POINT OF NO RETURN ARC: CHAPTER 12

38 3 2
                                    

KEJADIAN pada hari itu bermula dengan Umar bangun tidur dalam keadaan demam.

"Macammana boleh demam?"

Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Mimi bila Umar memaklumkan keadaannya.

"Tak kisahlah macammana abang boleh demam... awak kena jagakan abang hari ni..."

"Hmm... yelah...abang tidur banyak-banyak ye. Cepat sikit sembuh. Nak bubur tak?"

Itu kata-kata terakhir yang didengari sebelum dia tenggelam dalam lena semula. Kepalanya sakit dan tubuh terasa lesu. Sememangnya dia hanya perlukan rehat ketika ini. Mujur Mimi tak bekerja jadi isterinya boleh menjaganya sehingga dia sihat.

Sekurang-kurangnya itulah yang dijangka, tetapi bila Umar bangun semula, rumahnya kosong. Dipanggil Mimi berkali-kali tapi tidak datang juga. Atas meja makan ada bubur Happy Meal. Mimi hidangkan McDonald??

Bila diperiksa laman, kereta isterinya tiada.

"This is a new low for you, Mimi..."

Tetapi bubur itu diterima. Mujur dah biasa menjaga diri dan anak perempuannya sendiri-sendiri selama bertahun-tahun sebelum mencari seorang isteri. Umar lebih tahu apa yang perlu dilakukan berbanding menunggu tindakan dari si bini itu.

Bubur dihabiskan. Suhu diperiksa. Agak tinggi. Kemudian dia mencari panadol untuk mengawal demamnya.

Panadol tidak ditemui dimana-mana. Yang penuh di kabinet ialah ubat kurus Mimi, jamu serta bermacam-macam supplement.

Umar merenung botol Fish Oil Omega 3 di tangannya. Sel otak langsung tidak berhubung semasa dia membaling botol putih itu sekuat hati ke TV. Sebuah tindakan impulsif atas rasa kecewa dan marah semata. TV jatuh ke lantai. Pecah. Namun fokus Umar ketika ini ialah mencari ubat untuk ditelan. Lalu kunci kereta dicapai.

Tempat pertama yang difikirkan ialah rumah Aqi, tetapi wanita itu juga tiada di rumahnya. Pertama kali dia datang ke sini, rumah itu nampak kosong. Kereta Aqi juga tiada di laman. Apalah nasib.

Lalu Umar pergi ke klinik. Setelah mendapat ubat, Prius dipandu terus ke vila. Menumpang rehat dan kalau boleh, menumpang perhatian dari Maya. Setiba di banglo tiga tingkat itu, ruang tamu terus diredahi macam rumah sendiri.

"Akak, Mar demam. Nak tumpang tidur sini kejap—eh, Aqi?" Terperanjat bila bertembung dengan wanita itu.

Aqi dan Maya pula sama-sama terkedu menentangnya.

"Kalau demam, kenapa datang sini?"

"Mana Mimi?"

Malas nak menjawab. Dia terlalu lesu nak ambil peduli soalan orang. Air kosong dimasukkan ke dalam cawan dan dua biji panadol terus ditelan. Kemudian dia bergerak terus ke ruang tamu kedua, ruang tamu yang hanya digunakan bila terlalu ramai tetamu.

Tubuh dibaringkan di sofa panjang. Bahana berjalan ke sana ke mari, mudah sahaja dirinya diulit lena. Dalam tidur, Umar boleh terasa wajahnya disentuh tangan halus.

"Panas..."

Memanglah. Aku tengah demam. Tapi bini aku tu buat bodoh je.

Mata cuba dibuka tetapi terlalu berat rasanya. Dia tiada tenaga. Badannya terlalu letih dan tengah shut down bagi memaksanya berehat.

Setelah beberapa ketika, barulah Umar tersedar semula. Kepalanya lebih elok berbanding tadi, tetapi lesu masih bersisa menggigit sendi. Dah berapa lama dia tertidur? Jam tangan dilihat, Hampir 6 petang.

Dah pukul lima lebih.... kalau Mimi tak datang cari aku kat sini, aku tak tahulah nak cakap apa....

Tangan direhatkan ke dahi. Terasa basah tangannya, lalu dahi disentuh. Ada tuala lembap di situ. Spontan dia terbangun. Barulah perasan ada dulang di atas meja. Semangkuk bubur yang berbalut plastik ada di situ. Bukan bubur McD. Secawan air kosong, di atas piring ada dua biji panadol serta secawan pavlova.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now