RE-IGNITE ARC: CHAPTER 7

32 1 0
                                    

BILA Sabtu tiba, Farid, Nick, Batrisya, Aqi dan Umar dah berdiri di belakang vila bersama cangkul dan penyodok masing-masing. Tak sabar untuk sama-sama mencangkul keluar kapsul masa yang dah disimpan entah sejak zaman bila sebab mereka pun dah lupa.

Anak-anak remaja itu lepak di dalam rumah, tidak berminat untuk ikut serta dalam sesi sentimental ibu ayah mereka. Mimi turut tidak melibatkan diri, tengah berseorangan melayan rajuk di dapur. Sendu si wanita menarik Maya untuk datang merapat.

"Kenapa sengsorang ni?"

Wanita berambut pendek itu menoleh bersama muka muram. "Umar dah mula nak curang..."

"Ha?" Melopong terus. "Curang dengan siapa? Bila masa?"

Mimi tidak membalas, sebaliknya menghulur handphone di tangan. Di skrin, video di dalam Instagram Ami ditunjukkan, pada sesi kekeluargaan yang dikongsi pada internet beberapa hari lepas.

____________________________

@JuniorSlayer Instagram.

Skrin menunjukkan keadaan ruang tamu di rumah Aqi. Emir di sofa sedang memeriksa string gitar. Aqi di depan TV melipat baju, manakala Umar yang mulanya nak membantu, lalu berbaring kerana terlalu malas. Bila Aqi mula membebel, Umar bergolek ke arah wanita itu macam balak dan terus mendaratkan kepala di pahanya.

Ami spontan berdekah hingga skrin teralih sedikit, sekaligus menampakkan Emir merenung si ayah dengan kerut judgemental.

Skrin terus merakamkan Aqi menolak kakinya berkali-kali untuk menghalau lelaki itu tetapi Umar berdegil. Bila hidung dijentik, barulah lelaki itu bangun.

Ami (suara di belakang skrin) : Beberapa menjak ni ayah gila betul la hahaha.

Umar: Ma kau pun sama gila... (sambil menggosok hidung).

Ami: Bagi ayah kan, ma ialah perempuan yang macammana?

Umar menoleh sekilas: Ma kau jenis yang datang peluk kau dari belakang bila kau penat bekerja, lepas tu dia peluk pinggang kau ketat-ketat and then hentam kau ke belakang macam german surplex...

Emir tertawa. Aqi pula tidak membalas.

Ami (suara di belakang skrin): Bagi ma, ayah macammana?

Aqi: Pundek.

Ketawa Umar meletup ke langit hingga membuatkan skrin bergegar sedikit bahana terkejut. Kemudian rambut Aqi ditarik sebagai balasan, membuat wanita itu terjerit. Ami mengalihkan skrin ke wajah sendiri, memberi muka janggal pada penonton.

Skrin ditutup.

_______________

Maya yang menahan ketawa lalu menghulur handphone itu semula. "Mereka macam kawan baik berbanding curang, Mi... akak rasa kau fikir jauh sangat."

Nafas panjang dihela. "Mood Umar pun baik gila beberapa menjak ni..."

"Baik macammana?"

"Buat benda yang dia jarang buat. Tanam bunga. Menyanyi dalam bilik air. Menyanyi masa memasak. Lebih rajin kemas rumah dan lipat baju..."

"Umar lipat baju sendiri?" Hairan.

Mimi terkaku seketika. "Kami buat sama-sama la..." Lekas dibetulkan persepsi itu walaupun hakikatnya tidak. "Tapi entahlah. Dia terlalu happy sampai Mimi rasa... cemburu..." Dagu ditopang sambil memandang ke luar, pada Umar dan Aqi yang sama-sama buat perangai macam zaman muda belia dulu. "Sebab dia berubah begitu sejak Aqi balik..."

Maya melepas tawa kecil, cukup untuk membuat Mimi menoleh. Mana tidaknya. Baru saja tadi, semasa menunggu Batrisya dan Nick sampai, bekas pasangan suami isteri itu berperang kerana benda remeh. Umar di ruang tamu kedua bersama Mimi, manakala Aqi dengan kembarnya di ruang tamu utama. Semasa wanita itu tengah tergelak dengan kembarnya, Umar tiba-tiba membaling bantal sofa ke kepala Aqi. Cukup kuat hingga wanita itu terjatuh dari duduk.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now