UNSOLVED ARC: CHAPTER 17

39 3 0
                                    


PADA masa yang sama, suatu perbincangan yang lain pula yang berlaku di depan TV.

"Apa benda tadi?" soal Aqi sambil melahap kambing bakar. Dia nampak Mimi berlari ke tangga, kemudian Maya mengejar. Umar pula seperti sedang dipujuk Farid.

Emir mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. "Ayah being his idiotic self."

"I see." Itu cukup sebagai penjelasan. Dua anak beranak itu menonton Kabhi Kushi Kabhi Gham di Netflix sebelum disertai Junior, Munirah dan Ami. Kemudian Munirah pula menyambung perbincangan.

"Aunty, nak tanya boleh?"

"Shoot."

"Aunty sukakan uncle tak?"

Anak mata hitam itu menjeling lalu. "Aunty taknak rampas dia kalau itu yang kau concern."

"You said that but something else did happen. Benda di luar kawalan aunty sendiri. Sebab tu kami yang menonton ni pun curious, kemana progress aunty dengan uncle akan pergi."

Aqi terkaku. Teringat ciuman Umar di tingkap rumahnya dulu. Ya, itu juga perlu diselesaikan. Kini dia mengaku dia juga lemah iman, apatah lagi lelaki itu. Kepala dilangut ke tingkat atas, pada Mimi yang entah buat apa di biliknya. Menangis, kah?

Kemudian Umar yang masih menyembang dengan Farid di meja makan, dipandang. Seakan-akan tahu dirinya dipandang, Umar tiba-tiba menoleh padanya. Tanpa dipinta, dadanya berdebar. Aqi melarikan pandang, kemudian menyoal hati sendiri.

Ini juga diluar kawalan....

Jadi macammana nak kembalikan kawalan seperti sedia kala? Dia dan Umar dah tak boleh memakai strategi tak bertemu kerana kedua-dua anaknya terkesan. Mereka menangis dan meminta pertolongan dari orang lain. Itu cukup sebagai red flag. Dia taknak sendu tangis itu bertukar menjadi sebuah pemberontakan yang akan menyukarkan kawalan mereka di kemudian hari.

"Maybe aunty boleh tolong mereka berbaik semula..." ujar Aqi perlahan.

Serentak empat remaja itu menoleh.

"Ma jangan lari dari ayah lagi..." pinta Emir di hujung nafas. Dia mungkin tidak ekspresif macam Ami, tetapi sesungguhnya, pergaduhan ibu bapanya tetap memberi kesan yang cukup dalam dalam dirinya.

"Ma takkan lari. Ma cuma nak kembalikan momentum macam sebelum ni. Kalau kau perasan, ma dengan ayah sekarang janggal sedikit—"

"Janggal is an understatement," potong Junior, membuat mereka menoleh padanya. "You guys literally menjauhkan diri berbulan-bulan sampai Ami menangis."

Ami mengerut dahi bila nama disebut. Aqi pula merenung anak saudaranya itu, sedikit tertegun kerana remaja yang selalunya enggan peduli kisah cinta mereka itu turut memberi respon. Kemudian kembarnya kembali dipandang. "There's nothing happened. between ma dengan ayah..."

"There's something, and its growing stronger too," celah Junior lagi.

Aqi menoleh lagi pada anak muda itu. "My idea ialah hentikan something itu dari terus bercambah," ujarnya tegas.

"Uncle literally bertukar jadi sado within five months you guys berpisah and that speaks the volume of how strong his emotion drives his transformation. Boleh jadi sebab dia rindukan emak anak-anak dia tapi dia tak tahu nak lepaskan macammana. Too easy!"

"Farid Junior! Jangan buat aunty marah!" marah Aqi akhirnya, menjemput ketawa dari Emir dan Munirah.

"Idea aunty untuk halang something strong tu ialah apa?"

Dan si wanita menghembus nafas panjang. "I'm thinking of breaking his heart again."

Ami terkaku. "Ma, jangan! Ma tak nampak macammana ayah menderita selama ni! Jangan ulang benda yang sama!!"

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now