal mencerah, baru tersedar yang Aqi dah pun menyebut nama Umar. Jatuh rahangnya. Wanita berambut ikat siput itu dipandang lagi dengan muka pucat. Walau ditoreh pun darah tak keluar agaknya. "Kau tau?"

Aqi pula dah bosan bermain tarik tali. "Ya. Aqi tahu Mar dah bunuh Hadi." Akhirnya topik terlarang itu disebut, sekaligus terasa menarik roh Farid.

"Astaghfirullah..." Jantung terasa direntap malaikat maut. Lalu dada ditekan dan Farid bertahan pada meja dengan sebelah tangan. Dadanya ditepuk berkali-kali, cuba menenangkan degupan kencang itu. "Argh, astgahrifullahalazim. You did know..." Muka diraup ke langit. "Dari Alice?"

"Dari Chan."

"Siapa Chan?" Pucat. Ada orang luar yang tahu??

"Husband Aqi. Well, ex husband," tambahnya laju. Entah kenapa turut berterus terang mengenai itu memandangkan mereka tengah mengorek sebuah time capsule yang berisi rahsia paling jauh ditanam sejak 14 tahun lepas. Masing-masing tahu mengenainya, tetapi masing-masing mendiamkan kerana sesungguhnya topik itu bukanlah sesuatu yang boleh dibawa berbincang macam makan di kedai kopi.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now