The last chapter of this arc. Will update the new arc tomorrow and then few more chapters to go! Go Paina go!
Oh ya, thank you for reading too! Happy CNY!
________________________________
KEESOKANNYA, mereka meneruskan trip mereka dengan aktiviti yang dah dirancang. Mereka mandi laut, main bola tampar pasir, membina istana pasir, menanam Emir di dalam pasir, kemudian Ami menabur makanan di atas pasir itu hingga menjemput burung-burung untuk megerumuni kepala Emir. Kelam kabut mereka nak menyelamatkan remaja itu.
Selepas sarapan dan selepas memarahi anak-anaknya kerana pergi mandi laut second round sehingga timing balik jadi lambat, mereka semua naik ke bilik.
Emir dipanggil oleh Ami untuk datang di bilik hotel mereka. Entah disuruh membantu apa, Umar tidak pasti, tetapi dia terus turun ke tingkat bawah untuk check out biliknya terlebih dahulu. Dengan baju BIRTHDAY BOY di tubuh, seluar beige paras lutut serta berselipar, cermin mata hitam Emir di pangkal hidung, sunhat putih Ami di kepala, dan beg pakaian serta sut tuxedo diangkut sekali jalan. Pemakaiannya mengundang tawa dari staf hotel semalam. Datang sehelai sepinggang, tapi balik dengan tangan penuh kiri dan kanan dan kepalanya sekali.
"Seronok gelakkan orang?" soal Umar bila tiba di depan kaunter. Barang-barang diletakkan ke lantai.
"You look like you enjoy your stay, sir."
Umar meleret senyum. "We do." Kunci dihulur.
Kepala dipusing ke lif, menunggu kekasih hati dan anak-anaknya turun, tetapi tidak muncul juga. Yang dilihat keluar dari lif ialah seorang wanita yang berpakaian dress pantai di dalam pelukan seorang lelaki botak dengan jaket jeans Harvey Davidson.
Itu ialah lelaki celaka yang memukul Aqi malam tadi.
Tetapi berbanding Chan, perhatian Umar tertumpu sepenuhnya pada wanita cantik di bawah ketiak lelaki itu. Rambutnya pendek di paras leher, ketinggian tubuh kira-kira 160cm tinggi, serta pemakaiannya ala-ala Datin baru nak up. Gaya berjalan dan bentuk tubuh itu memang sangat dikenali kerana menemani tidurnya sejak setahun lepas. Tetapi dia, kah? Umar enggan menuduh hanya kerana pandangan dalam jarak 20 langkah ini. Dan tulang rusuknya itu tak perasankan kerana pemakaiannya sekarang, kah?
Ah, makin banyak berfikir, semakin semak kepala kerana tak dapat jawapan. Lalu iPhone dikeluarkan, mahu menelefon isterinya. Tetapi talian tidak bersambung. Aikk? Baru teringat, missed call malam tadi pun masih tidak dilayan Mimi. Permainan apa yang isterinya sedang buat ni?
"Cik, awak kenal awek cantik dengan si botak tu?" soalnya pada staf hotel di belakangnya.
"Emm... tak."
"Memanglah awak tak kenal. Saya pula tanya soalan yang salah. Ermm... dia check in hotel ke?"
"Saya tak pasti kalau awek tu check in semasa bukan shif saya, tapi kalau si botak tu ya... dia check in hotel ni."
Hidung Umar terjungkit. Satu lagi nombor dicari, yakni nombor ibu mentuanya.
"Hello? Mak. Hai, Umar ni. Maaf, lama tak telefon. Mak sihat? Mimi bagitau dia lawat mak sebab mak sakit... oh, betullah mak sakit? Mar tengah cari kemeja kerja Mar... tak tahu Mimi simpan dekat mana. Mar call Mimi tapi dia tak angkat. Mimi ada kat situ? Oh, ada. Okay... Boleh bercakap dengan dia? Em? Takde pulak? Pergi kemana beliau? Oh, shopping... okay okay. Mar dah jumpa kemeja Mar. Okay bye..."
Staf hotel merenung si lelaki, meneliti setiap perbualan itu dengan muka pelik. Umar pula menjungkitkan keningnya.
"Tak elok menyelit bawah kain orang."
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RomanceWARNING: This is not a story for the faint-hearted. Also, i was listening to Peluang Kedua by Nabila Razali when i thought of this story. Writing Prompt: Perspektif seorang suami bila menyedari dia mencintai perempuan lain selain isterinya ialah ap...