UNSOLVED ARC: CHAPTER 16

35 4 0
                                    

SEBAGAI pengarah projek yang bertanggungjawab untuk memastikan harmoni percutian mereka, Farid mengumpul Aqi, Umar dan Mimi di meja makan untuk sesi pendamaian. Mereka bertiga duduk sederet dimana Umar duduk di tengah-tengah, manakala Aqi dan Mimi di kiri dan kanan si lelaki. Farid berdiri di hadapan mereka macam cikgu disiplin. Maya juga ada di sebelah.

Empat orang remaja yang turut menyertai percutian itu dah diberi arahan awal untuk memberi privasi.

"Okay. Abang berterus terang. Abang plan staycation ni sebab anak-anak Umar dengan Aqi menangis depan abang sebab mak ayah mereka taknak bertemu atau bercakap sesama sendiri, lepas tu bapak dia pulak panggil mak dia ulat, the whole lot."

Bulat mata Umar dibuatnya. "Bila pulak Mar cakap—" Bila Aqi menoleh dengan muka berkerut, Umar ternganga. "Aku tak pernah cakap kau ulat!"

Mimi sekadar memekam bibir, memilih diam.

Farid menyambung kata. "Abang fully unaware yang kau bertiga tengah jadi pelakon utama drama Maghrib TV3—" Terhenti bila Umar masih nak memujuk Aqi.

"Aqi! Aku memang takda cakap apa-apa yang buruk pasal kau dekat anak kita!!"

"Oi, kepala bana! Abang tengah bercakap!" jerkahnya, memanggil Aqi dan Umar sama-sama menoleh kembali. "Kak Maya kau baru jelaskan dekat abang..."

"Kalau aku ulat, kau pacat," desis Aqi tanpa mengalih pandang pada Farid.

"Fine. Aku pacat," desis Umar kembali.

"Bagus. Aku benci pacat."

Meja makan dihentak sekuatnya hingga mengejutkan mereka semua. Kata-kata Farid turut tertelan. Lelaki bermata hazel itu memusingkan tubuh demi menentang Aqi yang memalingkan kepala darinya.

"Aku dah cakap aku tak panggil kau ulat!" jerkahnya, naik angin lalu.

"Ada aku kisah," dengusnya pada malaikat yang duduk di bahu.

"Kau tak kisah tapi kau marahkan aku! Aqi, pandang aku!!" Kepala dipanjangkan, mengejar muka Aqi. Wanita itu terus melarikan mukanya, namun Umar turut berdegil kali ini. Kalau dia tak melihat Aqi semasa perempuan itu memarahinya, takpa. Tapi bila tidak dilayan depan-depan macam ni, dia sakit hati juga! Lalu pipi wanita itu dicengkam dan ditarik supaya menoleh padanya. Aqi mengerang, mula melawan. Kemudian Mimi pula menarik lengan suaminya, mahu Umar berhenti menagih perhatian Aqi tetapi tumpukan sahaja perhatian padanya.

Farid mengecilkan mata melihat apa yang berlaku di depan mata. Cinta tiga segi genre kanak-kanak ke apa ni?

"Abang..." Maya menyiku bahu Farid, meminta suaminya mengambil tindakan.

Lalu si ketua keluarga melepaskan keluh. Dia bangkit dari duduk. Kepala Umar dan Aqi digenggam sebelum dilaga sekuatnya hingga kedua-duanya mengerang pedih. Puas hati, Farid mengerling pula pada Mimi. Tahap tajam dan berkuasanya sampai Mimi beralih ke kerusi macam anak taat. Bagus!

"Tiga hari dua malam je," pinta Farid pada ketiga-tiganya. "Abang cuma nak minta tiga hari dua malam dari kau bertiga untuk berbaik, settle your difference, telan apa-apa masalah yang korang ada sesama sendiri dan buang jauh-jauh ke angkasa lepas – and try to remember, why you come here at the first place. Which is nak berehat dan mendamaikan minda."

Mimi mendengus. "Abang buat perangai la.... Mimi setuju ke sini sebab nak pujuk suami Mimi. Macammana Mimi nak pikat Umar kalau Aqi ada..."

"Kenapa aku masih problem?" soal Aqi pelik.

Mimi memanjangkan kepala pada wanita itu. "Laki aku sukakan kau, bangang!"

"Dia bukan sukakan aku tapi dia miang! Kau jaga la dia betul-betul berbanding letak salah kat aku!"

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now